Penyanyi Vateran ROHANA JALIL Kini Kritikal Di ICU, Rakan Artis Titip Doa

Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68 yang juga ibu kepada pelakon Khilafairy dikhabarkan dalam keadaan ritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak semalam namun tidak dipastikan punca dan penyakit yang dihidapinya.

Mengesahkan berita duka itu kepada BH Online, rakan baiknya, Datin Salwa Abdul Rahman, pagi ini. Salwa berkata, dia terkejut diberitahu juara Bintang RTM 1980 itu berada dalam kritikal di ICU sejak semalam.

Namun, katanya, doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapinya memandangkan penyanyi lagu Rayuanku itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini.

“Jaafar Onn ada menunjukkan gambarnya bersama Rohana ketika mengadakan persembahan di Plaza Shah Alam pada Ahad lalu.

“Bagaimanapun, Jaafar beritahu ketika sedang menyanyi, Rohana tidak boleh berdiri secara tiba-tiba. “Rohana nak duduk dan terus berada dalam keadaan lemah. Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit.

“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui,” katanya kepada BH Online.

Salwa berkata, dia diberitahu Rohana dikejarkan ke hospital, kelmarin, namun, anak-anaknya masih merahsiakan daripada pengetahuan sesiapa.

“Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.

“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.

“Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus