Lebih sedekad berlalu sejak Puan Sri Normala Samsudin mengambil keputusan muktamad, bersara dari dunia penyiaran.
Pengunduran itu sampai sekarang masih berbekas di jiwa peminat, lebih-lebih lagi yang membesar dengan wajah beliau sebagai personaliti TV3 paling diminati.
Ibarat sebutir permata yang hilang. Tak mungkin terganti atau diganti oleh sesiapa pun.
Pun begitu, Puan Sri Normala Samsudin (yang mesra disapa Kak Mala), masih kekal dengan auranya yang mempesona. Tetap lembut, merendah diri dan menyenangkan.
Bagi generasi 90-an, masihkah anda ingat dengan suara lunak Normala Samsudin ketika beliau menjadi penyampai berita Buletin Utama TV3 dulu?
Menerusi Instagram rasminya, Kak Mala sendiri ada berkongsi beberapa kenangan manis sewaktu aktif dalam dunia penyiaran dahulu.
Ingat lagi tak, beliau pernah membintangi beberapa filem hebat sekitar awal 2000? Antaranya Gerak Khas The Movie I & II, Idola dan Neon.
Ads
Reputasi Kak Mala sebagai pengacara bagi rancangan Nona juga tak pernah terhakis di ingatan. Beliau benar-benar menetapkan standard tinggi untuk program majalah wanita itu!
Kini sungguhpun program Nona masih bersiaran, namun tanpa Normala Samsudin ibarat kurang daya tarikannya.
Ads
KEHIDUPAN SEKARANG
Sebagai isteri kepada bekas ahli politik, Tan Sri Azmi Khalid, kini Puan Sri Normala Samsudin memilih untuk menumpukan seluruh masanya buat keluarga. Beliau kini lebih relaks disamping orang tersayang… sambil berkebun, beriadah dan mengikuti kuliah-kuliah agama.
Merenung raut wajahnya yang sentiasa berseri, penulis tahu beliau benar-benar bahagia dengan kehidupan yang dilalui. Kak Mala hanya sering hadir di majlis-majlis formal, itupun demi menemani suami tercinta, serta mengambil pendekatan menyepikan diri dari khalayak ramai.
Ads
“Saya bukan personaliti TV lagi. Malah bukanlah penting sangat nak keluar di bawah spotlight selalu. Cukuplah, masa itu sudah berlalu.
Saya sudah berikrar pada diri sendiri. Apa saja yang boleh membahagiakan suami dan anak-anak, saya akan patuh, demi privasi serta kebahagiaan kami. Sebagai isteri, saya perlu bijak membawa diri, bahkan mempelajari apa jua cara terbaik untuk karier suami, walaupun beliau sudah pencen dan kurang aktif berpolitik,” akui Kak Mala dengan ikhlas.
SURI RUMAH
Melirik penampilan Kak Mala yang kini lebih sopan bertudung litup, mengundang rasa kagum di mata penulis. Beliau tampak lebih sofistikated, malah jujurnya menambah rasa hormat pada sesiapa jua yang melihat.
“Sekarang saya lebih suka fesyen yang sesuai dengan usia saya. Apa saja fesyen yang sopan akan buat saya tertarik, apatah lagi jika ia berwarna pastel polos atau nuansa garang. Saya juga senang mengenakan baju kurung pesak.”
Tentang hobi mengumpul beg dan kasut berjenama… “Entahlah, saya rasa saya perlu berhenti. I will stop, I promise! Kerana ia bukan hobi yang menguntungkan,” seloroh Kak Mala ketika menjalani penggambaran cover Majalah Nona Edisi Aidilfitri bersama anakanda tersayang, Dr Ruhila Roslan tempoh hari.
Foto: Instagram @normalasamsudinofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gaya hidup dan cita rasa Azrinaz Mazhar Hakim memang ada kelas tersendiri! Setiap apa yang digayakan pasti meraih perhatian khalayak. Begitu juga dengan kediaman milik bekas personaliti TV ini yang serba mewah dan luas bak istana!
Tidak ketinggalan mengucapkan salam lebaran buat peminat di media sosial, Azrinaz turut berkongsi persalinan indahnya di samping keluarga tersayang pada 1 Syawal.
Tampil sedondon bersama anak dan suami, tidak dinafikan Azrinaz kelihatan cukup anggun berbusana indah royal blue. Begitu juga suami tercinta yang segak berbaju Melayu rona sama.
Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji momen bahagia Azrinaz sekeluarga. Bahkan jelitawan ini juga mesra dan rajin melayan followers tersayang.
Selain Azrinaz dan pasangan, telatah comel dua puteri kesayangannya juga menarik tumpuan. Kian meningkat usia dan ceria, baju raya mereka tidak kurang menarik dan eksklusif!
Walau masih kecil, bijak bergaya seperti ibu tersayang. Memang stylo dan rekaan unik di bahagian lengan serta diperincikan dengan manik!
Ucap Azrinaz, “1 Syawal. Selamat Hari Raya from our lil family to yours. Minalaidilwalfaizin. Maaf Zahir & Batin.”
Pada 1 Mei 2018, Azrinaz sah bergelar isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terserlah keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin tatkala mengenakan hijab baru-baru ini. Ramai yang terpegun dengan kecantikan Baginda ketika berangkat ke Majlis Hi-Tea Persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (BAKAJASA) pada 10 Jun lalu.
Baginda tampil dalam persalinan kurung rona kuning dan hijab warna senada serta rantai leher mutiara sebagai lengkap gaya.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang turut dihadiri Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Seri Masdiana Muhamad.
Dalam majlis itu, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 ahli BAKAJASA yang ditimpa bencana alam, kematian ahli keluarga serta mendapat cahaya mata baharu.
Kredit Facebook @selangorroyalofficeKredit Facebook @selangorroyaloffice
Melihat aura Tengku Permaisuri Norashikin, Baginda menyambut Ulang Tahun Hari Kelahiran ke-52 pada 4 Jun lalu. Bersandarkan personaliti dan penampilan Baginda yang elegan, ramai tidak menyangka Tengku Permaisuri Selangor ini sudah pun mencecah usia 52 tahun.
Dari hari pertama melihat wajah Baginda, ramai yang mengakui tertawan dengan kecantikan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang juga merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
Penampilan Tengku Permaisuri Selangor ketika berada di khalayak sering mencuri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian Baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen.
Rusia dan Ukraine, dua negara yang kini sedang bergolak hebat merupakan negara yang paling sering melahirkan ratu cantik dunia dan supermodel terkemuka. Mila Kunis, Milla Jovovich dan atlet tenis, Maria Sharapova antara nama-nama jelitawan popular kelahiran dua negara tersebut.
Susulan krisis ketegangan yang melanda di wilayah bergolak Rusia-Ukraine, perhatian dunia tertumpu pada nasib rakyat yang menjadi mangsa, golongan warga emas, kaum wanita dan kanak-kanak.
Ini termasuklah golongan ratu cantik yang pernah menawan dunia dengan kejelitaan serta kelebihan diri mereka yang mempesona. Apa terjadi pada misi keamanan dunia yang selalu dilaungkan?
MISS UKRAINE 2015, ANASTASIIA LENNA
Kebangkitan wanita Ukraine seperti bekas Miss Ukraine Anastasiia Lenna, 31, membuktikan jiwa patriotik mereka yang sebenar, sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara.
Meskipun bertugas sebagai pengurus perhubungan awam di Turki, namun bekas Miss Ukraine 2015 itu sanggup kembali ke negaranya sebagai tentera sukarelawan.
MISS UNIVERSE 2002, OKSANA FEDEROVA
Sementara itu, bekas Miss Universe 2002 dari Rusia, Oksana Federova, 44, pula lantang memberi kenyataan yang memihak pendirian negaranya. Melalui hantaran di media sosial, beliau menyatakan bahawa rakyat Rusia tidak mempunyai pilihan selain menyokong keputusan pemimpin mereka, Vladimir Putin.
Beliau turut menegaskan bahawa krisis yang berlaku adalah demi menyelamatkan rakyat Rusia. Kenyataan model dan pengacara televisyen itu walau bagaimanapun ditentang oleh warga Rusia sendiri yang menyokong perdamaian.
Jika biasanya peserta-peserta pertandingan ratu cantik di seluruh negara menyahut mesej keamanan dunia, nampaknya kali ini mereka sendiri yang berbelah-bahagi.
Apa pun yang berlaku, sudah masanya krisis Rusia-Ukraine ditamatkan segera. Sama-sama kita mendoakan jalan perdamaian terbaik buat dua negara berjiran itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.