Perkongsian Adik Che Ta, DATIN JAJA CHE WAN Ini Confirm Buat Ibu Beranak Ramai Maintain Cun Macam Anak Dara!

Selain Ayu Raudhah dan Ruby, seorang lagi adik Rozita Che Wan yang tak kurang cantiknya adalah Datin Rohaiza, 37 tahun, atau mesra disapa sebagai Datin Jaja.

Pertama kali bersua wajah dengan wanita VIP ini, Nona sudah tertarik dengan auranya. Wow, persis Che Ta! Wanita tinggi lampai ini tiba dengan berkaca mata besar sambil menjinjit beg Chloe Nile Minaudiere rona hitam mewah.

Sebagai ibu kepada lima orang cahaya mata, transformasi tubuh badan Datin Jaja yang langsing selepas melahirkan puteri bongsunya, memang menginspirasikan. Agaknya apa petua yang diamalkan ya?

Mulanya Datin Jaja sekadar tersenyum malu. Takde rahsia pun, balasnya lembut. Namun selepas dipujuk-pujuk, akhirnya beliau pun membuka mulut.

“Bersenam tu kadang-kadang ada juga, just untuk keluarkan peluh. Tapi sebenarnya saya sangat menjaga pemakanan. Saya kurang minum air manis, apa lagi pencuci mulut atau desserts yang memang jadi kegemaran saya.

Sebenarnya bila kita dah meningkat usia ni, makanan dan minuman manis wajib dikawal. Bukan sebab kecantikan sangat, tapi kesihatan.

Tentang penampilan pula, saya seorang yang cerewet dan mungkin juga ia runs in the blood.

Kami adik-beradik suka berfesyen tapi bukanlah untuk nak nampak cantik semata-mata. Yang pentingnya presentable,” jawabnya ramah.

Satu lagi rahsia Datin Jaja, aha… yang ini memang Nona setuju, iaitu menyusukan anak! Kalau nak tahu, beliau mempunyai lima anak yang berusia lingkungan 1 – 9 tahun.

Sambil tertawa kecil, Datin Jaja mencelah, “Walaupun anak ramai tapi itu bukan alasan untuk abaikan penampilan! Kita kena rajin dan beri usaha lebih untuk sentiasa cantik di mata suami.

Saya juga bersyukur sebab anak-anak senang diuruskan. Mereka tak banyak kerenah. Alhamdulilah, saya selesa membesarkan semua anak kami dengan bantuan helper

di rumah,” akui wanita yang mendirikan rumah tangga sejak Februari 2009 itu.

“Lain daripada itu, saya memang ikut cara Mama. Tak biasa dengan ubat-ubat atau jamu. Saya cuma amalkan pemakanan seimbang dan lebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan. Lagipun saya menyusukan anak. Mungkin itu juga salah satu faktor saya dapat maintain figure macam ni,” akhiri Datin Jaja terus-terang.

Share
Published by
Norzalina