Sama cantik sama padan! Anak perempuan Raja Jordan Abdullah II, Puteri Iman melangsungkan perkahwinan dengan seorang akauntan berketurunan Yunani. Majlis perkahwinan pasangan terbabit diadakan di istana di barat ibu kota Amman, pada Ahad.
Media tempatan menyiarkan upacara pernikahan itu yang menyaksikan Puteri Iman disatukan dengan Jameel Alexander Thermiotis.
Pengantin perempuan kelihatan cukup anggun sekali persalinan gaun berlengan dengan renda hasil ciptaan Dior malah rambutnya pula dihias elegan dengan menampakkan tiara dan tudung labuhnya. Manakala Jameel pula kelihatan segak menyarung 3-pieces sut dengan tali leher hitam dan sapu tangan kelabu yang sepadan dengan jaketnya.
Selain ibu bapa dirajanya, dan Putera Mahkota Hussein, adik-beradik Iman yang lain, Puteri Salma dan Putera Hashem; dan neneknya, Puteri Muna, turut hadir pada acara yang dihadiri 150 orang itu.
Upacara pernikahan itu turut dilangsungkan di hadapan raja, permaisuri dan ahli keluarga diraja serta keluarga pengantin lelaki.
Dilahirkan pada 1996, Puteri Iman ialah puteri sulung kepada Raja Abdullah dan Permaisuri Rania. Puteri Iman berkelulusan dari Universiti Georgetown di Washington, Amerika Syarikat.
Sementara itu, Thermiotis dilahirkan pada 1994 di Venezuela dalam keluarga yang berasal dari Greece, dan bekerja sebagai akauntan di New York. Istana diraja Jordan mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lalu, malah perkahwinan mereka turut disiarkan secara langsung di laman Facebook Royal Hashemite Court.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***