Pernah Hidup Susah Hingga Catu Makanan, TYA & ASYRAF Nekad Bantu Orang Ramai Jana Pendapatan

Hampir dua tahun lalu Tya Ariffin telah melancarkan perniagaan Jamu Mutyara bersama suaminya, Asyraf Khalid. Nampaknya usaha pasangan suami isteri ini tidak sia-sia dan kini boleh tersenyum bangga dengan hasil titik peluh mereka.

Menurut pasangan suami isteri ini, dugaan ketika mula-mula menjejakkan kaki ke dalam dunia perniagaan akan disimpan kemas dalam kamus hidup mereka. Cerita Asyraf tentang pengalamannya “Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah. Saya betul-betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang,” katanya.

Tambah Asyraf, isteri yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya. “Tya banyak melihat dan melalui kesukaran dalam hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.

Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.

Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak, diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung,” kata Asyraf penuh yakin.

Sejak dua tahun lalu juga, Asyraf dan Tya begitu optimis membangunkan perniagaan Mutyara ini. Jamu merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga Tya yang dikomersial.

“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan sama-sama berniaga jamu.

Sebenarnya nak buat bisnes ini ada banyak faktor untuk berjaya. Malah kalau ada yang nak saya bantu, diri ini berlapang dada untuk menerima mereka dengan tangan terbuka.

Niat saya adalah untuk membantu lebih ramai orang jana pendapatan sampingan. Lebih-lebih dalam keadaan semasa negara kita berdepan ujian penularan wabak COVID-19 hingga membuatkan ekonomi jadi tak menentu.

Kalau boleh buat pendapatan sampingan dari RM1,000 hingga RM5,000 sebulan pun kira okay saat ini. Tak kisahlah siapapun saya, diri ini mahu membantu lebih ramai orang menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal.

“Kita ada buat Business Opportunity Session secara online, untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Ayuh bersama kami demi menjana pendapatan ketika ramai yang terkesan dengan situasi semasa,” katanya

Pada 20 April nanti genap dua tahun ibu bapa kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini menerajui perniagaan ini. Sebagai pengasas bersama, Asyraf akui kadang-kadang berasa ‘kecil hati’ dengan pandangan sinis ketika mula meneroka dunia perniagaan dahulu.

Anak ketiga daripada lima beradik ini berasa sedikit kecewa apabila dilabel macam-macam terutama menggunakan pengaruh nama bapanya, ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) sebagai tiket untuk mencebur diri dalam perniagaan. Namun, baik Asyraf mahupun Tya kata-kata sinis tersebut bukan menjadi pematah semangat malah terus membakar semangat melangkah lebih deras dalam dunia perniagaan yang diceburi.

Selain Mutyara, Asyraf juga antara mastermind perniagaan jenama Kilafit diusahakan Kilafairy serta Jiwaku Kids menampilkan anak sulungnya, Arif Jiwa.

Share
Published by
Hamizatul Maizan