Sedar tak sedar kini sudah hampir lima tahun, pelakon yang namanya melojak naik ketika membintangi filem ‘Istanbul Aku Datang’, Lisa Surihani istiqamah berhijab dan menutup aurat dengan lebih sempurna.
Malah, penampilan Lisa yang semakin longgar dan sejuk mata memandang, sejak berhijrah dan semakin ghairah melibatkan diri, menimba ilmu dalam kelas-kelas keagamaan menjadi contoh yang baik hinga meraih pujian para peminat.
Ads
Bagaimanapun ketika ditemui NONA dalam satu majlis di Ibu Kota, Lisa akui dia agak sukar untuk menerima situasi dimana orang ramai memuji penghijrahannya. Ini kerana, dia merasa msih belum layak untuk menjadi contoh kepada orang ramai, kerana masih banyak yang perlu dipelajarinya.
Menurut Lisa, sejak mulai mengenakan hijab, dia menjadi sangat takut dengan berbagai hal. Oleh itu, tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima banyak pujian.
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka,
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Isteri kepada pengarah filem Malaysia, Datuk Yusry Abdul Halim itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
Ads
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Tidak Lagi Terima Tawaran Lakonan, Lisa Fokus Bidang Pengacaraan
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab. Namun, dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
Ads
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga pasti maklum tentang dugaan hidup berkeluarga. Dugaan datang dalam perbagai cara dan sebagai isteri sudah pasti perlu bijak menangani masalah yang datang. Pelakon, penyanyi dan ibu kepada tiga cahaya mata perempuan ini turut mengakuinya.
Bagi Eira Syazira, sepanjang perkahwinannya yang dibina bersama Azad Jasmin sejak 16 September 2011 ada turun naik. “Di awal perkahwinan pasti ada rasa cemburu kalau suami balik lewat, contohnya. Cuma lama-lama kita susah mula faham rentak suami. Perasaan risau dan tak yakin itu sudah kian terhakis. Cuba elak daripada fikir bukan-bukan. Kepercayaan jadi teras utama,” tutur Eira Syazira.
Tambahnya lagi, “Apabila hidup bersama kita mula tahu sisi baik dan buruk pasangan. Kena terima, hadap dan biasakan. Saya dulu sebelum kahwin lebih serius dan dramatik. Tapi dapat pula suami yang gila-gila dan penuh humor, saya mula mengikut rentaknya. Tahulah perangai dia macam kita tengok di Instagram bagaimana pula. Ada saja modal lawak dan usikan buat kita ketawa sampai terbahak bahak.
Lebih utama apabila berkahwin, kita juga kena akrab dengan keluarga mentua. Ibu mentua pun saya sudah anggap ibu kandung sendiri. Adik lelakinya pun sudah jadi seperti teman BFF saya,” tutur ibu kepada Amarra Sofea Rose, 7 tahun, Ameisya Leanne Rose, 4 tahun dan Areisya Suri Rose, 2 tahun.
Apabila diajukan pertanyaan untuk menambah cahaya mata, “Saya tahu suami memang kalau boleh nak anak lelaki pula. Saya dalam hal ini hanya berserah. Kalau ada rezeki hamil, saya tak tolak. Ikut hati cukuplah tiga anak perempuan.
Cuma apabila bersalin ketiga anak itu dengan cara pembedahan, doktor memang minta jarakkan tempoh masa kalau nak hamil lagi,” katanya.
Baru-baru ini Eira Syazira telah mendapat kejutan majlis ulang tahun perkahwinan yang ke-9 daripada suami tersayang. Cerita Eira Syazira, “Jika selama ini saya yang lebih ke depan dalam bab menganjurkan sesuatu termasuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami. Azad hanya bersetuju dan menjadi ‘Mr Okey’.
Cuma sekitar dua bulan lalu, dia cakap nak buat sesuatu kononnya nak menghabiskan masa bersama menikmati ‘candle light dinner’. Syaratnya saya tak boleh tanya apa pun dan tengok telefon bimbitnya.
Malah serba serbi persiapan daripada memilih gaun yang nak dipakai dan jurusolek pun dia sediakan. Saya tak sangka pula rupa-rupanya dia buat sesuatu yang di luar kotak fikiran. Memang terkejut hingga rasa sebak apatah lagi ada keluarga, teman rapat dan pihak media serta blogger yang ‘bersengkongkol’ dengannya,” kata Eira Syazira.
Eira Syazira dapat kejutan set barang kemas bernilai RM15,000 daripada Emas Rozita
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Faktor usia bukanlah halangan buat selebriti jelita, Vanidah Imran menggenggam Master. Kejayaan beliau turut sekaligus membuktikan bahawa anak seni juga berpelajaran tinggi.
Merupakan bekas naib juara Miss World Malaysia 1993, Vanidah yang mesra disapa Vee, baru saja menerima Sarjana Seni Persembahan (Drama) di Istiadat Konvokesyen ke-61 Universiti Malaya pada Mac lepas.
Beliau sebelum ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dari Universiti Terbuka Malaysia (2015).
Berasal dari Pulau Pinang, kejayaan Vee yang merupakan ibu kepada Mikail dan Maryam cukup menyuntik inspirasi. Bahkan beliau turut menjadikan semangat bapanya, Haji Imran Abdullah sebagai motivasi untuk terus belajar ke tahap tertinggi.
Lebih sebak bila membaca perkongsian Vee tentang hasrat Abahnya yang tak kesampaian menggenggam Master dulu…
“Saya tujukan kejayaan ini buat cinta pertama saya, iaitu Abah saya sendiri, Haji Imran Abdullah @ Indiran Koothayan.
Abah pernah melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Master sewaktu arwah ibu jatuh sakit dan dikesan menghidap kanser.
Ketika itu, saya baru berumur 3 tahun sementara adik baru berumur 10 bulan ketika arwah ibu meninggal dunia. Abah terpaksa bekerja sambil menjaga kami dua beradik (dengan bantuan nenek).
Dalam masa yang sama Abah sangat bersedih dengan kehilangan isteri tercinta. Akhirnya beliau tidak dapat meneruskan pengajian tersebut.
Abah, hari ini saya di sini kerana kasih sayang, restu, redha dan berkat doa Abah untuk saya. Terima kasih kerana menjadi sangat tegas tentang menjaga maruah diri dan keluarga.
Semoga Allah SWT panjangkan umur dan berikan kesihatan yang baik kepada Abah hingga akhir perjalanan saya ke peringkat PhD. InshaAllah… Amin, saya sayang Abah.
Untuk anak-anakku, Mikail dan Maryam… Kejayaan, malah hidup itu sendiri, tidak akan bermakna tanpa kehadiran kalian berdua. Hidup ibu akan sentiasa bersama anak-anak ibu, no matter how big you get.” Vanidah Imran
Siapa bilang anak seni tak mementingkan pelajaran? Kini bekas pelajar Convent Bukit Nanas itu membuktikan tanggapan negatif masyarakat silap.
Selepas melalui pelbagai halangan, kejayaan Vee menggenggam Master pastinya menjadi kenangan termanis buat pelakon, model dan pengacara terkenal itu.
Majlis yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor pada 5 hingga 13 Mac melibatkan lebih 7,000 graduan yang menamatkan pengajian pada tahun 2021.
Selain itu beliau juga membuktikan bahawa usia bukanlah halangan untuk terus belajar ke peringkat tertinggi. Vee kini berusia 49 tahun tapi masih yakin akan kemampuan dirinya menambah ilmu pengetahuan.
Bercakap tentang rancangan masa depan, Vee yang kini masih aktif berlakon merancang untuk meneruskan pengajian beliau ke peringkat lebih tinggi sekaligus memberi manfaat kepada orang lain. Syabas!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk mengecap kejayaan tidak pernah diletakkan sebarang syarat. Syarat seperti hanya anak orang berada sahaja yang boleh berjaya atau hanya orang cantik sahaja yang boleh berjaya. Syarat utama untuk berjaya adalah usaha dan kemahuan seperti wanita istimewa ini yang berjaya dalam kelasnya yang tersendiri.
Walaupun Nur Fariza Abu Hassan yang kini berusia 34 tahun mempunyai fizikal tubuh yang kecil berbanding usianya namun bukan penghalang baginya untuk mencipta kejayaan sendiri. Mengidap penyakit ‘Mucopolysaccharidosis’ jenis empat, penyakit yang membantutkan tumbesaran sejak lahir.
Nur Fariza telah menggunakan platform media sosial untuk mengetengahkan dan menjual hasil karya lukisannya. Benarlah kata orang tuah manusia tiada siapa yang tahu. Nur Fariza sendiri tidak menyangka hasil karyanya mendapat sambutan sehingga tular dengan meraih sebanyak lebih 30,000 ‘retweet’ dan hampir 18,000 ‘likes’ setakat ini.
“Pada mulanya, saya meminta adik saya, Ahmad Faiz Abu Hassan, untuk menghebahkan karya lukisan untuk dijual kepada orang ramai namun tidak sangka ia jadi ‘viral’ (tular). Saya sangat gembira apabila orang ramai mula mengenali karya saya, selain mula menerima beberapa tempahan daripada mereka,” kata anak keempat daripada lima adik-beradik ini.
Menurut Nur Fariza daripada 150 buah lukisan yang dihasilkannya, 50 lukisan telah dijual dengan harga antara RM100 hingga RM400, bergantung kepada saiz dan jenis lukisan.
“Alhamdulillah, buat julung kalinya, pada Disember tahun lepas saya berjaya mempamerkan karya lukisan saya di sebuah galeri di Pulau Indah dan kebanyakan pengunjung menyukai lukisan hidangan nasi lemak saya,” katanya apabila ditanya mengenai pengalaman manis dalam bidang diceburinya.
Menurut ibu kepada Nur Fariza, Salbiah Mustaffa, 67, satu-satunya anak perempuannya itu bersama adik lelakinya, Ahmad Faiz menghidap penyakit Mucopolysaccharidosis sejak dilahirkan. “Selain masalah tumbesaran, anak saya juga mengalami masalah pendengaran yang kurang jelas dan masih memerlukan rawatan di hospital,” kata pesara kerajaan itu.
Tambahnya, “Nur Fariza merupakan seorang yang tidak suka duduk diam dan suka berkemas…dia tidak suka jika keadaan rumah berselerak,” katanya ketika ditanya mengenai perwatakan anaknya. Menurut Salbiah, beliau dan keluarga bangga akan bakat dan anugerah tuhan yang tidak ternilai dimiliki Nur Fariza selain sentiasa memberi sokongan padu kepadanya.
Sumber: Bernama
Kredit Foto: Bernama & Instagram @nurfariza85
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...