Gaya Hidup

Pernah Bayar Yuran Sekolah Anak RM142 Ribu, Nia Ramadhani Kini CEO Syarikat & Menantu Bilionair!

Nama Nia Ramadhani bukan hanya terkenal di Indonesia bahkan dia juga mempunyai peminat di negara ini selepas lakonannya dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih pada awal tahun 2004 mencetus fenomena di Malaysia.

Menginjak usia 33 tahun pada 16 April lepas, selebriti popular ini bertuah kerana merupakan menantu kepada bilionair Indonesia iaitu Aburizal Bakrie.

Bersempena hari lahir ke-33, Nia diraikan suami dan kenalan rapat dalam sebuah majlis bertemakan Arab. Menjenguk Instagram miliknya, ibu muda ini mengenakan persalinan Timur Tengah rona merah.

Kredit Instagram @ramadhaniabakrie
Kredit Instagram @ramadhaniabakrie
Kredit Instagram @ramadhaniabakrie

Melihat penampilan Nia, pasti ramai peminat membayangkan wataknya sebagai Siska atau Bawang Merah yang cukup sinonim dengan warna merah.

April lalu juga merupakan ulang tahun perkahwinan Nia bersama Anindra Ardiansyah Bakrie atau dikenali sebagai Ardie Bakrie. Tahun ini genap 13 tahun mereka bergelar suami isteri.

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.

Sebelum ini, kisah mengenai yuran persekolahan salah seorang anak Nia dan Ardie Bakrie iaitu Mikhayla menjadi bualan warga maya.

Kredit Instagram @ramadhaniabakrie
Kredit Instagram @ramadhaniabakrie
Kredit Instagram @ramadhaniabakrie

Ini selepas personaliti tersebut mendedahkan pada tahun 2019 apabila mereka membelanjakan 500 juta Rupiah atau kira-kira RM142,000 setahun untuk kos persekolahan anaknya di sebuah sekolah terbaik di sana.

Mikhayla dilaporkan bersekolah di British School Jakarta dan khabarnya perbelanjaan untuk memasuki sekolah itu boleh mencapai sehingga ratusan juta Rupiah. Bayaran masuk untuk ke sekolah tersebut sahaja bermula dari 30 juta rupiah dan itu tidak termasuk dengan
perbelanjaan lain.

Sering tampil dengan gaya mewah, perkahwinan Nia bersama Ardie Bakrie nyata bukan calang-calang. Ardie Bakrie dilahirkan dalam keluarga ternama Indonesia juga anak bongsu kepada Aburizal Bakrie, seorang usahawan terkaya di Asia Tenggara yang memiliki empayar Bakrie Group.

Kredit Instagram @ramadhaniabakrie
Kredit Instagram @ramadhaniabakrie
Kredit Instagram @ramadhaniabakrie
Kredit Instagram @ramadhaniabakrie

Mengimbas kembali detik pernikahan gilang-gemilang mereka, antara tetamu kehormat yang menyaksikan majlis ijab kabul Nia dan Ardie Bakrie ialah Presiden Republik Indonesia ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono.

Perkahwinan mereka juga mencipta sejarah tersendiri apabila cincin kedua-dua mempelai bertatahkan darah yang diambil daripada Nia dan Ardie kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang sehidup semati selamanya.

Selain bergelar selebriti yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, Nia Ramadhani kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Gra Kala Dipaka yang merupakan sebuah syarikat pengurusan kreatif diasaskan pada tahun 2020.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/tetap-bawang-putih-yang-sopan-baik-di-alam-realiti-revalina-cantik-usia-37/

Share
Published by
Suzi