Benarlah, ajal maut, jodoh dan rezeki semuanya di tangan Allah. Siapa sangka di sebalik kesenangan hidup yang dinikmati Datin Diyana Halik sekarang, beliau juga pernah melalui hidup susah. Akuinya, sebelum mengenali dan berkahwin dengan Datuk Aaron Aziz… pemilik label hijab Diyana Halik ini ditugaskan menjaga bahagian mekap dan pakaian para pelakon ketika beliau masih berkhidmat dengan sebuah syarikat produksi.

Melakar perjalanan kerjaya sendiri selaku pengurus peribadi suami dan usahawan muslimah hari ini, Datin Diyana tanpa berselindung berkongsi kisah peribadi. “Saya menguruskan karier Aaron sudah lebih 16 tahun semenjak berkahwin dengan beliau. Sebelum kahwin, saya bekerja dalam industri yang sama iaitu sebagai asistant producer. Dalam masa sama saya juga pernah buat mekap dan jaga bahagian wardrobe.

IKLAN

Pekerjaan saya ketika itu lebih kepada kerja di sebalik tabir. Dari situ jugalah saya bertemu Aaron. Selepas dua tahun mengenali satu sama lain, kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan sejak itu saya menjadi pengurus sepenuh masanya hingga ke hari ini.”

Melihat empayar muslimah Diyana Halik yang dibina sekitar lima tahun lalu kian dikenali dan berkembang maju, jelas membuktikan betapa ibu tiga anak ini sangat komited dan kreatif merencana masa depan. Meskipun sibuk menguruskan kerjaya suami dalam masa yang sama, Datin Diyana tetap ligat menghasilkan pelbagai rekaan hijab eksklusif buat para hijabi.

Pernah Buat Mekap & Jaga Wardrobe, Kini DATIN DIYANA HALIK Usahawan Muslimah & Bahagia Di Sisi Datuk Aaron Aziz!

Pernah Buat Mekap & Jaga Wardrobe, Kini DATIN DIYANA HALIK Usahawan Muslimah & Bahagia Di Sisi Datuk Aaron Aziz!

Pernah Buat Mekap & Jaga Wardrobe, Kini DATIN DIYANA HALIK Usahawan Muslimah & Bahagia Di Sisi Datuk Aaron Aziz!

“Saya memulakan perniagaan tudung secara tidak langsung ketika berkolaborasi dengan seorang aktres dari Indonesia dan menjual tudung beliau. Saya bawa masuk tudung beliau ke Malaysia dan Singapura… dan tudung tersebut terjual dalam beberapa hari sahaja. Dari situ, saya rasa inilah perniagaan yang saya cari dan ingin usahakan selain menguruskan karier Aaron. Lebih kurang setahun lebih usaha sama saya dengan jenama tersebut. Selepas itu, saya membuat keputusan untuk menghasilkan tudung jenama saya sendiri.

Alhamdulillah, kini perniagaan saya sudah berusia lima tahun dan saya masih menguruskan karier Aaron, cuma saya tidak turun ke lokasi penggambaran. Namun bisnes utama saya buat masa ini ialah perniagaan tudung saya. Saya juga mempunyai butik yang terletak di Kota Damansara dan ada beberapa agen,” telus Datin Diyana.

Pernah Buat Mekap & Jaga Wardrobe, Kini DATIN DIYANA HALIK Usahawan Muslimah & Bahagia Di Sisi Datuk Aaron Aziz!

Pernah Buat Mekap & Jaga Wardrobe, Kini DATIN DIYANA HALIK Usahawan Muslimah & Bahagia Di Sisi Datuk Aaron Aziz! Pernah Buat Mekap & Jaga Wardrobe, Kini DATIN DIYANA HALIK Usahawan Muslimah & Bahagia Di Sisi Datuk Aaron Aziz!

IKLAN

Bercakap mengenai tudung jenamanya, setiap helaian mempunyai inspirasi tersendiri. Idea yang diperolehi Datin Diyana tercetus ketika beliau pergi bercuti bersama keluarga. Bermula dengan percutian yang digelar ‘travel series’, setiap lokasi percutian beliau memberi ilham untuk menghasilkan variasi koleksi tudung. Antara negara yang telah dilawati Datin Diyana termasuklah Perancis, Korea dan Jepun. Terbaru, Diyana Halik hadir dengan koleksi ‘travel series’ yang memaparkan keunikan dan keindahan negara Korea Selatan. Khabarnya, banyak yang telah sold out!

Melayari bahtera perkahwinan lebih 16 tahun di samping Datuk Aaron Aziz merupakan momen terindah Datin Diyana bersama keluarga tercinta. Menyentuh soal anak-anak dan resipi kebahagiaan rumah tangga, ini jawapan jujur yang diberikan.

“Sejujurnya saya tidak berani untuk kongsikan tip rumah tangga kerana saya baru sahaja berkahwin selama 16 tahun (ketawa). Namun apa yang saya boleh kongsikan di sini ialah komunikasi antara suami dan isteri. Tidak kiralah dalam perhubungan mahupun perniagaan, bagi saya komunikasi amat penting.

IKLAN

Selain itu memahami antara satu sama lain juga penting dalam hubungan rumah tangga. Seperti saya, saya perlu faham dengan profesion Aaron dan dia juga perlu faham dengan profesion saya.

Pernah Buat Mekap & Jaga Wardrobe, Kini DATIN DIYANA HALIK Usahawan Muslimah & Bahagia Di Sisi Datuk Aaron Aziz!

Pernah Buat Mekap & Jaga Wardrobe, Kini DATIN DIYANA HALIK Usahawan Muslimah & Bahagia Di Sisi Datuk Aaron Aziz!

Saya bersyukur anak-anak cukup memahami dan sentiasa menyokong bisnes yang saya usahakan. Dalam masa sama, saya akan pastikan tidak terlepas ‘big day’ mereka. Contohnya seperti pertandingan dan projek yang mereka sertai. Tambahan pula, anak saya yang nombor dua seorang yang cukup aktif dalam sukan. Walau sibuk mana sekalipun, saya akan ambil masa untuk anak-anak kerana saya yakin mereka akan ingat hari yang mereka raikan untuk setiap sesuatu pencapaian dalam hidup mereka.

Selain itu, saya dan suami  juga akan membawa anak-anak pergi bercuti ke tempat yang tiada gangguan dan orang tidak kenal. Ini untuk mengelak sebarang gangguan dan membolehkan kami meluangkan masa sepenuhnya bersama anak-anak.”

https://www.youtube.com/watch?v=a4a3OAMc3sw

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI