Siapalah kita untuk mempersoalkan atau mencela ciptaan Tuhan. Walaupun tiada manusia yang sempurna namun hakikatnya setiap ciptaanNya sangat unik dan istimewa.
Penulis buku Born to Smile, Nora Tan Sri Abu Hassan wajar digelar superwoman sebenar. Dilahirkan sumbing (bibir dan lelangit) menjadi titik mula yang memeritkan dalam hidup wanita berusia 50an ini. Disebabkan kekurangan itu Nora membesar dalam keadaan tertekan, sedih dan rendah diri.
Ads
Nora merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abu Hassan Omar yang meninggal dunia dua tahun lalu akibat serangan jantung. Manakala ibunya ialah Puan Sri Wan Noor Haji Daud. Nora merupakan anak sulung daripada lima beradik.
Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini mempunyai seorang cucu bernama Ariff Putra.
MANGSA BULI
Pelbagai cacian dan ejekan diterimanya sepanjang usia kanak-kanak sampailah remaja. Nora turut menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah. Pernah terjadi ketika di sekolah menengah, sekumpulan ‘geng budak nakal’ memanggilnya si sumbing, sengau dan budak senget.
“Paling tidak dapat saya lupa dan memberi kesan mendalam ialah seorang rakan sekolah menjerit mengejek saya yang ketika itu baru mengubah gaya rambut dan memakai cermin mata baru.
Dia kata, rambut dan cermin mata bolehlah ubah tapi hidung dan mulut masih macam itu juga. Jiwa saya luluh bercampur malu bila mendengarnya lebih-lebih lagi ia dilaungkan di depan orang ramai,” luah Nora.
Allahuakhbar! Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaannya ketika dihina sebegitu. Tidak mahu terus hanyut dengan perasaan negatif, Nora bangkit bersama tekad untuk membuktikan bahawa dirinya juga boleh berjaya dan bahagia seperti mana insan lain. Kini, Nora menjadi seorang wanita hebat, cantik, berkaliber serta positif. Ketenangan dan kesabaran menjadi prinsip utama Nora untuk terus melangkah ke depan.
Tidak keterlaluan untuk penulis katakan, Nora layak menjadi sumber inspirasi buat seluruh wanita terutama individu yang dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna agar lebih kuat mengharungi ujian.
“Tahun 60an iaitu ketika saya dilahirkan tidak ada scanning bagi melihat perkembangan dan mengenal pasti masalah pada bayi dalam kandungan. Ibu bapa saya sendiri terkejut melihat keadaan saya buat pertama kali di bilik bersalin. Namun saya bersyukur kerana mereka reda dengan ketentuan, menerima dan menyayangi saya sepenuh jiwa.
Hakikatnya, perjalanan hidup saya cukup menyedihkan kerana sering dibuli dari segi mental secara sindiran, ejekan dan ditertawakan oleh rakan sekolah. Sampai ada yang tergamak memanggil saya sumbing, senget dan sengau. Saya sangat sedih dan sering menangis kerana terguris. Ia memberi tekanan emosi sehingga saya sering berkurung di dalam bilik kerana selesa bersendirian.
Petikan daripada posting di atas, “Kenangan mengusik jiwa. Gambar ini diambil semasa saya berada di sekolah rendah, darjah 5. Anda boleh nampak dahi saya berkerut. Masa tu saya memang di dalam kesakitan. Kesakitan emosi kerana saya rasa tertekan. Ada segelintir rakan-rakan yang akan menyindir dan mengejek saya. Saya sarankan pada masyarakat untuk tidak pandang rendah dengan apa-apa kelainan orang lain.
Kepada ibu bapa ajar, pesan dan didik anak-anak anda untuk tidak mengejek dan menyindir rakan-rakan kerana ini menyebabkan emosi mereka tercabar. Manakala kepada guru-guru di luar sana, tolong fahami keadaan anak-anak dan berilah mereka motivasi yang sepatutnya.”
Ads
Saya banyak memendam sehingga merasa tertekan. Pernah meluahkan apa yang terjadi kepada ibu tetapi tiada penyelesaian. Ibu pesan banyakkan bersabar,” luah Nora atau nama sebenarnya Hasnoradiah Tan Sri Abu Hassan.
Untuk kelihatan normal seperti sekarang sememangnya memakan masa yang lama. Nora telah menjalani kira-kira 8 pembedahan seawal usianya tiga bulan. Bertitik tolak dari situlah Nora tekad untuk menjadi insan dikagumi dan dihormati. Walaupun sukar untuk menjadi positif, lama kelamaan Nora berjaya mengatasi rasa down dan tertekan yang telah lama ‘bersarang’ dalam dirinya.
PRIHATIN
Walaupun dilahirkan dengan kekurangan itu namun keprihatinan dan kesedaran wanita ini terhadap golongan yang senasib sepertinya wajar dipuji.
“Saya mahu membantu kanak-kanak yang mengalami nasib yang sama seterusnya memberi kesedaran terhadap masyarakat agar prihatin dengan penderitaan dilalui oleh kanak-kanak yang dilahirkan sumbing. Ubah stigma bahawa mereka juga berhak untuk merasa gembira dan bahagia seperti kanak-kanak normal.
Ads
Kes buli seperti yang saya alami boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka yang mengalaminya. Buat ibu bapa, didik anak-anak dengan sikap kasih sayang, prihatin dan menghormati orang lain agar tidak mudah memandang negatif terhadap kekurangan atau kelemahan orang lain. Kesedaran anti buli harus bermula dari rumah, ibu bapa,” ungkap graduan University of New England ini.
Selain itu, ketika Malaysia mula dilanda wabak COVID-19 Nora tidak terkecuali membantu barisan hadapan termasuk pesakit-pesakit yang sedang melawan wabak tersebut. Nora melakukan sumbangan korporat di mana sebahagian daripada jualan E-book di eSentral semasa Pesta Buku Digital Malaysia yang berlangsung pada 27 Mac-5 April 2020.
Tidak ketinggalan, Nora turut memberi sumbangan peribadi buat para barisan hadapan menerusi badan NGO.
“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin saya turut terpanggil untuk membantu.”
Nora pernah bertugas untuk Southern Bank sebagai Ketua Jabatan Akauntan Semasa. Nora juga adalah pengasas dan pengetua tadika elit di Ampang iaitu The Children’s Cottage. Pernah memenangi 4 anugerah penceramah terbaik di bawah MIM Toastmasters Club, Nora kini tidak hanya aktif sebagai aktivis sosial bahkan merupakan seorang kaunselor yang bertauliah.
Penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti yang cukup terkenal dengan lagu-lagu seperti Aku Wanita Biasa dan Menghitung Hari mengumumkan pertukaran nama pentasnya yang sebelum ini dieja Krisdayanti (rapat) menjadi Kris Dayanti (berasingan).
Menurut sumber ejaan Kris Dayanti ialah nama asalnya sebelum diubah menjadi Krisdayanti kerana dianggap lebih menarik dan senang diingati.
“Sebetulnya nama pada kad pengenalan Kris Dayanti. Tapi saya banyak kerjasama dengan jenama besar dan memerlukan nama yang lebih menarik,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi yang lebih mesra disapa KD itu berkata, dia mahu kembali menggunakan nama sebenarnya sebagai tanda cinta terhadap Allahyarham bapanya yang sudah meninggal dunia.
Untuk rekap, bapa Kris Dayanti meninggal dunia pada usia 79 tahun di Denpasar, Bali pada Khamis. “Sejak ayah meninggal dunia pada 2021, saya sangat terkesan dan mahu menggunakan semula nama asal saya. Tindakan saya itu sebagai satu bentuk cinta kepada ayah,” ujarnya.
Mengakui kemunculannya hanya untuk memeriahkan industri, tahun lalu Datin Ilyka tampil dengan dua single iaitu Persembahan Cinta dan Sempurnakan Takdirku.
Namun begitu, untuk 2018, Datin Ilyka kembali mempertaruhkan single baharu berjudul Persembahan Cinta ciptaan Tengku Shafick dari Jakarta. Selain itu, jika pada tahun 2017 Datin Ilyka menghasilkan single berjudul My Love ciptaan Hazami, tahun ini, satu lagi buah tangan terbaharu berjudul Someday menemui para peminat.
Tanpa berselindung, wanita anggun dan bergaya itu memaklumkan Someday amat istimewa buat dirinya.
“Ya, single Someday amat istimewa kerana saya memilih untuk menjalani penggambaran video muzik di Sekolah Tunku Kurshiah. Lagu ini juga khas untuk anak-anak,” ujar Ilyka yang memberi penghormatan untuk para pelajar sekolah berasrama penuh itu untuk terlibat dalam pembikinan video muziknya itu.
“Tujuan saya memilih mengadakan rakaman muzik video tersebut adalah untuk memberi semangat kepada para pelajar ini supaya tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa berfikiran positif. Juga kepada mangsa buli, tekanan perasaan, perasaan rendah diri dan macam-macam lagi.
Pesanan dalam Someday juga saya tujukan kepada ibubapa supaya sentiasa mempunyai hubungan rohani dengan anak-anak masing-masing. Walaupun tidak berjaya dalam bidang bidang akademik , tetapi sebagai ibu bapa harus sentiasa memberi sokongan moral.
Sebagai ibu bapa juga harus sentiasa ada pendekatan untuk tangani masalah anak-anak seperti terlalu sibuk dengan teknologi zaman sekarang. Pantau apa yang anak-anak buat,” ujar Datin Ilyka, ibu kepada Arisya Ahmad Azizi yang juga merupakan penuntut di Sekolah Tunku Kurshiah.
Sekarang ini apabila Arisya menetap di asrama, baru dia ada masa dan bebas untuk mengatur semula perjalanan seninya yang ‘tergendala’ sebelum ini. Sebagai ibu, Datin Ilyka sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk Arisya berjaya di dalam pelajaran dan juga minat anak tunggal kesayangannya itu.
“Bagi saya, keluarga perlu diutamakan dan kemudian barulah kerjaya seni, sebab itulah saya tidak risau apabila membuat kemunculan selepas lama menyepi.
Saya gembira dapat berkongsi muzik video Someday dengan semua dan semoga ia memberi manfaat bersama. Tonton muzik video Someday di laman youtube dan lagu ini telah tersedia di semua platform aplikasi digital”, katanya yang suka bersikap positif seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama heroin filem Bollywood ini begitu popular dan sering digandingkan dengan pelakon-pelakon hebat dari India termasuk Dato’ Shah Rukh Khan. Antara gandingan hebat Juhi Chawla bersama Dato’ Shah Rukh Khan adalah filem Yes Boss. Filem yang terbit pada tahun 1997 ini merupakan filem keempat gandingan mereka berdua.
Memiliki rupa paras yang menawan Juhi Cahwla juga pernah dinobatkan sebagai Miss India tahun 1984. Kini walaupun pelakon wanita ini sudah menjangkau usia 52 tahun tetapi masih kelihatan cantik menawan seperti zaman kegemilangannya dahulu. Tidak lokek berkongsi rahsia awet mudanya, Juhi Chawla sudi berkongsi amalan kecantikannya dengan seluruh peminatnya.
Mulakan hari dengan minuman detoks
Juhi Chawla mulakan harinya dengan segelas air lemon yang dicampurkan dengan madu. Minuman ini adalah amalan yang terbaik untuk detoks dan membantu dirinya meneruskan tugas seharian. Seperti ramai yang tahu, kombinasi lemon dan madu berkhasiat untuk membuang toksin dalam tubuh, menyingkirkan kotoran akibat pencemaran dan membersihkan dalaman tubuh. Selain itu kehebatan lemon dan madu ini juga mampu meningkatkan metabolisme tubuh.
Jaga Mata
Ramai orang menitikberatkan penjagaan wajah dan sering mengabaikan penjagaan mata. Penjagaan mata terutama kulit di sekitar daerah mata sangat penting bagi menghindarkan kedut atau garis halus apatah lagi kulit kusam di bawah mata. Juhi Chawla begitu menjaga kesihatan kulit matanya. Apa yang diamalkan oleh wanita ini adalah sapu krim mata setiap malam secara konsisten. Krim mata ini membantu melembapkan kulit di sekitar daerah mata lantas menganjalkannya. Selain itu Juhi Chawla menggunakan kentang untuk menjaga matanya. Caranya adalah dengan menghiris nipis kentang dan biarkan seketika di dalam peti sejuk. Kemudian letak kentang yang telah disejukkan tadi di atas mata selama 20 minit untuk menyegarkan kulit di sekitarnya.
Guna kosmetik berkualiti
Juhi Chawla tak pernah berkompromi dengan kualiti. Pelakon cantik ini sering memilih produk yang berkualiti di samping yang terbaik untuk kulitnya. Fungsi utama produk yang dipilihnya adalah untuk mengekalkan kelembapan kulitnya. Juhi Chawla sentiasa elak kulit dehidrat dan kering. Kata Juhi Chawla, kalau harga produk menjadi isu, lebih baik guna bahan-bahan yang boleh di ambil di dapur daripada menggunakan produk yang tidak berkualiti.
Jaga pemakanan
Rahsia kecantikan Juhi Chawla juga adalah melalui pemakanan. Katanya, penjagaan kecantikan bermula dengan apa yang kita makan. Jika wanita nak kekal cantik dan awet muda, kena bijak mengatur pola pemakanannya. Amalan pemakanan Juhi Chawla adalah makan makanan yang dibakar dan direbus. Juhi Chawla elak makan makanan yang digoreng, pedas dan bergula. Sekali lagi tentang dehidrasi, Juhi Chawla minum 8 gelas air sehari dan tak pernah miss makan yogurt. Juhi Chawla percaya secawan yogurt penyumbang terbaik untuk memberi kelembapan dan hidrasi.
Amalan kecantikan Juhi Chawla ni nampak mudah tapi kena konsisten. Tak ada jalan mudah nak cantik tanpa usaha yang gigih dan pengorbanan!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...