Pernah Dianugerah Wanita Cantik Indonesia, Krisdayanti ‘Nenek Vogue’ Buat Konsert Usia 48 Tahun!

Menghampiri usia 50 tahun namun pesona penyanyi kesayangan Indonesia, Krisdayanti kelihatan cantik dan anggun seperti wanita muda. Siapa yang tidak terpikat dengan kejelitaan isteri Raul Lemos ini.

Memiliki raut wajah sempurna, figura ini mempunyai nama besar dalam industri seni negara jiran dan turut terkenal di Malaysia.

Tidak sekadar dikurniakan kelunakan suara dan rupa paras jelita, dia juga melakar kejayaan tersendiri apabila turut bergelar ahli politik di Indonesia.

Kredit Instagram @krisdayantilemos
Kredit Instagram @krisdayantilemos
Kredit Instagram @krisdayantilemos

Walau sibuk membela nasib masyarakat dan memartabatkan kaum wanita di sana namun minat Krisdayanti terhadap nyanyian masih menebal.

Apatah lagi, dia mula bergelar anak seni sejak 30 tahun yang lalu.

Genap 48 tahun pada Mac lalu, penyanyi bersuara lunak ini bakal mengadakan konsert tunggal ‘Semesta’ pada 5 Ogos 2023.

Lebih istimewa, pastinya kehadiran dua anak perempuan yang mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi dalam konsert berkenaan.

Kredit Instagram @krisdayantilemos
Kredit Instagram @krisdayantilemos
Kredit Instagram @krisdayantilemos
Kredit Instagram @krisdayantilemos

“Alhamdulillah telah diadakan press conference tentang Konsert Tunggal Krisdayanti (berjudul SEMESTA) yang akan diselenggarakan di JIEXPO pada tanggal 5 Ogos 2023 yang akan menandai 33 tahun Krisdayanti berkarya di industri muzik tanah air.

Hal yang paling spektakuler di konsert SEMESTA ini adalah ada bintang tamu iaitu puteri kami, Aurelie Hermansyah dan Amora Lemos serta beberapa bintang tamu yang akan menjadi unsur kejutan!”

Anak perempuan sulung Krisdayanti, Aurelie yang berkahwin dengan Atta Halilintar kini hamil anak kedua.

Kredit Instagram @krisdayantilemos
Kredit Instagram @krisdayantilemos
Kredit Instagram @krisdayantilemos
Kredit Instagram @krisdayantilemos
Kredit Instagram @krisdayantilemos

Walau sibuk dengan tugas harian, ibu cantik ini mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mempelajari seni mempertahankan diri Wushu.

Pada April 2021, Krisdayanti pernah menerima pengiktirafan HighEnd Magazine Indonesia yang memilih figura ini sebagai salah seorang daripada 21 penerima Indonesia Beautiful Woman Award 2020/2021.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/future-diva-is-born-anak-ikut-jejak-langkah-krisdayanti-lancar-single-usia-11-tahun/

Share
Published by
Suzi