Perkahwinan Katrina Kaif & Vicky Kaushal Berlangsung Dalam Istana 700 Tahun, Ini Sebabnya Six Sense Fort Barwara Jadi Pilihan!

Perkahwinan bintang Bollywood, Katrina Kaif dan Vicky Kaushal yang berlangsung pada Khamis di Six Senses Fort Barwara, Rajasthan sampai sekarang masih heboh diperkatakan.

Pasangan itu dikatakan menetap di suite mewah hotel tersebut, yang bernilai AS$10,000 (RM42,162) untuk satu malam, dan turut merangkumi kolam renang peribadi, jakuzi dan taman berlandskap.

 

 

Resort mewah ini dimiliki syarikat hartanah Six Senses yang terkenal di seluruh dunia. Six Senses Fort Barwara terletak di Rajasthan, India pula sudah tentu bukan calang-calang lokasi, ia sebenarnya bekas istana dan kuil lama berusia 700 tahun.

Bahkan pada abad ke-14, ia pernah dijadikan sebuah kubu pertahanan yang menyajikan pemandangan tasik dan kuil Chauth ka Barwara Mandir berdekatan.

Sebelum diubah suai menjadi hotel, istana agam ini dimiliki keluarga diraja Rajasthani dengan seni bina berteraskan budaya etnik Rajasthan yang asli.

Lokasi resort yang tersergam megah

 

Keaslian seni bina dan ketukangan warisan masih dikekalkan

 

Suasana Subuh dari aras bumbung resort

 

Suasana mewah dan eksklusif melihat senja berlabuh

 

Keindahan resort pada waktu malam disinari lampu pelita

 

Bagaikan kembali ke era kegemilangan India, para tetamu majlis juga menghuni khemah penginapan mewah bernilai Rs 70,000 (RM3,895) semalam.

Keseluruhan 48 suites resort ini direka dengan stail kontemporari Rajasthani termasuk hidangan makanannya yang dimasak dengan herba organik dari taman persendirian.

 

KAMAR SUITE PENGANTIN

Ruang tamu

 

Kamar beradu

 

Pemandangan yang dihamparkan dari jendela suite

 

Ruang tengah suite yang direka dengan konsep terbuka

 

Suasana gastronomi yang klasik

 

Six Senses Spa

 

Laksana perkahwinan bintang Priyanka Chopra dan Nick Jonas pada tahun 2019, wedding of the year ini turut menetapkan beberapa syarat ketat.

Portal This Week In Asia melaporkan semua tetamu tidak dibenarkan membawa telefon dan tiada kontak dengan orang luar sehingga majlis selesai. Ini kerana, hak rakaman majlis telah dijual pada harga AS$11.5 juta atau RM48.5 juta.

South China Morning Post melaporkan, pelakon kelahiran Hong Kong berusia 38 tahun itu dan pasangannya, juga seorang pelakon, menjemput lebih 120 tetamu ke majlis yang berlangsung selama empat hari itu.

Seramai 100 tukang masak diterbangkan khas untuk menyediakan juadah buat tetamu, terdiri daripada gabungan masakan Punjabi dan Inggeris.

 

Foto: Facebook Six Sense Fort Barwara

Share
Published by
Norzalina