Setiap wanita pastinya pernah berhadapan masalah jerawat sepanjang usia remaja mahupun setelah mendirikan rumah tangga. Masalah jerawat yang tidak dapat dikawal sememangnya memberi kesan terhadap penampilan diri seseorang yang berasa malu untuk berhadapan dengan orang lain.
Eucerin, perintis global dengan pengalaman lebih 100 tahun dalam penjagaan kulit dermo-kosmetik, akan mengurangkan jerawat & tanda jerawat dengan rawatan khusus bersama Guardian Malaysia, mulai 5 – 9 April 2023 ini.
Terletak di tingkat bawah, Centre Court, One Utama, pengunjung pusat membeli-belah berpeluang
mengunjungi kedai pop-up pertama jenama ini yang menawarkan pertunjukan cahaya yang mengasyikkan, analisis kulit, promosi eksklusif dan juga peluang untuk memenangi hadiah utama yang menarik.
Jerawat menjejaskan penampilan remaja dan juga orang dewasa. Pakar menganggarkan
sehingga 40% orang dewasa masih lagi mempunyai kulit yang cenderung berjerawat.
Kebiasaan jerawat timbul antara 2-3 bulan, namun kesan fizikalnya yang paling biasa ialah
parut yang boleh kekal sehingga 5 tahun.
Jerawat dan parutnya yang berlarutan boleh memberi kesan yang teruk terhadap keyakinan diri seseorang dan ramai yang sering kecewa apabila mereka sukar mendapatkan produk yang serasi, serta melakukan rutin atau rawatan penjagaan kulit melalui pelbagai percubaan yang memakan masa yang panjang dan memenatkan.
Rawatan khusus Eucerin telah dicuba dan diuji oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia dan mempunyai amalan keberkesanan yang bukan sahaja mengubah hidup tetapi turut didatangkan dengan jaminan wang dikembalikan.
Ads
Menampilkan tiga produk yang menakjubkan; rawatan khusus untuk mengurangkan
jerawat & parutnya terdiri daripada 3 produk – ProACNE Solution Triple Effect Serum, ProACNE Solution Cleansing Gel dan ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.
Rangkaian rawatan ini telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan -80% tanda jerawat, -64% jerawat dan 94% bersetuju bahawa ia menghalang jerawat baharu dengan hasil yang boleh dilihat dalam 7 hari*.
Pada majlis tersebut, turut hadir duta jenama Eucerin Pro Acne Solution, Zahirah MacWilson yang turut berkongsi pengalamannya berhadapan dengan masalah jerawat ketika remaja dan solusi terbaik untuk mengatasi masalah jerawat.
Ads
“Saya pernah berhadapan dengan masalah jerawat. Biasalah perempuan, bila ada perubahan hormon, kulit akan berubah. Saya suka gunakan produk ini kerana ia boleh mengurangkan kesan jerawat. Saya tertarik dengan produk yang diuji secara klinikal,” ujar Zahirah lagi.
Sepanjang promosi berlangsung, pengunjung akan menikmati pelbagai aktiviti yang direka khusus untuk mereka memulakan perjalanan penjagaan kulit melalui pelbagai tawaran diskaun dan hadiah. Antaranya termasuklah analisis kulit serta pertunjukan cahaya mengasyikkan di mana dalam paparan digital yang memukau, pengunjung akan dihiburkan dengan penemuan hebat Eucerin ProACNE Solution melalui momen penceritaan yang sangat menarik.
Ads
Pada penghujung persembahan, dinding foto peribadi akan dipaparkan pada skrin dan pengunjung berpeluang untuk berkongsi foto mereka di media sosial bagi menebus hadiah eksklusif.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik tunang dia! Jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita pilihannya di Kangar, Perlis. Difahamkan, wanita tersebut yang dikenali sebagai Nabila Farhana merupakan teman Latif sejak di bangku sekolah lagi.
Kakak kepada Latif iaitu Siti Aminah memberitahu tunang adiknya itu juga ialah seorang guru dan mengenali Latif ketika mereka sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, Perlis.
Abdul Latif ketika menang emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020Di samping keluarga tersayangCredit Instagram @latifromly
Berkongsi perkhabaran gembira itu, Latif yang sebelum ini merangkul pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 turut memuat naik momen bahagia berkenaan di media sosial miliknya. “Alhamdulillah, one step closer.”
Menerusi gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan wajah gembira kedua-dua pasangan di samping keluarga tersayang. Latif dan tunangnya, Nabila tampil sedondon dalam persalinan rona pastel dalam satu majlis ringkas dan indah.
6 September lepas, media pernah melaporkan mengenai atlet paralimpik kebangsaan berusia 24 tahun itu yang mengaku sudah mempunyai pilihan hati dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2025.
Anak bongsu daripada tujuh beradik itu juga memaklumkan dia tidak merancang menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat. Sebaliknya perlu memberi tumpuan dalam sukan dan berusaha untuk layak menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024.
Semoga urusan kedua-dua pasangan ini dipermudahkan hingga ke jenjang pelamin kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang-orang tua dulu memang cukup ‘pantang’ kalau bergaduh atau bercakap buruk ketika di meja makan. Ibaratnya macam mengundang perkara yang tidak elok kepada keluarga dan tidak menghormati rezeki di depan mata.
Makanan terutamanya air mempunyai magis tersendiri yang mampu mempengaruhi sikap dan emosi seseorang. Kebenaran mengenai kuasa air telah dibuktikan Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun yang berjaya merakam sesuatu yang luar biasa dan sukar digambarkan. Bersetuju dengan hasil kajian Dr Masaru, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah turut berkongsi keajaiban tersebut di laman Facebooknya.
APA KESAN KPD ANAK YG DI MAKI ATAU DI KUTUK OLEH IBUBAPA, ATUK NENEK, GURU ATAU SESIAPAPUN???Dapatkan tips & info terkini melalui Telegram Channel DMFKJoin Sekarang —> http://t.me/fadzilahkamsah
“Air ini dengan izin Allah boleh merakam apa yang mak bapa, nenek, guru atau sesiapa cakap depan air itu. Jangan cakap tak elok di depan makanan. Dan Nabi bersabda salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa adalah berdoa apabila waktu berbuka puasa, makan sahur. Kenapa? Air ini akan merakam doa itu dan semua molekul dalam air akan menjadi sangat cantik.
Bila molekul cantik kita makan apa jadi? Badan kita sihat, dengan izin Allah, otak pintar dan sahsiah menjadi baik. Kalau kita bergaduh, bercakap tak elok depan makanan atau air maka molekul air akan pecah dan rosak. Bila diminum, maka ia akan melemahkan juga badan, otak dan sebagainya.
Molekul air yang terbentuk indah apabila dibacakan doa dan perkataan-perkataan baik. Luar biasa!
Ramai orang terlepas pandang, kajian menunjukkan dalam badan manusia mengandungi 85% di air dan 15% adalah daging dan tulang. Bila bercakap benda tak elok kepada seseorang atau anak-anak maka 85% air dalam badan orang itu akan rosak molekulnya. Kesannya dia akan berasa sedih, badan tak sihat dan otak tak pandai.
Jadi saya seru diri saya dan anda semua, tolonglah haramkan perkataan negatif di rumah anda, haramkan bercakap negatif terhadap sesiapa pun depan kita sebab molekul air dalam badan orang yang kita sebut itu akan jadi rosak dan takut-takut perangai menjadi negatif. Benarlah, cakap orang tua adalah doa juga cakap mak bapa adalah doa. Jangan fikir negatif, jangan cakap negatif sebab ia akan mempengaruhi diri dan mengubah menjadi negatif seperti yang kita cakapkan itu.”
SUMBER: Facebook Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
RAHSIA KEAJAIBAN AIR ZAM-ZAM
Air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh dan strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan. Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.
Kandungan airnya juga berbeza dengan telaga yang ada di sekitar Mekah. Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesium yang lebih tinggi, berkhasiat menghilangkan rasa haus dan penyembuhan. Istimewanya, air zam-zam juga mengandungi zat fluorida berkhasiat memusnahkan kuman yang terdapat di dalamnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diamond Dotz, jenama seni faset berlian terulung berasal dari Australia kini membuka gedung konsep pertamanya di dunia bertempat di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Seni faset berlian atau lebih dikenali sebagai lukisan berlian merujuk peda aproses menenangkan menggunakan berlian yang diperbuat daripada permata resin kecil pada kain pelekat yang telah dicetak.
Menurut pengasasnya, Lisa Lee berkata syarikat itu menyasarkan memperkenalkan seni kraf tersebut kepada generasi muda untuk membantu mereka menjauhi gajet kerana kraf tersebut berfungsi sebagai terapeutik dan baik untuk kesihatan mental.
“Zaman sekarang,bukan sahaja kanak-kanak yang terlalu ibses dengan gajet tetapi orang dewasa juga. Jadi kraf seperti ini memainkan peranan yang besar dalammengurangkan kebergantungan terhadap gajet, menghilangkan tekanan dan sebagainya,” katanya ketika majlis pelancaran baru-baru ini.
Sementara itu, Diamond Dotz merancang untuk melebarkan sayapnya ke pasaran ASEAN pada tahun hadapan.
“Diamond Dotz merancang untuk bertapak di beberapa negara ASEAN kerana kami menerima banyak permintaan terutamanya dari Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina,”katanya.
Menurutnya, jenama itu juga berhasrat untuk mencipta lebih banyak produk untuk memberi variasi kepada para pelanggannya dengan menggabungkan idea rekaan atau motif dari Arab dan Malaysia.
Tambahnya lagi, jenama Diamond Dotz merupakan kraf paling popular di dunia dan terjual di 37 negara termasuk benua Amerika dan Eropah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!