Perlu Kreatif DIDIK Anak-Anak, Bapa Ini Buktikan 4 Tip Berikut Berjaya ‘Tackle’ Perhatian Si Kecil!

Mendidik anak-anak tentang kehidupan dan pembelajaran bukan tugas mudah. Namun, setelah membaca perkongsian bapa kepada anak berusia 5 tahun ini perspektif untuk mengasuh anak kini lebih menyeronokkan. Jika anda sebagai penjaga pun tidak mengenali perwatakan sebenar anak-anak, inikan pula guru di sekolah yang ada berpuluh-puluh anak murid. Justeru, sebelum menyampaikan ilmu kepada si comel dengan lebih berkesan dan praktikal, fahami dahulu tip yang didedahkan pakar motivasi ini.

Katanya menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook Al Irfan Jani, sebelum menghantar anak-anak ke sekolah untuk mendalami ilmu, ibu bapa harus merasai pengalaman sama yang bakal dilalui para guru terlebih dahulu.

“Caranya, kita kenalah mula-mula jadi ‘cikgu’ di rumah. Iaitu mulai ajar ABC atau Alif Ba Ta dengan jadual yang konsisten. Percaya tak, bila kita mulai mengajar anak sendiri, jauh dari lubuk hati, kita akan rasa macam TAK SABAR-SABAR nak rotan anak sendiri. Tapi hati kena kental. Sabar. Kecik lagi budak tu nak dirotan.

Walau geram macam mana pun, ketap gigi, senyum, sambil istighfar banyak-banyak. Lepas aku berguru dengan Cik Puan Sharifah Sharina Syed Aswad dari Projek Iqra’ tempoh hari pandangan aku mengenai sekolah memang bertukar 180 darjah. Kata mereka, “Kita kena ingat, sekolah ni adalah tempat perlindungan terbaik untuk anak-anak ini sewaktu mak ayahnya pergi kerja.”

Sejak itu, baru aku faham, Rumah adalah sebaik-baik ‘sekolah’ anak kita yang terawal dan sekolah hanyalah tempat perlindungan, bermain dan berkawan-kawan saja. Sebab itu aku ambil keputusan nak jadi cikgu terawal kepada anak aku sendiri di rumah. Tak banyak pun, 3 halaman kitab Iqra’ je sehari. Dengan mindset

begini, percayalah bila mak ayah mula jadi ‘cikgu’ di rumah barulah akhirnya kita akan kenal perangai sebenar anak-anak sendiri.”

Dalam usaha mendidik anak-anak, ibu bapa perlu arif tentang 4 perkara ini.

1) LAMBAT BACA VS LOYAR BURUK

Mengambil pendekatan yang digunakan seorang tokoh pendidik, Irfan berkata “Peringkat awal nak didik anak, kita kena detect anak kita. Adakah dia ada salah satu daripada DUA LB ni. Kalau LB pertama, jawabnya LATIH TUBI. Kalau LB kedua tu, jawabnya ROTAN TEPI. Inilah tips termahal bagi aku.”

LB1 = Lambat Baca
LB2 = Loyar Buruk.

TIPS: Semasa sesi belajar, jika anak kita ‘menjual’ loyar buruk, kita jangan ‘beli’. Tapi di luar sesi, kita boleh pertimbangkan.

2) CEPAT TANGKAP VS CEPAT BOSAN

TIPS: Jika anak kita jenis cepat tangkap/faham, janganlah kita ‘sumbat’ lagi dan lagi. Asalkan dah capai target halaman sehari dah cukup baik. Esok-esok baru kita tingkat/tambah cabaran baru.

3) PROSES VS PROTES

TIPS: Kalau anak silap, jangan takut-takut nak amalkan ‘soft punishment’ seperti mengulang. Silap sikit, ulang dari awal. Salah lagi, ulang lagi awal.

4) GANJARAN + HUKUMAN

“Aku teringat, dalam Al-Quran Allah sering beri khabar-khabar indah. Allah juga berikan amaran-amaran keras. SEIMBANG. Ada ganjaran. Ada hukuman. Maka, nak ajar anak kalam Allah kan, jadi aku pun sediakan dua benda ni.”

GANJARAN = Mainan/coklat dan lain-lain.

HUKUMAN = Hanger Besi

TIPS: Setiap kali awak fikir nak denda sesuatu, kena offer juga ganjaran/hadiah dalam masa serupa. Baru anak nampak LOGIK dari dua pilihan ni.

Sumber: Facebook Al Irfan Jani

Share
Published by
Suzi