Comelnya permata hati Datin Seri Umie Aida! Dari perkongsian di media sosial milik aktres dan selebriti jelita berkenaan, jelas kelihatan wajah ceria kanak-kanak perempuan ini yang diberi nama Aisya Humaira.
Diam tak diam, anak kesayangan Datin Seri Umie dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ini membesar sihat dan mendapat sepenuh kasih sayang daripada ibu bapa.
Julai lepas, Aisya Humaira meniti usia empat tahun. Pastinya insan paling bahagia meraikan ulang tahun kelahiran anak kecil ini ialah Datin Seri Umie.
Berkongsi momen hari lahir, titip adik Erma Fatima ini. “Happy birthday to my anak dara Aisya Humaira. Alhamdulilah 4 tahun usiamu.
Ibu doakan semoga sentiasa dalam rahmatNya, redaNya, lindunganNya, kasih sayangNya Allah SWT dan kehidupanmu penuh barokah menjadi anak yang solehah.
Aamiiin love you! Selalunya yang paling excited bila celebrate birthday anaknya adalah ibu.”
View this post on Instagram
Sekitar tahun 2019, isteri Datuk Seri Khairuddin ini berkongsi khabar gembira mengenai kehadiran anak kecil tersebut bersama peminat.
Memetik kenyataan Datin Seri Umie kepada media waktu itu, “Kehadiran Aisya adalah rezeki yang Allah yang saya tak tahu nak gambarkan macam mana.
Kegembiraan ini saya kongsikan bersama pada majlis akikah dan kesyukuran. Saya bersyukur sangat dengan kehadiran Aisya. Malah, sejak dia lahir dia memberikan satu kenikmatan luar biasa kepada saya sekeluarga.
Selepas 10 tahun perkahwinan dengan suami, walaupun masing-masing ada anak, tapi dia ‘baby’ yang baru lahir yang saya ambil dari kecil. Tangisan dia menjadikan kehidupan suami isteri lebih bermakna.”
Datin Seri Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali terdahulu mempunyai dua orang anak iaitu Mohd Daniel Firdaus berusia 30 tahun dan Mohd Dzulhelmy berumur 29 tahun.
Pada penghujung tahun 2020, Daniel Firdaus mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan yang dikenali sebagai Haniz Zahira.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/2-tahun-kahwin-dikurnia-rezeki-2-anak-fazeera-bahagia-rai-anniversary-jadi-isteri-fizo/