Sempena dengan majlis pelancaran produk biskut BeCalm Cookies, Syarikat pengeluar biskut istimewa BeCalm Malaysia turut melancarkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm –You Can Be Okay.

Pengarah Urusan BeCalm Malaysia Pn Maisarah Datuk Abdullah Sani berasa terpanggil untuk melancarkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be  Okay selepas menyedari satu “petikan “ yang agak viral iaitu “Its Okay Not To Be Okay” yang berkaitan dengan kesihatan mental tular dikalangan golongan muda.

Pernah Dibelenggu Kemurungan, Pengasas BeCalm Maisarah Abdullah Lancar Kempen ‘You Can Be Okay’ Atasi Masalah Mental

Atas rasa prihatin dan memandang serius masalah kesihatan mental yang semakin meningkat di kalangan masyarkat beliau melancarkan kempen You Can Be Okay kerana mahu masyarakat tahu dan sedar untuk bangun dan lawan, cari solusi dan jangan hidup terlalu lama dalam kesedihan dan kemurungan serta sentiasa hidupdan fikiran yang negatif.

Dalam usaha merancakkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm YOU CAN BE OKAY supaya sampai kepada masyarakat dengan lebih meluas beberapa rakan celebrity dan pempengaruh diajak untuk bersama sama menyampaikan mesej kempen ini seperti Mark Adam, Irma Hasmie, Sissy Iman, Syed Ali, The Helmis,Ajaq Shiro, Suraya Borhan. Pempengaruh Zaza Zainee juga seorang “Yoga Instruktor” dilantik menjadi duta pertama BeCalm.

Pernah Dibelenggu Kemurungan, Pengasas BeCalm Maisarah Abdullah Lancar Kempen ‘You Can Be Okay’ Atasi Masalah Mental

Berkongsi pengalaman sendiri bagaimana permulaan beliau berada dalam belenggu kemurungan apabila disahkan mempunyai tumor dalam bahagian otak pada tahun 2007 semasa beliau bekerja di London. Maisarah Abdullah mengalami simpton kemurungan seperti susah tidur, berat badan naik mendadak, seperti hilang ingatan ,”disorientation” dan kadang kadang turut mengalami masalah penglihatan (kabur/ tidak nampak), malah beliau turut difitnah oleh rakan rakan akibat masalah kemurungan yang membelenggu beliau hampir 10 tahun.

Pernah Dibelenggu Kemurungan, Pengasas BeCalm Maisarah Abdullah Lancar Kempen ‘You Can Be Okay’ Atasi Masalah Mental
Puan Maisarah Abdullah dan keluarga

Tahun 2016 beliau sedar tidak selamanya mahu hidup dalam kemurungan, beliau mencari solusi dengan mengamalkan aswaganda dan mula menampakkan perubahan dalam diri, bertitik tolak dari situ tercetusnya idea untuk mencari formula untuk mengeluarkan produk makanan yang mempunyai kandungan aswaganda sebagai “snacking harian”.

Dari situ terhasilnya hari ini produk biskut atas jenama BeCalm yang dikategorikan sebagai “functional food” yang mengketengahkan konsep ‘Guilt Free Snacking konsep, di mana selain rasa biskut yang yang sedap, ia memberi pelbagai kebaikan dan manfaat dalam kehidupan seharian yang lebih baik dengan adanya aswaganda KSM66.

Sempena pelancaran BeCalm Cookies hari ini, BeCalm Malaysia memperkenalkan 3  perasa biskut yang sangat istimewa iaitu Chocolate Chip Sea Salt ( CHILLAX), SPECULOOS White Chocolate (MIND FLEX) dan UJI MATCHA White Chocolate (VIBE ON). Ketiga tiga perasa ini mempunyai rasa yang sangat sedap, lazat dan turut mempunyai fungsi yang berbeza dengan “packaging” yang begitu menarik.

Pernah Dibelenggu Kemurungan, Pengasas BeCalm Maisarah Abdullah Lancar Kempen ‘You Can Be Okay’ Atasi Masalah Mental
Puan Maisarah Abdullah

BeCalm Cookies juga turut mengeluarkan “kotak edisi terhad” sempena dengan program Live TikTok Sembang Mak Mak Suria FM , setiap pembelian di Tiktok BeCalm hanya berharga RM50 dengan enam keping biskut (2 keping setiap perisa) bermula 31 Julai hingga 9 Ogos 2024 sahaja.

50 pembeli pertama dengan pembelian dua kotak bakal menerima edisi khas mug minuman dan pelekat You Can Be Okay. BeCalm Cookies sangat sesuai untuk dijadikan hadiah untuk rakan rakan sekerja atau rakan sekolej, bos di pejabat, ibu bapa dan ahli keluarga selain sebagai snek harian yang menyegarkan minda.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk BeCalm boleh membeli di Tik Tok Shop BeCalm, Shopee BeCalm atau wasap di instagram @becalm.my.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI