Sememangnya seluruh waktu kanak-kanak itu adalah bermain tetapi terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan permainan pula boleh memberi kesan buruk terhadap daya kreativiti mereka.
Tahukah anda, kanak-kanak yang memiliki banyak permainan didapati lebih kurang fokus serta tidak menikmati waktu bermain yang berkualiti?
Penelitian ini telah dibuat oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Toledo, Amerika Syarikat melibatkan 36 orang kanak-kanak. Mereka diajak bermain selama 30 minit dengan hanya 4 permainan atau 16 permainan.
Hasilnya, kanak-kanak menjadi lebih kreatif apabila mereka hanya mempunyai beberapa permainan untuk dimainkan, bermain dua kali lebih lama dan lebih mengeksplorasi permainannya.
Para penyelidik juga menyarankan agar ibu bapa, guru atau pengasuh mengurangkan jumlah permainan dan menukar pilihan yang ada secara berkala supaya si kecil lebih kreatif.
Menurut ketua penyelidik, Dr. Carly Dauch dalam jurnal Infant Behaviour and Development, “Jumlah permainan anak berpengaruh pada kualiti permainan mereka. Jika terlalu banyak boleh mengganggu minat dan tumpuan mereka.”
Pada tahun 90an, seorang pengkaji Jerman juga menunjukkan bahawa anak yang memilii permainan yang sedikit jauh lebih kreatif dan bijak bersosial.
“Kanak-kanak akan belajar untuk menghargai permainan yang ada di depannya berbanding jika ada banyak pilihan permainan,” kata penulis buku ClutterFree with Kids, Joshua Becker. Norzalina Mohd Alias
This website uses cookies.