Nama Suraya Aqila atau lebih dikenali sebagai Kak Su atau Akak Siam tular rentetan kisah pemergian selebriti terkenal Thailand, mendiang Tangmo Nida Patcharaveerapong baru-baru ini.
Usahanya menjadi translator (penterjemah) bagi mengulas kes berprofil tinggi itu mendapat perhatian ramai. Malah, kemunculannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh warganet bagi mengetahui perkembangan kes tersebut.
Kini lebih 10 tahun dia menetap di negara ini dan bertemu jodoh dengan Nor Adha yang beradal dari Kedah.
Selain berkongsi tentang dirinya, keluarga dan bisnes, satu lagi perkara yang menarik perhatian ramai apabila Suraya Aqila tampil buat pertama kalinya di media sosial dengan bertudung. Tenang dan sejuk je mata memandang, alhamdulillah!
Apabila seorang wanita itu bertudung, untuk terus istiqamah pasti tidak akan terlepas dengan cabaran dan ujian. Hati akan sentiasa berbolak balik. Bukan saja diri sendiri yang mesti kental bahkan orang-orang di sekeliling juga perlu memainkan peranan penting agar terus memberi sokongan dan semangat.
“Sebenarnya ada sebab, ada satu ayat yang saya rasa geram. Dia seolah menghina dan menyebabkan saya rasa tersentak dan marah. Disebabkan hasutan kawan jugalah saya berubah sekeJAP.
mengambil berkat bulan yang mulia ini saya mengambil keputusan untuk kembali bertudung dan menjadi insan yang lebih baik.”
Sama-sama kita mendoakan agar Suraya Aqila terus sukses dalam bisnesnya, tercapai segala impian, sentiasa merendah diri dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang. Semoga terus istiqamah dan kuat dalam menempuh ujian yang mendatang.
Kredit Foto: Koleksi Peribadi Suraya Aqila
This website uses cookies.