Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tapi siapa bilang hujan itu tidak bagus, sedangkan turunnya hujan untuk membersihkan? Bercerai tidak salah, jika itulah sebaik-baik jalan kebahagiaan menuju kampung abadi kita di akhirat nanti.
Nona tertarik berkongsi kupasan Peguam Syarie Muhammad Amirul Akmal Ismail dari Amirul Akmal & Associates tentang satu babak menarik dalam drama ‘Hati Yang Tersakiti’ (TV3). Antara babak dalam drama yang sedang viral ini adalah ketika Ramona diceraikan oleh Haris.
“Drama Melayu setiap kali babak penceraian mesti lelaki lafazkan cerai di luar Mahkamah Syariah. Pembuat drama tolonglah buat babak cerai seperti seorang lelaki budiman.
Lelaki budiman nak cerai dia jumpa keluarga mertua semula pulangkan anak dia. Pergi ke Mahkamah Syariah dan failkan cerai, lafaz cerai di hadapan Hakim. Barulah budiman.
Ni balik-balik babak cerai mesti luar Mahkamah Syariah. Masyarakat jadi terikut dengan perbuatan ini. Cerai luar Mahkamah ni kena buat pengesahan lafaz cerai luar Mahkamah. Menurut S57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, jika seorang telah ceraikan isteri di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, maka dia perlu memfailkan pengesahan lafaz talaq dulu.
Dah sah talaq lepas disiasat oleh YA Hakim dengan sewajarnya barulah dikira sah lafaz cerai tersebut.
Namun masyarakat hari ini dah tak kisah halal haram, lafaz cerai dibuat main-main. Cerai dan rujuk sesuka hati sedangkan kita ada undang-undang. Untuk pengetahuan semua, lafaz cerai di luar Mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah merupakan satu kesalahan yang boleh didenda satu ribu ringgit atau penjara tak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.
Jadilah suami yang budiman jangan jadi suami seperti Haris yang ceraikan Mona di luar Mahkamah. Jadilah budiman sikit wahai suami… Barulah macho!
Drama Melayu perlu kurangkan babak ini dan buat babak penceraian di Mahkamah itu lebih baik. Kita harus didik masyarakat untuk mematuhi hukum syara’ dan undang-undang dengan sebaiknya.
Kepada isteri yang diceraikan di luar Mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah, segeralah membuat permohonan pengesahan lafaz talaq jika suami anda telah berbuat demikian.
Jangan jadi Haris ya wahai suami?”
Sumber: Facebook Amirul Akmal & Associates (klik sini)
This website uses cookies.