Menjadi antara jenama fesyen tempatan paling popular kini, jenama Rizman Ruzaini di bawah kelolaan dua pereka terkenal negara, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil sekali lagi muncul dengan koleksi terbaharu mereka. Merupakan tahun kedua RR Cruise memenuhi kalender koleksi keluaran jenama fesyen ini, untuk kali ini Pengarah Kreatif RR, Yana Baharudin menjadi tulang belakang utama dalam cetusan idea koleksi ini.

Percutian Lebih Stail & Versatil Dengan Koleksi RIZMAN RUZAINI ‘CRUISE’

Ads

Mengenengahkan warna-warna yang berani dan menyerlah, ternyata koleksi RR Cruise tahun ini bakal mencipta fenomena tersendiri. Berkongsi mengenai idea di sebalik rekaan kali ini, Rizman memberitahu, sama seperti koleksi RR yang lain, RR Cruise juga adalah indikator dalam menentukan keberanian masyarakat kini untuk tampil dengan gaya yang lebih berani.

Percutian Lebih Stail & Versatil Dengan Koleksi RIZMAN RUZAINI ‘CRUISE’

“RR Cruise adalah koleksi wajib yang akan terus kami lancarkan bersempena dengan musim percutian. Pada pengamatan saya, menjadi satu kebiasaan apabila kita keluar bercuti terutamanya ke lokasi kepulauan atau pantai, kita berkehendakkan baju serta aksesori fesyen yang menarik selain selesa. Koleksi RR Cruise adalah jawapan kepada semua itu.

“Kami mahu peminat jenama RR muncul berbeza dalam khalayak, justeru dengan penggunaan warna yang lebih berani serta rekaan yang segar, RR Cruise wajar menjadi helaian pilihan anda ketika bercuti.

Percutian Lebih Stail & Versatil Dengan Koleksi RIZMAN RUZAINI ‘CRUISE’ Percutian Lebih Stail & Versatil Dengan Koleksi RIZMAN RUZAINI ‘CRUISE’

“Jika dilihat pada hari ini, kami turut menjemput ramai selebriti yang tidak hanya hadir sebagai tetamu, malah turut menggayakan koleksi RR Cruise. Ini secara tidak langsung dapat memberi idea dan keberanian kepada peminat jenama RR sendiri untuk mencuba koleksi ini yang kelihatan lebih bold dan menyerlah,” katanya.

Sama seperti koleksi RR yang lain, tambah Ruzaini pula menjadi fokus utama mereka dalam menyediakan rekaan yang menarik dan mampu milik. Tidak terkecuali, RR Cruise juga adalah koleksi yang bakal mendapat perhatian sama seperti koleksi lain sebelum ini.

“Seperti yang kita tahu, RR adalah jenama fesyen yang cuba kami tampilkan sebagai koleksi  lengkap. Bermakna di bawah RR bukan hanya ada pakaian sahaja tetapi turut dilengkapi aksesori fesyen lain termasuk tudung, beg tangan dan pelbagai lagi.

“Ini dapat menyakinkan mereka di luar sana untuk terus memilih RR sebagai satu jenama yang unggul dengan kualiti dan rekaan yang sentiasa relevan. Elemen inilah yang menjadi teras di RR, di samping menawarkan harga yang bagi saya berpatutan dengan apa yang kami tawarkan sebagai jenama fesyen lokal yang eksklusif,” tambahnya.

Ads

Masih mengekalkan jualan secara atas talian sebagai medium utama pembelian produk RR, namun, jelas Rizman dengan pembukaan  Butik RR Flagship Store di Four Seasons Place, Kuala Lumpur juga bakal merancakkan lagi jualan produk RR untuk pembelian secara langsung.

Percutian Lebih Stail & Versatil Dengan Koleksi RIZMAN RUZAINI ‘CRUISE’ Percutian Lebih Stail & Versatil Dengan Koleksi RIZMAN RUZAINI ‘CRUISE’

“Semua produk RR termasuk koleksi RR Cruise akan dijual melalui rizmanruzaini.my. Lebih mudah untuk mereka yang suka membeli-belah secara atas talian. Sebelum ini juga terutamanya sewaktu pandemik medium ini menjadi nadi utama perniagaan RR.

“Bagaimanpun, kami sentiasa mendengar dan akan membuat pembaharuan dalam urusan perniagaan demi memberikan keselesaan kepada pelanggan. Justeru, RR Flagship Store adalah jawapan kepada mereka yang lebih cenderung kepada butik fizikal. Paling penting di RR, kami akan akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tidak kira secara atas talian mahupun di butik,” katanya.

Ads

Menghargai kepercayaan yang diberikan peminat jenama ini, jelas Rizman juga faktor yang meletakkan RR kekal menjadi pilihan utama pelanggan adalah komitmen mereka dalam menghasilkan koleksi-koleksi RR secara konsisten.

“Saya tahu ada yang tertunggu-tunggu koleksi terbaharu RR, jadi menjadi tanggungjawab kami untuk sentiasa menghasilkan rekaan terkini dan sesuai dengan citarasa masyarakat di negara ini. Malah kalau kita lihat RR tidak pernah culas menghasilkan rekaan untuk koleksi Hari Raya sejak lapan tahun lepas.

“Ini adalah bukti RR sendiri cukup komited dengan peminat jenama RR. Malah, di bawah RR juga terdapat koleksi tudung dan aksesori lainnya yang akan sentiasa mendapat sentuhan baharu dalam memastikan penampilan terbaik untuk setiap pelanggan RR,” jelasnya.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI