Meskipun kelibat Wardina Safiyyah tidak lagi kelihatan di acara hiburan namun pesona dan bakat wanita ini yang pernah mewarnai dunia seni negara tetap diingati ramai khususnya dalam kalangan peminat. Ketika masih aktif bergelar anak seni, populariti Wardina pernah melonjak naik selepas dia memutuskan untuk berhijab.
Saat itu, figura ini menerima banyak tawaran lakonan dan iklan komersial hingga menjadi salah seorang selebriti inspirasi masyarakat dek kerana keanggunan dan peribadi yang baik. Kini, Wardina atau nama penuhnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.
Nama bintang Spanar Jaya ini kembali menjadi bualan hangat baru-baru ini selepas foto persandingan puteri sulung iaitu Amna Nafeesa bertebaran di media sosial. Kemunculan Wardina begitu dinanti-nantikan apatah lagi sejak dia berhijrah dan menetap di Australia.
Menerusi perkongsian foto rakan artis Wardina yang meraikan hari bahagia Amna di ibu negara, kelihatan graduan Psikologi tersebut tampil jelita dan awet muda! Kecantikan ibu berusia 45 tahun ini seakan tidak memudar.
Ads
Wardina sememangnya cukup bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik dan ‘murah’ dengan senyuman. Pada majlis itu, Wardina dan suami tampil sedondon dalam persalinan rona pastel mint.
Tidak terkecuali memeriahkan majlis Amna Nafeesa dan suami, Yusuf Guller ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kongsi Fadhlina, “Tahniah buat Amna dan Yusuf! Makcik Fadh rasa tua sangat bila Amna sudah berkahwin! Majlis resepsi bertukar menjadi majlis ukhuwah, menghimpun semula kekuatan sokongan serta saling memperkuat antara kami.
Gambar-gambar yang saya kongsikan ini adalah bukti ekosistem sokongan persahabatan yang telah lama dibina dalam pelbagai aspek termasuk empowerment, psikososial, multi ras dan kasih sayang merentas latar belakang masing-masing.
Entah mengapa ada kesayuan kerana bukan selalu kami dapat dihimpunkan dalam majlis sebegini. Seperti biasa, kawan-kawan mak pengantin lagi kecoh atas pelamin daripada pengantin. Semoga Allah menjaga kalian dalam lembayung rahmat dan hidayahnya.”
Ads
Seorang lagi kenalan Wardina ialah pengacara terkenal, Fedtri Yahya. “Lamanya tak jumpa Wardina, rakan penyampai MHI yang juga artis popular. Tahniah terima menantu. Tahniah mempelai Amna Ikhwan & Yusuf Gullèr.
Dalam pada itu, Fedtri turut memaklumkan Wardina pulang ke tanah air selama dua minggu.
Anak sulung Wardina Safiyyah, Amna Nafeesa sah bergelar isteri kepada Yusuf Guller pada 3 September 2023 di sebuah masjid di Australia.
Selain Amna, dua lagi anak personaliti popular ini ialah Azra Sareera dan Imran Arrazi. Wardina mendirikan rumah tangga dengan arkitek, Ikhwan Johari pada September 2002.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata kanak-kanak tidak matang dalam berfikir atau membuat keputusan. Walaupun baru sahaja berusia 10 tahun tetapi pasangan kembar yang mendapat jolokan ‘Kembar Paling Cantik Di Dunia’ ini berjaya membuktikannya dan merubah kehidupan keluarganya.
Pasangan kembar, Leah Rose dan Ava Marie ini bukan sahaja berjaya mempunyai pendapatan tinggi namun telah melakukan sesuatu yang mampu menyentuh hati setiap ibu dan bapa apabila telah menggunakan pengaruh media sosialnya untuk membantu merawat kesihatan bapanya.
Bapa kepada pasangan kembar ini, Kevin Clements yang berusia 39 tahun telah didiagnos leukimia dan limfoma. Tindakan yang dilakukan oleh pasangan kembar yang pernah menghiasi muka depan beberapa majalah terkemuka dunia ini membuatkan bapanya terharu. Dikhabarkan bahawa pembedahan tulang sum-sum bapa kanak-kanak ini telah berjaya dan kesihatan bapanya kembali pulih.
Keunikan sebagai pasangan kembar dari Los Angeles, Amerika Syarikat ini apabila dikurniakan wajah yang cantik membuatkan Leah Rose dan Ava Marie telah ‘disunting’ menjadi model seawal usia 6 bulan lagi.
Walaupun mereka telah mula mendapat pendapatan yang lumayan tetapi menurut ibu kepada pasangan kembar ini, Jaqi Clements anaknya tetap meneruskan persekolahan seperti biasa. Ibu kepada Leah Rose dan Ava Marie ini memastikan anak-anaknya tidak ponteng sekolah dan menguruskan jadual kerja hanya di waktu petang atau hujung minggu sahaja.
Kanak-kanak kembar ini tetap membesar seperti kanak-kanak lain. Jika tidak bekerja, mereka melakukan aktiviti harian seperti biasa seperti latihan renang, kelas tarian atau bermain dengan rakan dalam kawasan kejiranan.
Stigma memerah keringat anak-anak bekerja untuk kepentingan ibu bapa tetap dialami oleh ibu pasangan kembar ini. Namun, mereka terus positif dan terus melangkah ke depan demi merencana masa depan anak-anak tersayang. Abang kepada adik-beradik kembar ini, Chase Robert, turut melibatkan diri dalam dunia peragaan.
Foto: Instagram @clementstwins
*Tak perlu susah-susah keluar rumah kalau nak beli barangan penjagaan diri, klik sini saja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, hebatnya! Empat anugerah yang diterima tu bukan calang-calang. Selayaknya, digelar beauty with brain anak dara Raja Azura ni.
Baru-baru ini, Raja Azura atau panggilan mesranya Kak Engku berkongsi detik manis hari anugerah kecemerlangan anak bongsunya, Puteri Mia Maizura di Instagram.
Detik manis itu telah diabadikan dalam sebuah video berdurasi 1 minit 40 saat.
“Syukur alhamdullilah congrats Puteri Mia Maizura,” tulis Raja Azura di ruangan kapsyen.
Video tersebut memaparkan Puteri Mia Maizura yang merupakan bekas pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur berjaya meraih empat anugerah terbaik iaitu Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM 2022, Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Tokoh Bidang Teater, dan Anugerah Tokoh Murid 2022.
Masha-Allah, sejuk perut ibu mengandung. Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang wanita apatah lagi yang bergelar ibu tunggal apabila anak-anak berjaya dalam akademik.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, dan penyampai radio terkenal ini.
Bertuah anak-anaknya dikurniakan seorang ibu yang ceria dan penyayang. Didikan Raja Azura terhadap mereka juga adalah terbaik biarpun lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Lebih bermakna lagi, kejayaan anak bongsunya itu turut menjadi ‘hadiah’ paling istimewa buat Raja Azura sempena hari lahirnya yang ke-51 tahun.
“Terima kasih hadiah hari jadi Mama 18/8/2023,” luah Raja Azura.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat termasuk rakan-rakan artis menitipkan ucapan tahniah.
Semoga anak-anak Raja Azura terus berjaya di dunia mahupun akhirat seterusnya menjadi anak-anak yang berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Selain Puteri Mia Maizura (18), dua lagi anak Raja Azura ialah Megat Muhammad Raziq (21), dan Megat Luqman Haqim (20).
Untuk info, Raja Azura atau pemilik nama sebenar, Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin merupakan antara selebriti yang memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Perak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak terkenal dengan drama Melur Untuk Firdaus, nama Anna Jobling semakin meningkat naik. Bukan saja di Malaysia, namun aura serta kejelitaan Anna mendapat tempat di kalangan rakyat Indonesia dan Singapura.
Malah, peminat Anna Jobling turut terdiri dari pelbagai lapisan umur. Dari orang dewasa sehinggalah ke kanak-kanak, ternyata Anna Jobling adalah antara bintang yang makin menyinar dengan sikapnya yang sentiasa merendah diri dan pandai menjaga diri.
Dan baru-baru ini, media melaporkan pelakon, model serta bekas peserta Dewi Remaja ini mendapat perhatian ramai apabila dia meluangkan masa bertemu dengan seorang anak syurga, yang juga peminat Anna.
Menerusi hantaran Istagram @annaluvstory berkongsi gambar dan video Anna Jobling yang hadir menyantuni adik Sofia Humaira. Menerusi sumber, adik Sofia ada menyatakan hasrat untuk bertemu Anna semasa dia berada di ICU Hospital Besar Kuala Lumpur, namun hasratnya itu tidak kesampaian.
Lantas, Anna mengambil keputusan untuk menjumpa sendiri dengan adik Sofia sambil ditemani ibu bapanya. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, terserlah riak kegembiraan di wajahnya apabila hajat dapat bertemu dengan pelakon kegemarannya tercapai.
Rata-rata peminat yang melihat gambar dan video tersebut mendoakan kesihatan buat adik Sofia dan pada masa yang sama mengagumi tindakan pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!