Penyanyi No. 1, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Diumumkan Sebagai Wajah Kempen Swarovski Hari Raya 2022

Petang bersejarah di The St. Regis Kuala Lumpur, suasana mewah di Astor Ballroom berkerlipan dengan keindahan Swarovski. Dengan dada berdebar-debar, tetamu yang hadir ‘dikejutkan’ dengan pengumuman paling dinanti-nanti – Dato’ Sri Siti Nurhaliza dilantik sebagai wajah baharu Swarovski.

Membuka tirai majlis, penampilan Miss World Malaysia iaitu Yvonne Lee sebagai pengacara menyemarakkan suasana.

Beliau menjemput Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam Swarovski Asia Tenggara dan India, Tracy Ng ke pentas sekaligus mewakili pengurusan untuk menyampaikan ucapan.

Tidak ketinggalan, layar skrin utama turut menyiarkan rakaman video eksklusif bersama Pengarah Urusan Swarovski Asia Tenggara dan India, Lars Schmidt.

Zoe Teo, Siti Nurhaliza, Tracy Ng

 

Lars Schmidt

 

“Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan seorang ibu dan isteri, usahawan berjaya, dermawan, ikon fesyen dan role model yang baik di mata masyarakat.

Dengan pesona dan keanggunan yang dimilikinya, kami cukup berbangga mengumumkan nama beliau sebagai wajah kempen Hari Raya kali ini.” Lars Schmidt

Serentak dengan ucapan tersebut, berkumandang alunan suara penyanyi No. 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Inggeris – Can’t Take My Eyes Off You.

Menawan dalam dress labuh rona merah garang, wanita hebat itu dihiasi perhiasan kemas Swarovski yang cukup memukau mata. Oh, cantik sangat!

Sambil memperagakan koleksi terbaharu Swarovski, beliau terus menghiburkan tetamu yang menjamu selera dengan lagu evergreen, Aku Cinta Padamu.

 

 

 

“Saya dah lama minat dan kumpul koleksi Swarovski. Ada juga barang kemas yang dibeli untuk dihadiahkan pada ahli keluarga. Rasa lebih seronok berhias bila pakai aksesori jenama ini.”

Siti Nurhaliza turut berkongsi tentang makna Hari Raya yang sebenar dari sudut hatinya. Paling tersentuh bila wanita ini tiba-tiba mengalirkan air mata.

Rupanya beliau terkenang kesusahan peminat sewaktu sambutan Hari Raya pada waktu pandemik. Tak sangka bantuan kecil membuat review produk mampu membantu menjana rezeki buat golongan yang terkesan masa tu.

Kesempatan bertentang mata dengan Siti Nurhaliza, sempat juga penulis tanyakan koleksi mana yang menjadi pilihan hatinya.

Jom tengok koleksi favourite beliau ni!

Share
Published by
Norzalina