Pelakon jelita dan usahawan, Sherry Ibrahim sememangnya seorang yang menjaga kecantikan dan kesihatan. Lihat saja penampilannya yang sentiasa cantik dan langsing. Pasti ramai yang nak tahu apa rahsia atau petua yang diamalkan bekas pramugari ini.
“Sebenarnya saya tidak terlalu mengikut rules sangat. Ramai juga yang tanya saya mengenai tip-tip kecantikan.
“Jawapan saya mudah sahaja iaitu harus rajin dan yang paling penting ‘wajib’ mengenali kulit kita sendiri. Manakala untuk badan pula saya aktif melakukan aktiviti bicycle lean class dan hit boxing.
“Kalau dahulu saya sangat setia dengan produk-produk tertentu. Namun setelah saya mengenali kulit sendiri saya sudah mula sedara bahawa sebenarnya setiap masa saya akan menukar produk kepada yang baharu.
“Selalunya ia akan terus memberkan hasil yang sangat bagus sekaligus menyerlahkan seri wajah.
“Sekiranya saya tiada masa selalunya cara yang paling bagus dan efektif ialah tidur yang secukupnya serta berkualiti. Kalau tidur selama satu jam pun jika berkualiti ia sangat bagus. Saya sendiri sudah merasai hasilnya di mana kulit menjadi lebih bersinar secara semula jadi.
“Tidak perlu memakai apa-apa produk kerana kulit akan kekal sihat secara neutral. Jadi, tidur yang berkualiti adalah salah satu cara saya menjaga kecantikan kulit ketika kesuntukan masa. Secara tidak langsung badan pun kekal sihat dan cergas.
“Saya pernah mengalami masalah jerawat yang sangat besar. Sebelum ini saya jarang ada masalah seperti ini. Kalau ada pun hanya jerawat kecil-kecil.
“Tetapi masalah jerawat besar itu agak menduga kesabaran kerana ia ambil masa untuk pecah. Kemudian ia meninggalkan kesan parut yang tidak cantik di wajah.
“Untuk mengatasinya saya buat rawatan laser di samping memakai serum dan masker secara konsisten. Alhamdulillah lama kelamaan ianya hilang. Kulit saya kembali sihat dan bersih.
“Selepas itu saya lebih peka dengan penjagaan kecantikan kulit. Saya juga tidak suka memakai produk yang menyebabkan kulit berminyak terutama ketika tidur.
“Untuk kesihatan mata saya akan elakkan melihat telefon bimbit sebelum tidur. Begitu juga selepas bangun tidur saya tidak akan melihat telefon bimbit dalam 20 minit.
“Ini bagi mengelakkan masalah silau. Saya juga tidak lagi memakai kanta lekap berwarna. Saya selesa dengan apa yang ada bagi mengelakkan kemudaratan.
“Selalunya untuk me-time, saya gemar berada di dalam bilik sambil menghirup haruman aromaterapi. Salah satu haruman kegemaran saya ialah pudina yang dapat membuatkan saya rasa segar dan tenang sepanjang tempoh me-time.
“Saya juga akan tidur secukupnya. Tidak dinafikan hendak mendapatkan tidur yang berkualit dan secukupnya agak sukar. Namun saya sentiasa berusaha jika ada peluang masa. Dengan amalan tersebut saya dapat melihat perubahan terutama pada kulit wajah.
“Sejak mempunyai salun rambut sendiri saya sentiasa mendidik khususnya kepada golongan wanita bertudung agar menjaga rambut dan kulit kepala. Ini kerana ramai yang tidak sedar bahawa sebenarnya daripada kulit kepala yang sihatlah rambut akan tumbuh dengan subur, lebat dan tidak mudah botak.
“Tip saya ialah pilih syampu yang betul dan sesuai di samping tahu keadaan kulit kepala kita. Kedua, rajin buat rawatan untuk kulit kepala kerana mereka yang bertudung sering mengalami kulit kepala yang berminyak dan rambut mudah gugur. Sebulan sekali pun memadai.”
Kredit Foto: Instagram Sherry Ibrahim
This website uses cookies.