Penyanyi kelahiran Ireland dan popular dengan lagu Nothing Compares 2U, Sinead O’Connor mengambil keputusan untuk meninggalkan agama kristian dan memeluk Islam. Berita gembira itu dikongsi oleh beliau di laman Twitter miliknya dan menukar namanya kepada Shuhada serta tampil berhijab. Malahan, menjadi seorang muslimah membuatkan dirinya begitu bangga dan turut berkongsi sebuah video cubaannya melaungkan azan buat pertama kali.
Ads
“Pengumuman ini bertujuan menyatakan saya berbangga menjadi seorang Muslim. Ia kesimpulan semula jadi untuk perjalanan mana-mana ahli agama. Kajian semua kitab suci membawa kepada Islam. Ia menjadikan semua kitab suci lain tidak bermakna. Saya akan mempunyai nama baharu. Ia adalah Shuhada”, tulisnya di Twitter
Ads
Video cubaan Shuhada melaungkan azan yang dimuatnaik dalam laman youtube turut mendapat perhatian netizen. Mengakui ada beberapa lagi sebutan yang salah, Shuhada akan terus berlatih dan membaikinya.
Ads
“Ini adalah cubaan pertama saya menyanyikan azan. Saya ada kesilapan sebutan kerana emosi, namun beratus lagi cubaan akan dilakukan. Apabila saya sudah berlatih 30 kali, saya akan membuat dunia terpegun,” kata wanita yang kini berusia 51 tahun itu.
Alhamdulillah, bertambah seorang lagi keluarga Islam kita. Semoga Shuhada akan kekal istiqamah untuk terus memeluk Islam dan melakukan kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila sebut saja nama pelakon terkenal Bollywood ini, sudah pasti terbayangkan lakonan mantapnya dalam filem Mann bergandingan dengan pelakon, Amir Khan. Filem ini juga terkenal apabila Manisha Koirala tampil berani berlakon dengan gaya solekan yang minimalis membawa watak Priya Verma.
Manisha Koirala mula terkenal selepas bergandingan dengan pelakon hebat Bollywood Dato’ Shah Rukh Khan dalam filem Dil Se pada tahun 1998. Seterusnya nama pelakon ini meniti di bibir peminat filem Bollywood seperti Akele Hum Akele Tum.
Namun siapa sangka, sekitar tahun 2012 wanita cantik ini telah diduga apabila disahkan mengidap kanser ovari. Kisah hidup wanita yang berusia 49 tahun ini tidak terhenti begitu saja namun terus positif dan tekad memerangi kanser dengan menjalani rawatan yang terbaik.
Pelakon wanita yang berasal dari Nepal ini telah mendapatkan rawatan untuk membunuh sel kanser dalam tubuhnya di Memorial Sloan Kettering Cancer Centre di Amerika Syarikat.
Pada bulan Mei 2013, Manisha mengumumkan bahawa doktor telah mengesahkan dirinya bebas kanser dan bergelar cancer survivor. Manisha juga telah mencatatkan perjalanan hidupnya sepanjang mendapatkan rawatan kanser dalam sebuah buku yang bertajuk, Healed: How Cancer Gave Me A New Life.
Salah satu perkongsian Manisha dalam bukunya ini, “…the cancer had spread like a bowl of Rice Krispies all over the organs,”. Namun kini Manisha lebih positif menjalani kehidupan dengan menghindarkan diri dari stres dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat serta gaya hidup sihat.
“Jika saya rasa terlalu penat, saya akan tidur sekejap atau ambil makanan yang sihat. Paling tidak pun saya akan memanjakan diri di spa.
Pada tahun lalu Manisha telah kembali ke dunia seni menerusi filem Sanju. Wanita cantik ini juga kelihatan sering berkongsi pengalaman hidupnya sebagai penceramah atau kanser survivor.
Sumber: thehindu.com
Foto: Instagram @m_koirala
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah Dato’ Rizalman! Dalam diam Dato’ Rizalman ada kejutan yang disampaikan beliau selain dari perniagaannya. Hari ini beliau mengumumkan berita perlantikkannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Selepas mengumumkan persaraannya dari dunia fesyen Februari lalu, rezeki beliau tidak pernah putus. Alhamdulillah!
Dato’ Rizalman Ibrahim yang juga merupakan alumni UiTM, graduan fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dalam jurusan fesyen pada tahun 1989-1993 pernah menyandang gelaran Pelajar Terbaik Kajian (Jurusan dan Fakulti) serta Pelajar Terbaik Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Reka Fesyen).
Rupa-rupanya posting Dato’ Rizalman di Instagram awal hari ini adalah untuk penerimaan pengiktirafan yang diberikan pusat pengajian tinggi Universiti Teknologi Mara.
Lebih mengharukan apabila sebuah video dimuatnaik pada laman IG dengan nama akaun @rizalman71 merungkaikan wajah-wajah Dato’ Rizalman dengan ucapan tahniah. Tak kurang juga peminat-peminat yang meluahkan rasa gembira dengan pengumuman ini. Bersaranya beliau sebagai pereka fesyen membuka lebih banyak lembaran baru buat beliau.
https://www.instagram.com/p/CGZfNpDJQ7K/
Rezeki Dato’ Rizalman tidak pernah putus-putus. Pada awalnya dia takut untuk berhenti mereka busana kerana tidak tahu bagaimana periuk nasinya dan kakitangannya nanti.
“Dulu saya takut untuk berhenti menjadi pereka fesyen. Macam mana saya nak bayar pekerja, apa yang saya nak makan nanti? Persoalan dan ketakutan itu bagai selimut dalam diri tetapi sedikit demi sedikit Allah buka jalan untuk saya pilih. Allah kurniakan ilmu seni pada saya tanpa saya minta. Saya pandai menjahit, menilai kain, mereka busana.
Itu semua bukan satu dosa tetapi ia menjadi berdosa apabila saya tidak menjuruskan ilmu itu kepada sesuatu kebaikan,”katanya dalam sesi temubual yang dipaparkan dalam majalah Nona edisi Mac baru-baru ini.
Dalam sesi temubual itu, sempat juga DRI berkongsi amalan yang dilakukan agar hidupnya sentiasa murah rezeki.
“Semua atas kehendakNya. Saya lalui hidup ini dengan percaturan yang telah ditulis secantik-cantiknya. Orang kata, nak murah rezeki kena banyak amalan. Tetapi untuk saya, memang banyak doa yang diamalkan. Tak tahu yang mana satu berkesan. Tetapi saya sentiasa displinkan diri untuk menunaikan solat sunat Subuh setiap hari dan jadikan solat sunat Dhuha sebagai amalan wajib.
Selalulah bersedekah dan membayar zakat. Kedua-dua ini memberi kesan yang sangat hebat. Pastikan sedekah itu konsisten, kalau tidak rezeki pun tak datang dengan konsisten. Mungkin saya tidak mampu bersedekah kudrat tetapi saya gunakan kelebihan yang saya ada untuk mencari idea-idea dan peluang rezeki yang lumayan. Bila ada duit, lebih mudah untuk kita bersedekah. Itu pemikiran saya.
Cuma, apa yang boleh saya kongsikan adalah sedekah yang orang tidak tahu. Rezeki Allah beri ini saya gunakan untuk bawa orang susah mengerjakan umrah. Pada saya, untuk apa kita sibuk menjejak kaki ke Mekah untuk mengerjakan umrah berkali-kali sedangkan ramai lagi umat Islam yang teringin untuk melihat Kaabah di hadapan mata. Teringin bersujud di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi namun tidak mampu.
Satu kebahagiaan untuk saya apabila saya diberi rezeki unutk membayar pakej umrah buat seorang tukang sapu yang begitu pandai mengaji Al-Quran. Bayangkan bagaimana dia berdoa unutk kita dihadapan Kaabah dan itulah doa yang paling mulia sekali. Istiqamahlah saat bersedekah,”pesan Dato Rizalman.
Kredit foto: Instagram Dato’ Rizalman Ibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, tahniah Aaliyah Yoong Hanifah! Bukan calang-calang terima biasiswa bernilai RM1.1 juta. Ratu ski air negara dan peluncur nombor satu Asia ini dilaporkan menerima biasiswa tersebut daripada Yayasan Sime Darby (YSD) untuk melanjutkan pelajaran ke Florida, Amerika Syarikat mulai Januari depan.
Berusia 19 tahun, adik kepada Alex Yoong ini akan melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Florida Southern College yang juga kolej berprestij dengan kemudahan canggih dan terkenal kerana berjaya melahirkan pemain ski bertaraf dunia.
Memetik kenyataan atlet muda tersebut di media sosial miliknya, “Thank you a million times to Yayasan Sime Darby for awarding me with the YSD Star Scholarship Award that will aid me in my journey to attaining a Bachelor’s Degree in Psychology as well as hopefully becoming World No. 1 one day!!”
Majlis penyerahan tajaan biasiswa Aaliyah disempurnakan Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar.
Aaliyah mula berkecimpung dalam sukan ski air seawal usia lima tahun dan memperoleh pingat emas pertamanya di Sukan SEA 2011 ketika berusia lapan tahun.
Sepanjang tempoh itu, dia sudah mengumpul enam emas dan menduduki tempat pertama di Asia dalam slalom, tricks, lompatan, dan overall selain menduduki tempat ke-3 di dunia bagi kedua-dua kategori Bawah 21 tahun dalam ketagori overall dan tricks.
Lebih manis, kejayaan Aaliyah didorong oleh ayah tersayang yang juga Ketua Jurulatih Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) iaitu Hanifah Yoong.
Aaliyah yang juga Bintang Sarjana dan Duta YSD, turut meningkat secara progresif dalam ranking global International Waterski & Wakeboard Federation (IF), iaitu daripada tangga ke-19 kepada tangga ke-11 dalam kategori Women Overall setakat November tahun ini.
Aaliyah akan memulakan kempennya dalam Moomba Masters di Melbourne, Australia pada Mac 2023 dan menyertai dua kejohanan dunia B21 di Mexico pada Jun tahun depan sebelum bertanding di kejohanan terbuka dunia di Florida pada Oktober.
Untuk rekod, penerima Anugerah Biasiswa Bintang YSD sebelum ini termasuk pelumba basikal trek, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan pemain golf, Kelly Tan kerana kedua-duanya disokong dalam akademik dan cemerlang dalam bidang olahraga mereka.
Aaliyah merupakan adik kepada bekas pelumba Formula Satu (F1), Alex Yoong dan kakak iaitu Philippa Yoong juga merupakan atlet sukan ski air.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...