Rambutnya yang kerinting tetapi cantik itu menjadikan nama Fiza Saad lebih dikenali sebagai Fiza Frizzy. Kepetahannya mengacarakan rancangan di kaca televisyen serta majlis-majlis korporat meletakkan dirinya sebagai salah seorang pengacara yang sering terpilih untuk majlis -majlis makan malam, pelancaran produk dan sebagainya. Tidak hairanlah mengapa ibu kepada seorang cahayamata ini terpilih untuk mengacarakan rancangan realiti digital pertama majalah NONA, Fabulous MUA NONAXFCC yang boleh disaksikan di platform digital majalah NONA dari 1 November dan bakal berakhir 13 November nanti.

Pernah Ambil Job Walau Kandungan Dah Overdue, FIZA FRIZZY Memang Superwoman!

IKLAN

 

Trademark saya adalah rambut kerinting dan mata saya yang sentiasa berkelip-kelip ketika cuba untuk mencari idea ketika bercakap. Saya tidak mempunyai trademark lain untuk dikenali, mungkin apa yang ada ini sudah mencukupi untuk orang mengingati saya?”.

Rupanya, graduan Biosains ini sememangnya amat cenderung dalam bidang komunikasi sejak di zaman remaja lagi.

“Saya merupakan seorang graduan Biosains tetapi minat saya sangat cenderung untuk bercakap. Saya pernah memasang angan-angan untuk beradi di kaca televisyen, sama seperti Fara Fauzana dan Fiza Sabjahan. Untuk merealisasikan angan-angan itu, saya cuba menyertai satu program yang mencari bakat sebagai pengacara TV/Penyampai Radio dan Kolumnis (Projek Metro) pada tahun 2013 dan saya adalah salah seorang finalis,” ujar Fiza memulakan bicara.

Pernah Ambil Job Walau Kandungan Dah Overdue, FIZA FRIZZY Memang Superwoman!

Walaupun tidak mempunyai ilmu dalam bidang pengacaraan, Fiza tetap meneruskan niat untuk mencapai apa yang  diangankan. Enggan dikenali sebagai seorang selebriti, Fiza lebih gemar jika dikenali sebagai seorang personaliti kerana ia lebih bersesuaian dengan karekter dirinya. Selain aktif dalam bidang pengacaraan, Fiza turut memasang pelbagai impian untuk melebarkan lagi sayap dalam bidang pengacaraan yang amat dicintainya ini.

“Saya mempunyai banyak impian dan banyak cakap. Malah saya juga merupakan seorang Recruitment Consultant, satu bidang yang sangat competitive dan sales oriented.”

Latar belakang dalam bidang biosains sebenarnya banyak membantu Fiza dalam berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Menjadikan ilmu itu sebagai satu kewajipan tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi, Fiza meletakkan kedua ibubapanya sebagai tulang belakang kejayaannya kini.

“Ibu bapa saya adalah tulang belakang saya. Sebelum menceburi bidang ini, mereka sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan saya. Tetapi saya memberi keyakinan sekiranya saya tidak berjaya mencapai apa yang saya ingin dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang, saya akan berhenti. Tetapi Alhamdulillah, kata orang rezeki tidak pernah salah alamat.

Sentiasa merendah diri dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya membuatkan Fiza cukup dikenali dan berada dalam kelas yang tersendiri. Walaupun begitu, sifatnya yang merendah diri menambahkan lagi rasa selesa dan senang untuk sesiapa sahaja bekerjasama dengannya.

Pernah Ambil Job Walau Kandungan Dah Overdue, FIZA FRIZZY Memang Superwoman!

“Saya belum cukup dikenali dikalangan penonton dan netizen. Cuma, bakat yang saya ada ini dihargai apabila klien dan pihak televisyen menawarkan peluang untuk mengacarakan sesebuah rancangan atau majlis keraian. Malah saya turut rasa berbangga apabila terdapat program televisyen yang mahukan perkhidmatan saya. “

Sebagai pengacara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengacaraan, rupanya banyak lagi impian dan cita-cita wanita muda ini yang masih belum terlaksana. Walaupun begitu, kenangan manis ditawarkan mengacarakan satu rancangan travelog ke negara matahari terbit, Jepun merupakan antara impian yang menjadi kenyataan untuk dirinya.

IKLAN

Pernah Ambil Job Walau Kandungan Dah Overdue, FIZA FRIZZY Memang Superwoman!

“Program travelog ke Jepun  di mana saya  bekerja bersama-sama pasukan dari Jepun merupakan kenangan manis sepanjang kerjaya saya.Bayangkan ketika itu saya sedang hamil enam bulan. Program Jalan-jalan Jepun di Wilayah Tohoku itu ditayangkan di salah sebuah stesen televisyen tempatan. Istimewanya, program ini bukan hanya dikendalikan oleh saya sendiri tetapi bergandingan bersama Cef Adu. Malah penerbit dari stesen televisyen itu juga turut bersama-sama kami. “

Pernah Ambil Job Walau Kandungan Dah Overdue, FIZA FRIZZY Memang Superwoman!

Satu lagi pengalaman yang akan sentiasa saya ingat adalah bekerja dalam keadaan sarat mengandung! Bayangkan, saya masih lagi bekerja walaupun kandungan sudah berusia sembilan bulan lima hari. Overdue tetapi masih lagi ligat bekerja! Selain itu, saya juga berpeluang untuk menemubual Ed Sheeran, seorang penyanyi dan pemuzik yang sangat diminati ramai. Dan, saya juga berpeluang menemubual pelakon-pelakon Black Panther di Seoul.

Pernah Ambil Job Walau Kandungan Dah Overdue, FIZA FRIZZY Memang Superwoman!

Sentiasa merendah diri, yakin dengan diri sendiri menjadi pegangan ibu keoada seorang cahayamata ini untuk kekal relevan dalam dunia pengacaraan. Tambah Fiza lagi, setiap insan mempunyai impian dan usaha dan terus berusaha tanpa jemu menjadi pegangan hidupnya untuk mencipta kejayaan.

IKLAN

Pernah Ambil Job Walau Kandungan Dah Overdue, FIZA FRIZZY Memang Superwoman!

“Saya sentiasa letakkan keletihan dan kepenatan jauh-jauh kerana itulah yang akan membawa kita mendekati kejayaan. Paling penting, sentiasa yakin dengan diri sendiri. Bagi saya, seorang host perlu mempunya karakter atau personaliti diri yang asli dan semula jadi. Itulah yang akan membuatkan kita lain dari yang lain. Kita juga akan tampak lebih berkeyakinan dan fun!

Pernah Ambil Job Walau Kandungan Dah Overdue, FIZA FRIZZY Memang Superwoman!

Sepanjang 6 episod mengacarakan Fabulous MUA,  kekuatan Fiza terletak kepada kepetahan ketika berbicara lebih-lebih lagi tanpa ada skrip. Hanya berikan point penting dan Fiza akan cuba sebaiknya untuk menjalankan tugas  sebagai pengacara. Jangan tak tahu,  Fiza juga boleh menghafal skrip dalam masa yang singkat! Itu adalah antara kelebihan dari segi kekuatan akal fikiran yang dimiliki oleh pengacara yang bubbly  ini!

Pernah Ambil Job Walau Kandungan Dah Overdue, FIZA FRIZZY Memang Superwoman!

 

Tambah Fiza lagi, setiap pekerjaan ada cabaran dan dugaannnya. Untuk saya, setiap jadual yang ada saya perlu kendalikan sendiri tanpa personal assistant atau pengurus. Malah di rumah juga tidak ada pembantu yang membantu menguruskan rumah dan anak. Di samping itu, saya juga perlu memandu sendiri ke lokasi, menguruskan diri sendiri dan menyolek sendiri tanpa disediakan jurusolek. Memang memenatkan tetapi berbaloi!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI