Penyanyi SINEAD O’ CONNOR Peluk Islam, Cuba Laung Azan Buat Pertama Kali!

Penyanyi kelahiran Ireland dan popular dengan lagu Nothing Compares 2U, Sinead O’Connor mengambil keputusan untuk meninggalkan agama kristian dan memeluk Islam. Berita gembira itu dikongsi oleh beliau di laman Twitter miliknya dan menukar namanya kepada Shuhada serta tampil berhijab. Malahan, menjadi seorang muslimah membuatkan dirinya begitu bangga dan turut berkongsi sebuah video cubaannya melaungkan azan buat pertama kali.

 

“Pengumuman ini bertujuan menyatakan saya berbangga menjadi seorang Muslim. Ia kesimpulan semula jadi untuk perjalanan mana-mana ahli agama. Kajian semua kitab suci membawa kepada Islam. Ia menjadikan semua kitab suci lain tidak bermakna. Saya akan mempunyai nama baharu. Ia adalah Shuhada”, tulisnya di Twitter

Video cubaan Shuhada melaungkan azan yang dimuatnaik dalam laman youtube turut mendapat perhatian netizen. Mengakui ada beberapa lagi sebutan yang salah, Shuhada akan terus berlatih dan membaikinya.

 

“Ini adalah cubaan pertama saya menyanyikan azan. Saya ada kesilapan sebutan kerana emosi, namun beratus lagi cubaan akan dilakukan. Apabila saya sudah berlatih 30 kali, saya akan membuat dunia terpegun,” kata wanita yang kini berusia 51 tahun itu.

Alhamdulillah, bertambah seorang lagi keluarga Islam kita. Semoga Shuhada akan kekal istiqamah untuk terus memeluk Islam dan melakukan kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Share
Published by
Elly Jalil