Inspirasi

Pernah Hidup Susah, Tinggal di Flat & Hilang Bapa Usia 15, Che Ta Jujur Kongsi Kisah Hidup

Setiap orang ada kisah tersendiri, pahit atau manis hanya tuan badan yang merasai. Begitulah yang diluahkan pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan yang pernah hidup susah, tinggal di kawasan flat serta dibesarkan ibu tunggal selepas kehilangan bapanya semuda usia 15 tahun sebelum mengecapi kemewahan seperti hari ini.

Mesra disapa sebagai Che Ta, wanita berusia 51 tahun itu juga mengakui bukan dilahirkan sebagai anak orang berada.

“Saya dilahirkan bukan daripada anak orang senang. Ketika arwah bapa meninggal dunia, saya baru berusia 15 tahun dan emak pula seorang suri rumah serta tidak pernah bekerja seumur hidupnya. Emak juga terpaksa buat pelbagai kerja termasuk bekerja di kantin sekolah dan arwah atuk yang menjaga kami adik beradik.

Dari situ, saya sudah tengok kesusahan emak bekerja keras untuk membesarkan kami tetapi emak tidak pernah minta bantuan orang lain pun,” katanya.

Instagram: @rozitachewan93

 

Namun tambah Che Ta, kehidupan mereka sekeluarga mula berubah apabila beliau bekerja sebagai pramugari dengan gaji mencecah RM5,000 sebulan.

“Ketika bekerja sebagai pramugari, saya juga berkahwin dengan juruterbang pada usia 20 tahun tetapi kami bercerai pada usia 30 tahun.

Selepas bercerai, saya tiada pekerjaan serta turun naik mahkamah ketika itu. Mujur, saya ada duit simpanan dan bila sudah menang kes baru saya dapat duit untuk bayar peguam,” katanya jujur.

Instagram @rozitachewan1

 

Instagram @rozitachewan1

 

Selepas episod gelap itu barulah Che Ta kembali dalam bidang modelling dan menceburi dunia lakonan demi mencari rezeki. Tambah Che Ta lagi, dia percaya lelaki akan lebih menghormati jika wanita ada pendapatan mereka sendiri.

“Saya juga berlakon pada usia yang agak lewat tapi tidak terlalu lewat untuk kita mulakan sesuatu kerana yang penting ada kemahuan.

Tapi sampai bila saya nak berlakon? Sebab itu saya buat pelbagai bisnes. Kalau anda suri rumah pun masih boleh buat bisnes dan menjana pendapatan,” katanya.

Instagram: @rozitachewan93

 

Che Ta berkongsi perkara itu pada sesi talkshow

Kemandirian Wanita bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, baru-baru ini.

Acara itu menyaksikan Ketua Penjenamaan dan Editorial Perkeso, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin selaku moderator dalam program yang berlangsung di pusat beli-belah, My Town Kuala Lumpur.

Terdahulu, majlis pelancaran kempen Fiesta Perkeso Membawa Senyuman disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal.

 

 

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/semoga-kuat-ramai-titip-semangat-bella-astillah-nekad-berpisah-dengan-aliff-aziz/

Share
Published by
Norzalina