Detik kehilangan arwah bapa menjadi titik tolak kepada perubahan dalam hidup wanita berusia 30-an ini. Miesya Yunus atau mesra digelar sebagai Miesya, seorang yang pandai berdikari.

“Perjalanan Hidup Saya Tak Semudah Orang Lain” MIESYA YUNUS Terus Optimis Bina Empayar Perniagaan
Miesya Yunus bersama arwah bapanya.

Walaupun dilahirkan sebagai anak bongsu namun Miesya tegas dengan diri sendiri serta tidak bergantung harap kepada keluarga. Kini Miesya mampu menarik nafas lega setelah segala susah payahnya selama ini terbayar apabila berjaya memiliki empayar perniagaan sendiri iaitu Miesya Yunus Holding Sdn Bhd.

Ads

Miesya juga bergelar perunding imej dan penjenamaan korporat, jurucakap profesional, tenaga pengajar dan aktivis NGO sekaligus dia telah berjaya menunaikan janjinya terhadap arwah bapa.

“Perjalanan Hidup Saya Tak Semudah Orang Lain” MIESYA YUNUS Terus Optimis Bina Empayar PerniagaanBERKAT DOA

“Alhamdulillah, kejayaan saya hari ini semestinya dengan izin Allah SWT. Kedua, berkat doa dan redha ibu saya. Selepas arwah bapa meninggal saya berjanji pada diri sendiri mahu berjaya yang luar biasa agar dapat menjaga ibu seperti mana arwah abah yang ‘pergi’ ketika umur saya 18 tahun.

Sepanjang hayatnya, arwah abah sangat memuliakan ibu dan nenek. Saya anggap arwah abah hero keluarga selain mentor dan sahabat baik saya. Kami memang suka berbual macam-macam isu bersama,” kongsi Miesya yang memiliki darah campuran Melayu, Jawa, Arab dan Pakistan.

“Perjalanan Hidup Saya Tak Semudah Orang Lain” MIESYA YUNUS Terus Optimis Bina Empayar Perniagaan
Memiliki darah campuran Melayu, Jawa, Arab dan Pakistan menyerlahkan kecantikan asli wanita berusia 30an ini.

Bagi Miesya setiap perkara yang dilakukan haruslah bermula dengan niat yang ikhlas sebagai ibadah kepada Allah SWT. Hati akan menjadi lebih tenang, minda juga akan lebih mudah untuk bekerja serta mengawal perjalanan hidup.

CABARAN

“Apa yang boleh saya katakan, perjalanan hidup saya tak semudah orang lain. Keindahan hari ini hadir selepas saya melalui pelbagai cabaran. Untuk memiliki sesuatu yang berharga memerlukan pengorbanan dan keikhlasan.

Dia boleh bagi kita kejayaan Dia juga boleh ambil semula apa jua milik kita sekelip mata. Jangan susah hati jika diuji kerana ujian Allah datang untuk insan-insan yang terpilih. Sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT. A positive vibes will attract a positive energy!” ungkap Miesya.

Ads
“Perjalanan Hidup Saya Tak Semudah Orang Lain” MIESYA YUNUS Terus Optimis Bina Empayar Perniagaan
Dalam usia 30an Miesya telah pun memiliki empayar perniagaan yang kukuh.

Perjalanan hidupnya yang cukup mencabar menjadi salah satu faktor Miesya aktif sebagai aktivis sosial sehingga membentuk siapa dirinya hari ini. Bergelar anak yatim juga membuatkan Miesya sedar bahawa ramai lagi yang senasib sepertinya mampu berjaya.

“Melalui platform sukarelawan saya mampu membentuk kepimpinan diri yang kuat. Selain itu, berbekalkan ilmu dan pengalaman yang sedikit ini semoga ia menjadi infak buat mereka yang memerlukan,” bicara Miesya.

IMPIAN

“Saya mengimpikan untuk membina syarikat yang auto run supaya pada usia 45 tahun saya boleh memberikan perhatian sepenuhnya terhadap diri serta keluarga. Ketika ini juga saya berharap dapat mendalami ilmu Al-Quran setelah empayar perniagaan kukuh dan memberi manafaat kepada ummah.

Ads

Impian saya seterusnya ialah untuk membina ‘istana’ indah serta surau buat ibu. Saya juga berharap Miesya Holding Sdn Bhd menjadi hub one stop centre demi pembangunan insaniah,” kongsi Miesya.

“Perjalanan Hidup Saya Tak Semudah Orang Lain” MIESYA YUNUS Terus Optimis Bina Empayar Perniagaan
Insan yang menjadi tulang belakang utama di sebalik kejayaan Miesya selama ini.

NASIHAT BUAT WANITA

“Wanita tanpa ilmu dan iman yang kuat adalah wanita yang rugi. Kita tidak akan mampu berjaya jika tiada ilmu. Dan, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran kalau pegangan agama rapuh.

Semoga seluruh wanita mampu menjadi srikandi hebat yang berjuang untuk keluarga, agama, bangsa dan negara. Jangan pernah berputus asa pada rahmat Allah SWT yang sangat luas. Apa yang kita ungkapkan, rasa dan fikir akan mejadi doa harian kita,” akhiri Miesya.

Kredit : Instagram Miesya Yunus

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI