Siapa yang tak mengenali girl group dari Korea Selatan yang semakin popular dan digilai satu dunia, Blackpink. Dianggotai empat wanita anggun – Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo keempat-empatnya berpengaruh dan punya peminat tersendiri.
Bukan sahaja berbakat, Jisoo BLACKPINK yang juga wajah jenama fesyen terkemuka Dior antara yang cukup disayangi ramai disebabkan keperibadiannya yang cukup merenda diri dan disenangi ramai.
Manakan tidak, khabarnya Jisoo akan mendermakan hasil kutipan penstriman dari saluran Youtubenya peribadinya sendiri, iaitu “Happiness Jisoo 103%” yang kini memiliki 4.54 juta subcribers di mana semua keuntungan akan didermakan kepada mereka yang memerlukan.
Baru dibuka sekitar Januari lalu, menurut satu temu bual, Jisoo turut berkonsi sebab dia membuat keputusan berkenaan. “Ia adalah saluran yang sangat mudah. Saya tidak tahu sama ada saya bersedia dalam menyediakan kandungan yang berkualiti.
Tetapi peminat dapat menonton video dengan senang hati selepas tahu yang saya akan mendermakan keuntungan kepada perkara baik, maka penonton dan saya sendiri juga akan menjadi insan yang lebih baik, ” jelasnya.
Menerusi komuniti dalam talian, netizen memuji keperibadian Ji-soo dengan menulis dan meuji keperibadian Ji-soo yang secantik wajahnya. “Menderma semua keuntungan YouTube awak bukanlah satu keputusan yang mudah. Ji-soo sangat mengagumkan,” tulis seorang peminat.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.