Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Rihanna yang dilahirkan di Saint Michael, Barbados ini bukanlah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya raya. Zaman kanak-kanak Rihanna tidak seindah seperti orang lain apabila sering didera oleh bapanya yang ‘menagih’.
Benar kata orang kalau bukan diri sendiri siapa yang akan mengubah nasib diri dan keluarga. Ternyata Rihanna telah berjaya memperjuangkan nasibnya dan menjadi Penyanyi Wanita TERKAYA di dunia. Tahniah! Rihanna kami turut bangga dengan kejayaan anda dan semoga mencetus inspirasi buat semua wanita.
Usia sememangnya bukan halangan untuk berjaya sehingga bergelar Billionaire. Siapa sangka di usia yang begitu muda telah membuatkan Robyn Rihanna Fenty atau Rihanna ini mampu mengecap kemewahan atas usaha sendiri.
Penyanyi dan Penulis Lirik ini telah dinobatkan sebagai Billionaire oleh Forbes dengan jumlah kekayaan bernilai USD1.7 Billion. Berbanding pada tahun 2020, Rihanna apabila dinobatkan oleh Forbes sebagai Ahli Muzik Wanita Terkaya di dunia dengan jumlah kekayaan RM2500 juta (USD600 juta) setahun.
Nampaknya perniagaan Rihanna tidak terjejas langsung akibat pandemik ini, malah meningkat berganda-ganda. Hebat sungguh aura penyanyi lagu Work ini. Mungkin sedikit sebanyak lagu ini menggambarkan sikap gigih Rihanna dalam mengejar cita-cita untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Agak-agaknya apa yang menyebabkan Rihanna boleh meraih pendapatan sedemikan rupa. Sebenarnya sumber kekayaan Rihanna bukan datang dari bidang seni semata-mata. Sumber pendapatan penyanyi yang mempunyai jumlah pengikut seramai 103 juta di laman Instagram ini datang dari kerjasama bersama jenama mewah terkenal dunia, LVMH menerusi Fenty Beauty.
Rakan kongsi Rihanna, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LVMH iaitu Bernard Arnault yang berusia 70 tahun juga merupakan Pengerusi dan CEO kepada syarikat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Christian Dior, Fendi dan Sephora.
Sejak jenama kosmetik ini dilancarkan pada bulan September 2017 dan dipasarkan secara atas talian dan di rangkaian kosmetik, Sephora, jumlah jualan yang dicapai pada minggu pertama dan kedua mencecah sehingga RM400 juta (USD100 juta).
Bayangkan sahaja jumlah jualan bersih yang diperoleh oleh pelakon filem Battleship ini dalam sebulan. Tidak mustahil sehingga kini jumlah pendapatan Rihanna boleh mencapai sehingga ke angka USD1.7 billion.
This website uses cookies.