Penyertaan Dua PUTERI RAJA Dari Brunei & Thailand Ini Menggamatkan Sukan SEA 2017. Terlalu CANTIK & LINCAH

Jika kebanyakan wanita di Malaysia menggilai kehadiran putera Sultan Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dalam sukan polo baru-baru ini, kehadiran dua puteri diraja dari negara Brunei dan Thailand yang turut berkenan mengambil bahagian dalam Sukan SEA 2017 ini pula tidak harus dipinggirkan.

Salah seorang daripadanya, Puteri Sirivannavari Nariratana, 30, merupakan anak kepada Raja Vajiralongkorn. Beliau merupakan atlet VVIP Thailand yang mengambil bahagian dalam acara ekuestrian Sukan SEA 2017.

Puteri Sirivannavari Nariratana merupakan satu-satunya puteri raja Thailand yang aktif dalam dunia sukan. Sebelum ini, beliau pernah mewakili Thailand dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar dan ASEAN Games 2014 di Korea.

Dalam acara ekuestrian yang disertai, puteri raja itu berjaya mengutip pingat perak dan beliau mendedikasikan kemenangan tersebut khusus untuk mendiang datuknya, Raja Bhumibol Adulyadej.

Ini bukanlah kali pertama beliau memenangi pingat di upacara sukan berprestij malah puteri jelita ini juga pernah memenangi pingat emas untuk negaranya pada tahun 2005 dan 2007.

6 Fakta Menarik Tentang Puteri Sirivannavari Nariratana

  1. Puteri Sirivannavari tidak asing lagi dalam temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu apabila pernah memenangi pingat emas untuk negaranya pada tahun 2005 dan 2007.
  2. Beliau merupakan puteri kepada Raja Vajiralongkorn dan sangat menggemari sukan dan seni.
  3. Puteri kerajaan Thailand ini menduduki tangga kedua daripada 20 senarai VVIP paling bergaya oleh majalah Forbes.
  4. Puteri ini seringkali hadir di acara fesyen dunia seperti Paris Fashion Week.
  5. Beliau juga mereka busananya sendiri yang ditampilkan di Bangkok Fashion Week pada tahun 2007 dan di Paris tahun 2008.
  6. Bagi memastikan keselamatan beliau sepanjang temasya Sukan SEA berlangsung, seramai 16 pegawai dan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) bertugas mengawasi pergerakan puteri itu sepanjang berada di negara ini.

Seorang lagi puteri jelita yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata adalah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Kakanda kepada Putera Abdul Mateen Bolkiah ini yang menyertai perlawanan pembukaan acara polo di Sukan SEA 2017 menjadi pendorong utama ribuan penonton tempatan menyerbu Pusat Equestarian Putrajaya.

Oleh itu, tidak hairan jika beribu-ribu peminat kerabat diraja Brunei dan sukan polo mula membanjiri kawasan berkenaan seawal jam 3 petang biarpun perlawanan epik terbabit dijadualkan bermula jam 4 petang.

YTM Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah juga berkenan menerima pingat gangsa yang dimenangi oleh skuad polo Brunei selepas mencatat kemenangan ke atas pasukan Singapura dengan keputusan 10 – 8. Rosmah Idayu Abu Samah

Share
Published by
Norzalina