Kalau disebut nama negara Iceland pasti terbayang keindahan pemandangan lagu Gerua lakonan mantap pasangan pelakon serasi Bollywood, Shah Rukh Khan bersama Kajol dalam filem Dilwale. Sejak filem ini menjadi box-office ramai yang mula mahu mengenali negara ini dan merancang untuk menjejaki tempat-tempat indah dalam filem tersebut. Walaupun lokasi agak berjauhan di antara satu dengan lain namun tidak mematahkan semangat pengembara untuk merakamkan momen indah di sana.
Foto: Instagram @girltalkhq
Namun, di sebalik panorama indah ciptaan Sang Pencipta, Iceland juga telah melakar sejarah dalam arena politik apabila Katrín Jakobsdóttir dilantik menjadi Perdana Menteri keempat pada November 2017. Dilantik sebagai Perdana menteri pada usia 41 tahun sekali gus menjadikan Katrín menjadi antara Perdana Menteri Wanita dan Termuda Dunia.
Katrín dilahirkan pada tahun 1976 dan merupakan graduan University of Iceland dengan bachelor degree with a major in Icelandic and minor in French. Ketua parti pembangkang Iceland ini melalui Gerakan Kiri-Hijau telah bertahun menceburkan diri dalam kancah politik. Sebelum menjawat jawatan Perdana menteri Katrín pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan, Sains dan Kebudayaan dari tahun 2009 hingga 2013.
Foto: Instagram @eylemtuncaelli
Katrín merupakan isteri kepada Gunnar Örn Sigvaldason dan ibu kepada tiga orang anak lelaki. Boleh bayangkan bagaimana mencabarkan tugas Perdana Menteri Iceland ini bukan? Kejayaan Katrín ini menjadi inspirasi buat semua wanita yang boleh berjaya dalam semua bidang walau mempunyai tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu.
Foto: Instagram @bella.speaks.her.heart
Paling indah dalam hidup Katrín sebagai ahli politik selain menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri adalah telah dinobatkan sebagai Ahli Politik Yang Paling Dipercayai. Undian tersebut telah dijalankan di Iceland pada tahun 2016. Dengan undian sebanyak 59.2 peratus telah mempercayai Katrín sebagai ahli politik yang paling dipercayai mengatasi Presiden Iceland ketika itu, Olafur Grimsson dengan undian sebanyak 54.6 peratus. Hasil undian juga menunjukkan sokongan terhadap Katrín datang dari pengundi berusia di antara 18 hingga 29 tahun, yang kebanyakannya adalah wanita.
This website uses cookies.