Pelakon terkenal Liza Soberano mungkin tidak asing di bumi Filipina. Manakan tidak, Liza yang merupakan selebriti wanita berkacukan Filipina-Amerika ini cukup berbakat besar selepas muncul dalam siri Forevermore. Selepas itu, populariti Liza dilihat semakin menyerlah apatah lagi dikurniakan penampilan dan raut wajah yang sangat jelita.
Ads
Wajahnya juga sudah beberapa kali tersenarai dalam senarai “The 100 Most Beautiful Faces”. Liza mengungguli senarai tersebut pada tahun 2017, dan juga tahun-tahun seterusnya. Selain itu, aura dan personaliti Liza Soberano kian menjadi dambaan kempen jenama kecantikan seperti Maybelline dan lain-lain.
Jadi apa rahsia kecantikan dan keanggunannya? Menurut Cosmo Filipina, ini dia tip kecantikan Liza Soberano yang boleh anda aplikasikan.
Hidrasi itu penting!
“Saya mempunyai kulit yang kering sejak kecil dan salah satu petua kecantikan terbaik yang saya amalkan adalah untuk sentiasa memastikan kulit saya lembap.”
Biarkan kulit mengelupas dengan sendirinya.
Kanak-kanak perempuan dengan kulit kering, sila ambil perhatian: “Saya sering menggosok dan menggaru kulit saya bila ia mengelupas. Lama kelamaan saya menyedari ianya tidak baik untuk kulit dan hanya akan menjadikannya semakin kering. Apa yang saya buat. Saya akan membiarkan kulit saya mengelupas dengan sendirinya.”
Ads
Tanggalkan solekan secepat mungkin.
Disebabkan kesibukan sesi penggambaran dan rakaman, Liza mengakui kulitnya perlu dan selalu disolek. “Bila kulit anda terdedah dengan bahan alat solek untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kusam dan kering. Jadi, saya pasti akan mencuci muka dan menanggalkan solekan sebaik sahaja kamera berhenti merakam”.
Ads
Elak mekap jika boleh
“Saya sebenarnya lebih suka keluar rumah dengan gaya natural tanpa solekan. Saya hanya akan memakai balsem bibir”, jelas Liza. Memandangkan kulitnya terdedah kepada banyak tekanan, inilah cara dia memastikan kulitnya tidak berjerawat atau mengelupas.
Kulit anda juga perlukan bantuan
Apabila bercakap tentang penjagaan kulit, Liza juga turut mendapatkan rawatan menerusi Program Kualiti Kulit yang disesuaikan daripada Dr. Vicki Belo. Salah satu rawatan kegemarann Liza dari Belo Medical Group ialah Angel Whitening, yang membantu menjadikan kulitnya “lebih ringan, lebih cerah dan kelihatan segar selepas itu.”
Semalam, trailer filem Blonde telah disiarkan secara rasmi buat tontonan umum dan reaksi yang diterima warganet memang tidak terjangka. Untuk pengetahuan, Blonde merupakan filem yang berdasarkan kisah hidup pelakon dan simbol seks Amerika Syarikat ternama, Marilyn Monroe yang terkenal pada era 1950-1960-an. Kisah Marilyn kemudiannya diadaptasi kepada novel tahun 2000 dengan nama yang sama oleh Joyce Carol Oates.
Bakal disiarkan menerusi Netflix pada 28 September nanti menyaksikan Ana de Armas akan memegang watak Marilyn Monroe dan ramai sudah mulai memperkatakan tentang lakonan serta penampilannya.
Menerusi trailer berdurasi 2 minit itu memperlihatkan lakonan penuh emosi Ana sebagai Marilyn yang nyata meruntun jiwa penonton. Bukan itu saja, penampilannya pula saling tidak tumpah dengan Marilyn ketika hayatnya. Dengan kuasa solekan dan makeover, dandanan rambut perang yang ikonik serta mimik muka, Ana De Armas nyata memukau.
Dalam temubualnya bersama majalah Grazia, Ana mengakui proses transformasi imejnya kepada Marilyn bukannya mudah. Jelasnya, “Saya perlu menjadi ‘botak’ setiap hari, bagi memakai rambut palsu perang.
Jadi untuk betul-betul menjadi Marilyn Monroe, saya perlu menjaga tona kulit saya dari wajah hingga ke bawah kerana tidak mahu kelihatan apa-apa yang gelap dan tidak sekata. Maka saya perlu sentiasa berhati-hati. Untuk proses rambut ikonik Marilyn, saya perlu memakai topi botak setiap hari dari dahi ke seluruh kepala saya. Ia agak mencabar”.
Filem fiksyen psikologi ini menyusuri kehidupan penuh berliku Marilyn yang diduga dengan populariti serta akibat dari penampilannya, menjurus kepada kisah percintaan yang tidak kesampaian, salah guna dadah serta kuasa.
Ana de Armas, pelakon yang berasal dari Cuba ini mula mendapat perhatian pengarah dan studio perfileman Hollywood selepas muncul dalam beberapa buah filem blockbuster seperti Knives Out dan The Grey Man.
Kecantikan Ana De Armas juga diperakui apabila Ana turut disenaraikan dalam The 100 Most Beautiful Women in the World 2021 pada tahun lepas dan menduduki tempat ke 81. Ana juga turut menjadi wajah eksklusif Estee Launder, Only Natural Diamonds dan banyak lagi. Kami di NONA pun dah tak sabar nak tonton filem Blonde ini dan melihat sendiri bagaimana Ana mengendong watak Marilyn. She’s gonna be amazing thats for sure!!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada hari ini, kebanyakan individu yang mewarnakan rambut TIDAK mempedulikan rawatan selepas mewarna.
Musim berubah, gaya dan warna rambut turut mendapat tempiasnya. Jika dulu, rambut hitam dianggap seksi dan menawan tapi kini selari dengan trend, warna rambut yang pelbagai dikatakan membuat seseorang itu kelihatan lebih mengikuti peredaran zaman.
Rambut berwarna lebih cepat rosak akibat hilang keanjalan dan kerosakan pada lapisan kutikel. Antara penyebabnya ialah penggunaan bahan kimia berlebihan dalam cecair pewarna dan dandanan berulang. Ini mengakibatkan geseran menggalakkan pemutusan urat rambut.
Jika ingin mewarna rambut, jangan terburu-buru melakukannya. Sebaliknya dapatkan nasihat terlebih dulu. Pastikan rambut sihat dan kuat serta boleh menerima bahan kimia yang digunakan, iaitu peluntur dan pewarna kekal yang mengandungi ammonia dan perosid.
Jika rambut pecah di hujung atau bercabang, tidak bermaya dan kurang menganjal, kemungkinan proses mewarna hanya memburukkan lagi keadaan. Semua gejala itu akhirnya menyukarkan rambut diurus kerana ia kurang lembapan.
Langkah Rawatan Rambut Berwarna
Kenal pasti jenis masalah rambut.
Cuci rambut menggunakan syampu khas bagi rambut berwarna.
Urut kepala bagi melancarkan aliran darah di kepala.
Cuci rambut sehingga bersih bagi memastikan tidak ada sabun tertinggal di kepala yang akan menyebabkan kelemumur.
Ratakan ubat khas membuang kimia di seluruh kepala dengan berhati-hati.
Bungkus kepala dengan plastik supaya ubat itu menyerap dengan baik pada rambut.
Cuci rambut sehingga bersih.
Letak dan ratakan serum di seluruh rambut bagi memperbaiki struktur rambut.
Tip Bijak
Jangan terlalu kerap mewarna rambut.
Pastikan pewarna tidak menyentuh akar rambut kerana ia boleh merosakkan struktur semula jadi rambut.
Dapatkan nasihat pakar sebelum mewarna.
Membaca arahan ditetapkan sebelum mewarna jika ingin melakukannya di rumah.
Jika ingin mewarnakan rambut di rumah, pastikan anda membaca arahannya terlebih dulu. Jika perlu dapatkan bantuan rakan, tapi bagaimanapun mewarnakan di salon adalah lebih selamat. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah gemuk air, atau digelar edema dalam terma perubatan merujuk kepada situasi kebocoron air dari salur darah ke dalam sel tubuh dan tisu-tisu. Gejala gemuk air sering berlaku pada wanita yang mengalami sindrom pra haid, pengambilan garam berlebihan, kekurangan vitamin dan mineral penting semasa berdiet serta baby blues di kalangan ibu-ibu selepas bersalin.
Ketahui 7 tip berkesan untuk mengatasi masalah ini:
Terapi H₂O
Minum 8-10 gelas air. Terlalu banyak air akan melarutkan elektrolit ke dalam sel darah manakala kuantiti yang terlalu sedikit pula menyebabkan dehidrasi. Sebaik-baiknya minum kuantiti yang secukupnya.
Hadkan garam
Termasuk menjauhi makanan ringan! Sayangilah buah pinggang anda dan hadkan pengambilan garam dalam makanan.
Kafein
Percaya atau tidak, kafein dalam jumlah tertentu sebenarnya bagus untuk anda. Seperti teh herba, ia membekalkan antioksidan yang penting untuk mengekalkan cecair dalam badan.
Sayuran
Inilah masanya untuk menikmati salad dalam menu harian anda. Sayuran berdaun hijau membekalkan segala keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.
Ambil suplemen
Sekiranya berdepan masalah berat air ketika pra haid, anda boleh mengambil suplemen kalsium dan zat besi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang dos yang sesuai.
Vitamin B6
Makanan yang diperkaya protein seperti ayam, ikan dan brokoli juga membantu untuk menentang masalah gemuk air.
Bersenam selalu
Berbincang dengan pakar ginekologi anda tentang senaman yang sesuai kerana ia meningkatkan perjalanan cecair dalam badan, sekaligus mengurangkan masalah kembung. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...