Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan Shadila Halid yang dimaksudkan ini. Sebenarnya pemilik nama tersebut merupakan isteri kepada selebriti popular, Alif Satar. Shadila yang kini berusia 34 tahun dan memiliki dua orang cahaya mata perempuan nyata seorang yang cukup penyayang dan memahami kerjaya suami tercinta.
Sejak mendirikan rumah tangga bersama Alif Satar pada 15 September 2014, Shadila mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pengurus jenama bagi sebuah syarikat telekomunikasi atas permintaan Alif yang mahu isterinya itu memberi tumpuan penuh kepada anak-anak dan keluarga.
Bertuah Alif dikurniakan seorang isteri yang taat dan cantik seperti Shadila. Meskipun bergelar isteri kepada selebriti namun Shadila dilihat lebih selesa tampil low profile dan kelibatnya agak jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan tanah air. Tapi sebaik menjadi peneman hidup kepada Alif, tentu saja dia turut terkena tempias dunia glamor dan tidak terlepas menjadi perhatian khalayak.
Apa yang menarik perhatian kami baru-baru ini, Shadila ada memuat naik kapsyen menarik tentang pengalamannya ketika hamil anak keduanya, Ariana Mecca Muhammad Alif yang menyambut ulang tahun kelahiran pertamanya hari ini, 2 Februari. Sesungguhnya apa yang dikongsikan ibu muda ini sangat menyentuh perasaan dan menyuntik semangat yang hebat buat seluruh kaum wanita bergelar ibu.
“Apabila Alif beritahu mahu mengerjakan umrah, saya mengaku rasa sangat gementar sebab waktu itu saya sedang sarat hamil. Saya asyik berfikir, ‘Mampukah saya lakukan?’ dan bermacam-macam lagi. Lepas tawaf, kami mula bersaie dan pada waktu itu juga tiada lain yang mampu saya fikir melainkan anak sulung, Alisha dan bayi yang sedang dikandung.
Pada mulanya agak susah untuk saya berjalan tapi apabila mengenangkan kembali peristiwa Siti Hajar yang berlari berulang-alik mencari air dan pertolongan untuk anaknya, saya terus bersemangat dan mampu selesaikan saie dengan mudah. Nama Ariana Mecca akan selalu mengingatkan saya tentang kejadian yang berlaku di Mekah lebih setahun yang lalu.
No matter how old you are, Ariana, please remember there is nothing I wouldn’t do for you and Kakak Alisha. Mama and Daddy promise we will give you two so much love and happiness. We will have the best time seeing you grow up! Just please be a good Muslim lady,”
titip Shadila.Hasil perkongsian hidup dengan Alif selama hampir empat tahun, pasangan suami isteri ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Alisha berumur 3 tahun dan Ariana Mecca, setahun.
Sumber: Instagram @shadilahalid
This website uses cookies.