Memecah stereotaip peragawati normal, kemunculan gadis kerdil bernama Dru Presta, 22, ini dilihat bakal mengubah landskap fesyen semasa.
Disahkan mengalami masalah pertumbuhan terhad atau dwarfism sejak dilahirkan, gadis Nevada ini hanya mempunyai ketinggian 3′ 4″ atau sekitar 1 meter saja.
Dia merupakan satu-satunya ahli keluarga yang menderita masalah achondroplasia dan pernah dibuli kerana keadaan ini. Meskipun diejek kerana kerdil, tapi dia tekad mahu membuktikan kemampuan diri.
Dru berpindah ke Los Angeles dan mula menyertai kelas peragawati secara serius demi mengejar cita-citanya dalam bidang fesyen. Niatnya murni, dia mahu membuktikan bahawa gadis kurang upaya juga mampu berjaya.
“Saya mahu semua orang ‘merasa diterima’ dalam dunia fesyen. Sesiapa pun boleh berjalan di atas pentas runway, tak kira anda berkerusi roda atau bertongkat sekali pun!”
Keunikan Dru Presta mula menjadi buah mulut masyarakat semenjak media antarabangsa membuat liputan tentangnya. Kini dia mula dihujani kontrak peragaan dan kerap dipanggil untuk pelbagai penggambaran iklan. Tengoklah aksi Dru ni, berbakat besarkan? Norzalina Mohd Alias