Berseri-seri muka Tasha Shilla sejak bergelar ibu dua anak! Jelas terserlah wajah bahagia pelakon jelita ini di samping suami tercinta dan anak-anak tersayang. Sejak berkahwin dan ada anak, agak jarang nampak lakonan Tasha di kaca TV. Barangkali tumpuannya kini lebih terarah kepada keluarga.
Menerusi perkongsian Tasha di media sosial, kebanyakan posting berkisar mengenai rutin hariannya sebagai isteri dan ibu.
Walau dah ada anak, tetap aktif hiking
bersama suami dan dua anak kecil. Tak hairanlah Tasha boleh mengekalkan badan sihat dan ramping.Selain sibuk urus keluarga, finalis Dewi Remaja 2005/2006 ini juga menguruskan bisnes sendiri iaitu Nyla by Tasha Shilla.
Jenama ini mempunyai rangkaian produk penjagaan rambut seperti Hair Tonic dan Hair Serum yang mula dilancarkan pada Ogos 2023.
Tasha Shilla ibu dua anak ini meniti usia 37 tahun merupakan wanita keturunan Melayu-Jawa dan pernah menggondol kategori Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Tasha pernah membintangi filem Rock Oo!, KL Menjerit 1, dan Ariana Rose.
Tasha Shilla mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Muhammad Atiq Idris pada 28 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raees Zander kini berusia tiga tahun dan Nyla Kaadira.
Terdahulu, Tasha Shilla memulakan karier lakonan pada 1999 iaitu sejak usianya 12 tahun.
This website uses cookies.