Sekitar era 2000, nama Avril Lavigne cukup terkenal dalam kalangan peminat muzik. Bukan saja di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat malah populariti Avril turut diraih di Malaysia.
Bersandarkan wajah cantik dan keanak-anakkan, muzik yang dibawa wanita berusia 38 tahun ini masih segar sampai sekarang. Terutamanya lagu Complicated!
Baru-baru ini nama Avril kembali menjadi bualan kerana wajahnya yang tak makan dek usia. Apa tidaknya, dari zaman remaja hingga usia lewat 30an masih sama seperti dulu.
Meskipun tidak sepopular zaman kegemilangannya tapi ramai yang masih mengingati bait-bait lagu Avril.
Awal September lalu, Avril melakar sejarah tersendiri apabila namanya tertera di Hollywood Walk of Fame. Menariknya, ketika majlis tersebut Avril mendedahkan dia pernah bergambar di lokasi ikonik tersebut di tempat tertera nama Tom Cruise sewaktu berusia 16 tahun.
Kini selepas lebih 20 tahun, namanya pula tertera di salah satu Hollywood Walk of Fame.
Ads
Lebih manis, pada majlis pengumuman namanya di Hollywood Walk of Fame itu Avril turut mengenakan sweater yang sama ketika bergambar waktu umur 16 tahun berkenaan. Epik!
Dilahirkan pada 7 September 1984 di Kanada, Avril Ramona Lavigne dibesarkan di pekan kecil Napanee di Ontario. Avril mula didedahkan dengan muzik ketika baru berusia dua tahun melalui nyanyian ibunya di gereja.
Sewaktu berusia 12 tahun, dia bergelar penyanyi dan mula belajar bermain gitar serta menulis lagu. Pada tahun 1999, Avril berjaya mengecapi kejayaan sulung apabila memenangi pertandingan menyanyi dan berpeluang membuat persembahan bersama Shania Twain di Ottawa, Kanada.
Ads
Pada tahun sama juga bakat Avril disedari Cliff Fabri yang menjadi pengurus professional pertamanya. Avril melancarkan album pertama berjudul ‘Let Go’ pada Jun 2002 dan menduduki carta kedua US Billboard 200. Di samping tersenarai dalam carta muzik di UK, Kanada dan Australia.
Sehingga tahun 2008, Avril telah membuat tiga kali jelajah dunia kerana dia percaya acara jelajah tersebut mampu menaikkan popularitinya.
Album keempat Avril iaitu Goodbye Lullaby dilancarkan pada Mac 2011 menyaksikan kebanyakan lagu dalam album tersebut adalah hasil karyanya ketika usia remaja lagi.
Ads
Antara lagu popular Avril dan masih popular hingga kini ialah Complicated, Sk8er Boi, I’m With You, My Happy Ending, When You’re Gone. Sepanjang kariernya, Avril meraih pelbagai anugerah antaranya Grammy Award 2003, Juno Award 2003 dan Juno Award 2005.
Pada Disember 2007, Avril mencatatkan pendapatan mencecah USD12 juta dan tersenarai di kedudukan kelapan dalam senarai Forbes Top 20 Earners under 25.
Avril pernah berkahwin dengan Deryck Whibley pada 2006 namun berpisah empat tahun kemudian. Dia seterusnya menjadi isteri Chad Kroeger dan sekali lagi berpisah pada tahun 2015 selepas hanya dua tahun berkahwin.
Pada April 2015, Avril mengumumkan dia didiagnos penyakit Lyme dan aktif memberi pendedahan serta kesedaran mengenai penyakit tersebut.
Avril juga mengusahakan perniagaan fesyen yang dikenali sebagai Abbey Dawn sempena namanya pada zaman kanak-kanak. Dia juga mempunyai Yayasan Avril Lavigne yang menyokong usaha membantu golongan belia dan kanak-kanak kurang upaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terhibur tengok telatah manja dan comel anak kesayangan Elisya Sandha dan Uzair Haqimy, Bunga Elhaq. 18 Jun lalu, genap dua tahun usia permata hati Elisya Sandha dan kecomelan anak perempuan ini kian terserlah dan mewarisi gen pelakon jelita berkenaan.
Walau masih kecil nama Bunga Elhaq mula dikenali ramai kerana bukan hanya berstatus anak selebriti. Bahkan dia juga cucu sulung pengarah dan pelakon popular, Sheila Rusly.
Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha merupakan adik kepada Fasha Sandha. Dramatis ini mendirikan rumah tangga dengan anak lelaki Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy atau dikenali sebagai Haq pada 21 Ogos 2021.
Berkongsi momen istimewa ketika hari lahir permata hati, Elisya Sandha meluahkan rasa syukur atas kurniaan zuriat ini sebagai pelengkap hidup.
“Can’t believe how fast time flies and you’re now 2 years old already. You’re my biggest rezeki in life. You won’t remember these moments but I’ll cherish them forever.
Dapat tengok you happy, dance and enjoy on your birthday adalah satu achievement untuk mummy and daddy. Happy birthday my heart, may you always stay as colourful and full of life as you are today.”
Walau sibuk dengan urusan rumah tangga dan mempunyai anak, namun Elisya tetap aktif berlakon dan wajah cantiknya sering menghiasi kempen jenama kecantikan dan produk bayi.
Bergelar ibu pada usia muda ia bukanlah halangan buat Elisya untuk melakar nama dalam industri dan berjaya.
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Elisya meluahkan hasrat untuk memiliki sekurang-kurangnya tiga cahaya mata. “Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je.
Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayang. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Jerawat umpama ‘musuh tradisi’ terutama bagi wanita. Kemunculan jerawat sering membuatkan seseorang itu kurang keyakinan diri. Parut jerawat pula boleh meninggalkan kesan hitam dan tekstur kasar pada kulit.
Selebriti Hollywood tidak terkecuali. Mereka juga mengalami masalah jerawat. Biarpun tidak boleh hilang begitu sahaja, cara selebriti-selebriti ini boleh dijadikan panduan.
KENDALL JENNER
Kendall Jenner sendiri mempunyai cara untuk menangani masalah jerawat dan mengekalkan kesihatan kulit wajahnya setiap hari. Kaedahnya sangat mudah dan semula jadi.
Kendall kerap melakukan senaman ringan, makan makanan yang sihat, mengelakkan gula-gula, dan minum banyak air. Bagi Kendall, untuk mendapatkan wajah yang sihat dan cerah adalah dengan minum banyak air.
VICTORIA BECHKAM
Victoria Beckham percaya, untuk memiliki kulit yang cantik adalah menyuburkannya dari dalam. Selebriti dan model terkenal ini mengamalkan makan salmon setiap hari. Hasilnya, kulit tidak mengalami masalah jerawat yang serius.
Victoria memulakan tabiat sihat ini selepas berjumpa dengan pakar dermatologi, Dr Harold Lancer yang turut menguruskan keluarga Kardashian. Salmon kaya dengan asid lemak omega-3, yang dapat membantu menyuburkan kulit, membersihkan pori-pori dan mengurangkan keradangan.
MILEY CYRUS
Penyanyi ‘Wrecking Ball’ ini memilih makanan organik untuk kesihatan dan kebersihan wajahnya.
Bukan itu sahaja, Miley juga mengambil ubat daripada doktor bagi menghilangkan jerawat di mukanya.
NATALIE PORTMAN
Sejak menjadi vegan, Natalie mengakui kulit wajahnya tidak pernah berjerawat. Jika anda ingin mencubanya, lakukan perlahan-lahan.
Bila sudah terbiasa, anda boleh ke peringkat seterusnya iaitu menjadi vegetarian. Kemudian menjadi vegan seperti Natalie Portman.
Kredit Foto: Instagram Ru
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita mana yang tak mahu sentiasa nampak cantik menawan, kan? Tapi, disebabkan pelbagai faktor termasuk udara yang tercemar serta tabiat makan tak sihat membuatkan golongan wanita lebih mudah ‘diancam’ masalah kulit.
Dalam tak sedar, kelakuan dan tindakan kita selama ini menjejaskan kesihatan kulit sedikit demi sedikit. Semak amalan yang mesti dielakkan ini supaya anda tidak terus melakukan ‘dosa besar’ kepada kulit.
Berikut 7 kebiasaan buruk yang merangsang pertumbuhan jerawat!
Buang solekan sebelum tidur
1) Solekan Tidur
Tidur dengan solekan masih menempel pada wajah adalah kebiasaan yang sangat buruk untuk kulit. Sisa minyak, solekan dan kotoran akan menyumbat pori-pori. Waktu malam sepatutnya menjadi masa paling penting untuk regenerasi kulit. Jika kulit tertutup, maka regenerasi tidak akan sempurna. Sekali gus menjadikan kulit jadi bermasalah seperti jerawat, ruam merah dan tona kulit menjadi kusam.
2) Kasar Cuci Wajah
Membersihkan wajah tidak sama seperti membersihkan tubuh. Kulit wajah lebih sensitif dan halus, sehingga sedikit sentuhan saja sudah cukup. Hindari menggosok wajah terlalu keras terutamanya ketika melakukan peeling. Wajah yang digosok secara kasar akan mudah mengalami iritasi.
Pakai krim pelindung matahari bila berada di bawah panas terik
3) Perlindungan Sinar Matahari
Pastikan anda melindungi kulit dengan produk yang mengandungi SPF dan PA + untuk menghindari pengaruh buruk sinar kesan UVA dan UVB. Dengan melakukan kebiasaan ini kulit akan jadi lebih sihat dan cantik. Mulakannya dari sekarang!
4) Kerap Bersih Wajah
Memang sangat penting jika memiliki kulit wajah yang selalu bersih. Namun, bila terlalu sering mencuci wajah anda hanya akan menyebabkan jerawat semakin parah. Sebaik-baiknya, bersihkan wajah anda dua kali dalam sehari iaitu pada pagi hari dan sebelah malam sebelum kita tidur.
5) Pegang dan Picit Jerawat
Jangan! Dengan memegang dan memicit jerawat hanya akan mengakibatkan jangkitan semakin melarat. Lebih baik sapukan jerawat dan biarkan mengering sendiri.
Syampu secara berkala ikut keadaan rambut
6) Malas Cuci Rambut
Bila kulit kepala berminyak, itu tandanya anda perlu mencucinya dengan segera. Jangan sesekali mengabaikan rambut berminyak kerana peluh dan minyak berlebihan di bahagian rambut akan mudah ‘menyerang’ ke wajah yang seterusnya menyebabkan jerawat.
7) Hindari Makanan Berlemak
Makanan berlemak dipercayai menjadi salah satu penyebab jerawat lebih parah. Sebaik-baiknya hindari makanan berlemak tinggi dan makanan ringan. Atau, tinggalkan terus makanan yang tak berkhasiat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!