Selebriti Rihana Petra baru-baru ini berkongsi dengan pengikutnya bagaimana dia membesarkan anak lelakinya, Tengku Ismail Leon dengan caranya yang tersendiri, walau tiada kelibat suami di sisi. Menerusi hantaran di Instagramnya, Rihana Petra menjelaskan petua ini diambil dari beberapa buah buku psikologi yang dibacanya.
Ads
Jelas Rihana, “Dalam membesarkan anak saya, pertama sekali, saya mahukan dia menjadi seorang yang baik dan menjadi lelaki sejati. Namun untuk itu, seperti yang anda tahu nak besarkan dia anda perlu perbetulkan diri terlebih dahulu. Kanak-kanak seperti span, mereka akan menyerap apa yang dilihat.
✅ JANGAN SESEKALI MEMPEROLOKAN ANAK ANDA.
Untuk lelaki, ajukan wanita boleh mengakibatkan trauma, namun ejekan ibu boleh memberikan kesan yang sangat mendalam. Tidak kiralah sama ada anda bergurau, mengejeknya memakai seluar ke belakang atau dia melafazkan cintanya kepada seorang gadis.
✅ SENTIASA MENJAWAB SEMUA SOALANNYA.
Tak kira di usia apa pun! Elak sekadar berkata “dah tua nanti kamu tahulah” Jika anda tidak tahu jawapannya, katakan sahaja. Jangan berdolah dalih. Kemudian cuba selidik lebih lanjut – dan kembali menjawab persoalannya.
✅ MINTA NASIHAT ANAK ANDA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.
Kadang kala saya kagum dengan keupayaan kanak-kanak yang mampu menyelesaikan masalah orang “dewasa”. Jangan segan meminta nasihat darinya, kerana inilah cara kanak-kanak belajar untuk menjadi seorang dewasa – untuk menyokong, dan membuat keputusan.
✅ ELAK GUNA “KAN IBU DAH KATA!”
Ads
Jangan bersaing dan bersemuka dengan anak anda dalam apa-apa jua situasi, dan “Kan ibu / ayah dah cakap” adalah kata-kata persaingan menggambarkan seolah-olah anda gembira “mengalahkan” anak anda.
✅ SENTIASA MEMUJI
Mengagumi dan memuji anak-anak tanpa sebarang “tetapi” walaupun perkara yang kecil. Apabila dia dewasa, dia sendiri akan tahu dan lebih mengerti bahawa ia merupakan pencapaian yang cukup besar masa kecilnya.
✅ SOKONG IMPIANNYA.
Ads
“Saya mahu menjadi angkasawan” Hebat, namun jangan duduk saja! Pergilah beli buku atau apa saja mengenai subjek tersebut. “Saya mahu menjadi seorang bomba”. Sokong saja apa impiannya, tak kira apa pun! 😉
✅Jika dia menangis, jangan anggap ianya perkara kecil. Ia mungkin kecil untuk anda, tetapi ia besar untuk anak anda! Sebarang masalah adalah permulaan yang dapat memberikan kesan untuk tumbesaran kanak-kanak. Tidak kiralah berapa umur anak anda.
✅ SENTIASA BERADA DI SISINYA.
Bukan hanya dengan kata-kata. Tetapi juga dalam tindakan. Apabila masa berlalu dan anak anda membesar menjadi remaja, dia akan mula mempercayai, dan akan merujuk kepada anda jika mereka mempunyai sebarang sebarang pertanyaan. Ini kerana anda sudah melakukan segala-galanya yang betul pada zaman kanak-kanaknya. ♥️
Untuk rekod, Rihanna Oksana Petra telah berkahwin dengan Sultan Muhammad V, dan sah bercerai dengan talak 3 pda Julai 2019.
Keistimewaan hari Jumaat sudah semestinya apabila umat Islam difardhukan untuk menunaikan solat jumaat. Keterujaan menunaikan solat jumaat lebih teruja apabila berpeluang menunaikannya di Tanah Suci Mekah.
Sebelum menunaikan solat jumaat, khutbah jumaat dibacakan terlebih dahulu kepada para jemaah solat. Namun, apabila bersolat di Masjidil Haram sudah tentu Khatib akan membacanya dalam bahasa Arab. Bagi mereka yang memahami bahasa Arab mungkin tidak mempunyai masalah. Bagaimana pula mereka yang tidak faham bahasa Arab?
Rupanya sejak bulan Mac 2014, pentadbiran Masjidil Haram telah memulakan program menterjemah khutbah Jumaat ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Peranchis dan Urdu termasuk Bahasa Melayu.
Mendengar khutbah jumaat sudah tidak menjadi masalah lagi selepas itu apabila jemaah boleh mendengar bacaan khutbah jumaat menggunakan peranti audio dan fon kepala yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.
Khutbah jumaat ini boleh diikuti di frekuensi radio FM90.5 di pintu 72 hingga pintu 95. Siapakah yang menjadi penterjemah khutbah jumaat dan siapakah gerangan suara yang berkumandang dalam peranti audio dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu ini.
Insan yang bertuah dan terpilih untuk menterjemahkan khutbah jumaat di Masjidil Haram ialah Mohamad Aswadi Ali, dan Mohamad Nurul Hafiz Ab. Latif , 32, masing-masing dari Marang dan Besut, Terengganu.
Bekas pelajar sarjana Dakwah di Universiti Umm Al Qura ini, tinggal di sana sebagai penuntut universiti berkenaan. Mereka mengikuti pengajian bahasa Arab di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang Al-Quran dan Hadis.
Selain daripada jemaah Malaysia, khutbah yang diterjemahkan olehnya boleh turut diikuti jemaah dari Indonesia, Brunei Darrusalam, Singapura, Thailand dan Filipina.
Ditanya mengenai perasaan Mohamad Nurul ketika diberikan tanggungjawab menterjemah khutbah Jumaat pertamanya, beliau berkata: “Saya merasa terharu dan takut juga kerana ia tanggungjawab yang amat besar,” katanya.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Mstar, antara cabaran yang ditempuhnya adalah semasa menterjemah khutbah Aidilfitri suatu ketika dahulu kerana teksnya panjang iaitu 25 muka surat selain Khatib dan Imam Masjidil Haram membaca khutbah itu dengan cepat.
Melalui laporan Harian Metro, Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais berkata, khutbah Jumaat dalam bahasa Melayu juga akan diadakan di Padang Arafah ketika musim haji. Tambah Sheikh Abdul Rahman, langkah itu menunjukkan betapa pentingnya ikatan bersama Malaysia bagi kerajaan Arab Saudi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luar biasa cantik, padanlah rumah ini jadi port #OOTD keluarga, rupanya sentuhan pasangan Firziey ‘tukar wajah’ teres lot tepi di Seri Kembangan ini.
Melangkah ke taman perumahan elit di Seri Kembangan, tersergam sebuah kediaman teres lot tepi yang telah diubah suai sebegitu indah.
Terletak berdepan pondok pengawal keselamatan, transformasi kediaman milik pasangan pereka fesyen, Mohamad Firdaus dan Wazieen Sidek daripada Firziey Couture ini memberikan aura istana Inggeris yang glamor.
Pernah berniaga kecil-kecilan di pasar malam sebelum membuka butik sendiri, saksikan kisah inspirasi Firziey ini…
Berusia 33 tahun, Wazieen yang mesra disapa Azie merupakan ibu kepada 4 cahaya mata. Wanita Kelantan ini setia membantu suaminya berniaga, malah asalnya pernah menjual tudung dan mengambil tempahan baju di pasar malam.
Bermula dari situ, pasangan Firziey menjadikan apartment mereka sebagai butik sebelum berpindah ke sebuah shoplot di ibu kota.
“Rumah ini dihias indah supaya boleh dijadikan ‘port’ #OOTD anak-anak atau mini studio untuk kempen Firziey Couture. Mudah bila ada penggambaran, kami buat saja di rumah,” cerita Firdaus tentang rumah yang baru dihuninya sejak Ramadan lepas.
Turut menjadi tempat #OOTD keluarga, rumah pasangan Firziey yang ditukar wajah dari sekadar teres lot tepi ini turut kelihatan persis istana Inggeris.
Menjadikan Pinterest sebagai sumber rujukan, Firdaus tidak menafikan pernah melihat dan suka dengan konsep dekorasi kediaman TokRI atau Dato’ Rizalman Ibrahim.
“Ya, tapi ruang interior di rumah ini saya olah sendiri mengikut cita rasa saya. Kecuali ruang dapur yang mana saya serahkan pada isteri untuk memilih konsep dan warna kesukaannya,” jelas Firdaus yang memiliki kemahiran seni kreativiti yang luar biasa.
Paling menarik, tentu sekali meninjau ruangan laman tepi rumah ini yang berkonsepkan villa Roman. Ada kolam air pancut dengan deretan pasu tanaman yang rimbun menghijau, cukup menyamankan!
Kagum dengan semangat anak seni ini. Mempunyai nama besar dalam industri seni tanah air, kesungguhan Dr Norzizi Dato’ Zulkafli menimba ilmu dan memartabatkan seni sememangnya wajar dijadikan inspirasi. Bersandarkan pencapaiannya dalam akademik dan karier seni, wanita kreatif ini wajar diangkat sebagai ikon anak seni berjaya!
Kejayaan Dr Norzizi menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Seni, Bahasa Inggeris dan Media di University of Wollongong, Australia sekitar tahun 2017 menjadi bualan ramai.
Apatah lagi waktu itu tiga anaknya masih kecil dan baru berusia lima, tiga dan dua tahun. Namun atas sokongan suami tercinta, Bayu Utomo Radjikin, Dr Norzizi mampu merealisasikan hasrat menggenggam PhD.
Kini, anak kepada seniman Allahyarham Dato’ Zulkafli Zain dan Datin Normala Omar ini merupakan Ketua Pengajian Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Difahamkan dia diberi kepercayaan menggalas tugas itu sejak tahun 2017 lagi.
“Saya akan menyambung semula lantikan selama dua tahun lagi. Memegang Ketua Jabatan sejak 2017. InshaAllah ini term yang terakhir. One more term to go! Terima kasih buat para Pensyarah Pengajian Seni Persembahan yang sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang terbaik buat jabatan.
Terima kasih dan love semua! Terima kasih buat Pengurusan Tertinggi Kolej Pengajian Seni Kreatif dan UiTM. Dengan bismillah, kita teruskan lagi tugas kita semua dan moga saya mampu memberikan yang terbaik, satu term lagi. Ayuh, team Seni Persembahan!”
Bukan hanya mencurah bakti sebagai tenaga pengajar dalam arena seni malah Dr Norzizi tetap aktif di pentas teater.
5 Mac lalu, dia berpeluang mengadakan persembahan Monodrama Autobiografi ‘Dan Di Senja Itu’ di Institut Seni Indonesia Padang Panjang. Bakat yang dipertonton kepada khalayak cukup memukau dan meraih pujian!
Sebelum ini, Dr Norzizi terkenal sebagai pengacara program kuiz kanak-kanak itu ‘Di Mana Joe Jambul’ pada tahun 1990an.
Dia juga pernah membintangi filem Syukur 21, Cicakman dan pementasan teater Throne of Thorns.
Moga pencapaian membanggakan Dr Norzizi sebagai anak seni, pensyarah, ibu dan isteri menjadi suntikan semangat buat lebih ramai wanita agar terus mengejar impian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...