Gaya Hidup

Percutian Rentas Masa Sambil Terokai Budaya Baba & Nyonya. Percutian di TIMEZ HOTEL MELAKA Nyata Hebat

Jika anda menginginkan penginapan yang berlatar belakangkan sejarah, Timez Hotel Melaka pasti memenuhi kehendak percutian anda.

Dibina di sebuah bangunan lama yang diubahsuai semula dengan garapan rona putih bersih, hotel bertemakan warisan ini sememangnya sarat dengan elemen nostalgia.

Terletak di laluan terkenal bandar raya Melaka, Jonker Street, hotel butik ini berjaya menarik kedatangan pelancong saban tahun dengan keunikan binaan dan rekaan setiap kamar yang ada di sini.

Salah satu keistimewaan Timez Hotel Melaka adalah kesediaan 15 kamar tetamu termasuk tiga suite yang setiap satunya dihias dengan konsep berbeza.

Seiring kehendak tetamu yang mementingkan keselesaan di samping peluang menginap dalam suasana penginapan unik dan indah, Timez Hotel Melaka menawarkan lima kategori kamar berkonsepkan hiasan Peranakan, Cina, British, Portugis dan Belanda.

Kelima-lima elemen tersebut diketengahkan sebagai menghargai tradisi masyarakat Melaka yang berhubung kait dengan budaya Peranakan dan Cina termasuk kesan jajahan pentadbiran British, Portugis serta Belanda ketika era Kesultanan Melaka.

Cherki Room misalnya mengetengahkan konsep peranakan yang dihiasi dengan rona hijau epal bersama bingkai gambar kad ala manjung yang cukup sinonim dengan suku kaum berkenaan.

Manek Room dan Little Nyonya Room pula adalah apreasiasi keunikan seni masyarakat Nyonya dengan kehalusan manik dan koleksi aksesori antik yang dihimpun kemas dalam ruang kamar ini.

Buat tetamu hotel yang ingin menikmati ruang lebih luas, boleh menempah Screen Suite atau Fortaleza Suite. Rasai sendiri percutian menyeronokkan di sini dan rebut peluang memenangi baucer penginapan Timez Hotel Melaka dengan menghantarkan borang penyertaan dalam naskhah Nona September 2017. Suziana Abu Daud

Share
Published by
Norzalina