MashaAllah, cantik dan manisnya Zizi Kirana bertudung! Mesti ramai lelaki ‘cair’ dan jatuh hati tengok penampilan sopan anak jati Sabah ini. Tidak kurang juga peminat perempuan yang kebanyakannya memuji wajah ayu Zizi tatkala mengenakan tudung. Serius, nampak lain dan sejuk mata memandang. Mungkin sudah tiba masanya penyanyi bersuara serak basah ini mengekalkan imej demikian.
Yang pasti, perubahan Zizi ini dibuat atas kehendaknya sendiri yang mahu tampil dengan imej sopan dan bertudung sepanjang 30 hari berpuasa. Jika tahun lalu Zizi mengenakan
hijab selain mahu menyahut cabaran Ramadan Hijab Challenge dari isteri penyanyi Noh Salleh iaitu Mizz Nina, tahun ini juga Zizi tetap mengekalkan imej sama. Menariknya, Zizi turut menyumbangkan suara dalam lagu nasyid ‘Ya Ayyuhan Nabi’. Sehingga kini, ia telah meraih hampir 50 ribu tontonan di YouTube.
https://www.instagram.com/p/CAAqKZ5J0tj/
Rata-rata peminat yang sudah mendengar lagu berkenaan memuji kelunakan suara Zizi selain menyifatkan penyanyi ini memiliki intonasi dan sebutan bahasa Arab yang baik. Sampai ada yang tidak percaya ia dinyanyikan oleh Zizi kerana menyangka lagu berkenaan adalah milik penyanyi Arab.
Meskipun sering tampil dengan imej seksi, penampilan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil pada bulan penuh keberkatan ini pastinya mendapat reaksi positif
peminat. Mula memakai tudung sejak awal Ramadan, Zizi sebelum ini pernah menjadi guru mengaji Al-Quran dan menjuarai program Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Negeri Sabah. Selain Zizi, antara selebriti lain yang turut mengenakan imej sama ialah Nur Fazura dan Mawar Rashid.
Bakat nyanyian Zizi Kirana mula dikenali ramai sejak menyertai program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) 7. Dia kemudian pernah bergelar anggota kumpulan The Fabulous Cats dan Nukilan Qarma Musiq sebelum kembali bergerak solo. Di samping aktif dalam industri muzik tanah air, anak sulung daripada 6 beradik ini juga berbakat dalam bidang lakonan.
Pernah membintangi drama, filem dan teater, lakonan mantap Zizi menyerlah ketika melakonkan watak dalam Cuti-Cuti Cinta, Hantu Bonceng, Bujang Sepah Lalalitamplom, La So Fa The Musical 1 & 2, Cinta Kapcai dan Pian Kena Balik Raya.
Moga usaha Zizi mendekati kebaikan seperti ini menjadi inspirasi kepada semua wanita dan kekal istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik kelak.
Foto: Instagram Zizi Kirana