Barangan mekap selalu dianggap sebagai teman baik wanita. Selain harganya yang mahal di pasaran, mekap-mekap berjenama juga bermutu tinggi dan dijamin menonjolkan kesan terbaik pada wajah.
Maka tidak hairanlah mengapa gedung-gedung mekap terkemuka sering menjadi tumpuan wanita di bandar raya besar. Tapi awas, jangan sesekali biarkan anak berlari bebas tanpa pengawasan di situ kerana takut berulang peristiwa di bawah!
Pengalaman yang dikongsi oleh jurusolek artis, Brittney Nelson ketika membeli-belah di Sephora antara yang sedang tular sekarang dan mengejutkan ramai orang.
Bayangkan ketika melintasi sebuah kaunter pembayang mata bernilai $1300, dia melihat set mekap di sana dirosakkan oleh seorang kanak-kanak yang tidak diawasi sesiapa. Ibunya didapati sedang sibuk membeli-belah mekap di bahagian lain.
Ketakutan dengan apa yang berlaku, Nelson terus berkongsi foto ini di media sosial dan mendapat banyak reaksi serta komen negatif.
Banyak netizen menyalahkan ibu kanak-kanak tersebut kerana gagal mengawasi si anak. Begitu juga yang mengeluh kerana kanak-kanak tidak sepatutnya dibawa ke kedai seperti ini.
Walau bagaimanapun, masih ada juga yang menyebelahi si ibu dengan mengatakan bahawa perangai kanak-kanak memang sukar diduga. Apa pun pendapatnya, the damage had already done. Kanak-kanak terbabit mungkin tidak wajar dipersalahkan kerana bagi mereka ia mungkin palet warna air untuk bermain. Norzalina Mohd Alias