Meriahnya majlis ulang tahun perkahwinan mentua Nia Ramadhani! Pasangan romantis yang menjadi inspirasi anak-anak ini selamat bernikah pada Disember 1973 dan genap menikmati kebahagiaan rumah tangga yang ke separuh abad baru-baru ini.
Berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ke-50 di media sosial, pelakon cantik Indonesia yang pernah popular menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah berkenaan melahirkan rasa syukur dan gembira atas kurniaan kasih sayang berpanjangan mentua tersayang.
Ujarnya, “50th anniversary of Mama dan Papa, Abu Rizal Bakrie. Semua berkumpul untuk merayakan keberhasilan dari 50 tahun yang pasti gak mudah, tapi berhasil dilalui sampai dengan hari ini.
Terima kasih papa mama sudah memberikan contoh bagaimana bisa terus berjuang dalam susah dan senang.”
Dalam majlis serba mewah dan indah itu, isteri Ardi Bakrie tersebut tampil anggun dalam persalinan lilac. Majlis sambutan ulang tahun perkahwinan itu bertemakan ala taman. Tak ubah macam majlis kahwin!
Istimewanya, anak-anak usahawan kaya tersebut turut menjemput penyanyi kumpulan Il Divo bertaraf antarabangsa untuk membuat persembahan.
“Alhamdulillah, bisa membantu mewujudkan yang mama papa pengen, iaitu bisa berkumpul bersama semua keluarga dan sahabat itu yang terpenting dan ditambah bisa menikmati Il Divo dalam perayaan 50 tahun perkawinan mereka.
Terima kasih ya Allah, sudah memberikan kami anak-anaknya kesempatan untuk terus bisa membuat dan melihat mereka bahagia.”
Tidak cukup itu, mentua Nia turut memilih untuk meraikan 1,000 anak yatim piatu yang berada di Jakarta, Bogor dan Kisaran. Patutlah rezeki melimpah ruah dan bahagia, mentua Nia Ramadhani ini mempunyai hati yang baik dan suka membantu.
Ads
Menelusuri latar belakang keluarga ternama ini, Aburizal Bakrie merupakan tokoh usahawan dan bekas menteri yang disegani di Indonesia. Lebih mesra disapa Ical, beliau berusia 74 tahun dan pernah menjadi orang terkaya di Indonesia pada tahun 2007.
Memetik laporan Forbes Asia, pengiktirafan itu diberikan kepada Aburizal Bakrie yang meraih kekayaan mencecah USD 5.4 bilion. Setahun kemudian, beliau mendapat gelaran orang terkaya Asia Tenggara pula daripada Globe Asia.
Difahamkan, nama Aburizal Bakrie menduduki carta 40 orang terkaya Indonesia selama enam tahun dan bapa kepada tiga orang cahaya mata berkenaan kembali mengungguli senarai orang terkaya Indonesia pada tahun 2009 dengan mencatatkan nilai kekayaan pada waktu itu meningkat daripada tahun sebelumnya mencecah USD 2.5 bilion.
Aburizal Bakrie mewarisi bakat perniagaan daripada bapanya iaitu Achmad Bakrie seorang pengusaha dari Lampung yang dikatakan mula berniaga roti, kopi, lada dan hasil bumi lain pada tahun 1942.
Aburizal Bakrie juga pernah menjawat tugas sebagai Menteri Koordinasi Bidang Perekonomian Republik Indonesia pada 2004 hingga 2005.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Tatty Murnitriati sejak tahun 1973. Hasil perkongsian hidup selama 50 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Anindya Novyan Bakrie, Anindhita Anestya Bakrie dan Anindra Ardiansyah Bakrie.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Canang kemewahan di media sosial, pempengaruh beri perspektif berbeza pada orang ramai. Hafiz dan Aina antara pempengaruh yang mempunyai pengikut ramai sehingga kini mempunyai legasi yang masih utuh dan mempunyai strategi tersendiri.
Bercerita tentang kehidupan seorang influencer yang kerap menayang kemewahan, Aina berpendapat bahawa zaman sekarang pendekatan yang berbeza berbanding dengan cara dia sendiri sebagai pempengaruh di peringkat awal dahulu.
Gaya Hidup ‘Mewah’ Influencer, Tarik Perhatian Orang Luar?
“Mereka mungkin telah diberi latihan dan pendekatan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki, malahan gaya hidup mereka juga penting untuk menarik perhatian orang di luar sana untuk mengikutinya, berbeza dengan pendekatan kami berdua dahulu,” ujarnya.
Manakala Hafiz mempunyai padangan yang berbeza, mereka ini terdiri dari dua golongan, bahawa influencer itu sendiri mungkin mempunyai kehidupan sebegitu dan kedua bergantung juga pada penerimaan orang sekeliling.
“Zaman sekarang tidak pernah lari dari kemewahan yang ditayangkan di media sosial, gaya hidup, travel, makan dan media sosial adalah salah satu platform yang mendidik generasi sekarang.
“Oleh itu kitalah yang berperanan mendidik masyarakat untuk lebih bijak menilainya,” tambahnya lagi.
Kekal Relevan Dalam Industri, Sebuah Proses Matangkan Diri
Hafiz antara lima calon top 5 Influencer Tergempak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 akui dia juga melalui proses memantangkan diri sebagai seorang pempengaruh.
Begitu juga mereka generasi baharu, dalam proses untuk berada peringkat yang mereka ingini, pelbagai strategi pemasaran di lakukan mengikut kehendak semasa.
Walaubagaimanapun perubahan itu akan berlaku setelah mereka sedar untuk berada untuk terus relevan di dalam industri pasti memiliki kebijaksanaan.
Proses ini juga mengajar mereka menjalaninya dengan jaya walaupun perjalanan kematangan itu tidak semuanya yang indah-indah berlaka.
Hafiz dan Aina gemar berkongsi cerita realiti sebenar kehidupan mereka, tidak pula ingin mereka di luar sana untuk mengikutinya seratus peratus.
Tidak terlepas dari kencaman pasangan ini tidak pernah melatah malah anggap itu satu pengajaran dan lebih berhati-hati dalam sesebuah perkongsian di media sosial.
Setelah berjaya menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan dan kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie ini lambang wanita sejati apabila menyentuh tentang hak kemanusiaan. Angelina Jolie lantang bersuara dan bertegas menegakkan hak-hak kemanusiaan.
Pemenang anugerah Academy Award for Best Supporting Actrees in 2000 ini hampir 2 dekad bekerja dengan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) telah menzahirkan rasa terima kasih kepada mangsa pelarian kerana banyak mengajarnya tentang erti hubungan sebuah keluarga dan kehidupan.
“Pada pendapat saya manusia berhak mendapat hak yang sama rata,” kata Angelina sempena World Refugee Day dan berharap pandemik COVID-19 ini segera dihapuskan kerana mangsa pelarian begitu terdedah dengan pandemik ini.
Sebelum ini, bekas isteri kepada aktor tampan, Brad Pitt ini telah menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus memberikan bantuan kemanusiaan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pelarian serta masyarakat tempatan yang sentiasa memberi sokongan dalam membantu mereka.
Angelina Jolie mula membuka matanya dengan krisis kemanusiaan apabila terlibat dalam filem Lara Croft: Tomb Raider pada tahun 2001. Filem box-office ini menyedarkan Angelina Jolie tentang kemiskinan yang berlaku di Kemboja. Kehidupan mewah yang ditempuh oleh Angelina Jolie ini tentang meyedarkan tentang kehidupan orang lain yang hidup dalam serba kekurangan.
Beberapa bulan selepas pulang daripada penggambaran di sana Angelina Jolie telah bersetuju untuk melawat beberapa khemah pelarian diseluruh dunia atas tiket United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).
Melihat komitmen yang tidak berbelah-bagi, Angelina telah telah dinamakan sebagai Duta Goodwill Ambassador oleh UNHCR di ibu pejabatnya di Geneva, Switzerland pada 27 Ogos, 2001. Angelina Jolie juga telah menyahut rayuan kecemasan UNHCR dengan menyumbang ASD $1 juta untuk tabung pelarian Afghanistan.
Bercerita tentang sisi peribadinya, pasangan yang pernah dikenali sebagai ikon pasangan romantis di Hollywood ini bercerai secara baik. Namun, selepas penceraiannya telah menghalang bekas suaminya, Brad Pitt dari berjumpa enam orang anak mereka, Maddox, 17, Pax, 14, Zahara, 13, Shiloh, 12, serta kembar Knox dan Vivienne, 10.
“Be an inspiration, not an imitation” begitulah ungkapan inspirasi dari pereka fesyen busana Muslimah terkenal dari Indonesia, Dian Pelangi. Satu nama yang suatu ketika dulu pernah mencetuskan fenomenanya dalam indusrti fesyen Muslimah bertaraf antarabangsa.
Dengan tahap pencapaian sebegitu maka tidak hairanlah figura berusia 30 tahun ini pernah dinobatkan sebagai 30 anak muda paling berpengaruh di dunia. Ketika itu usianya baru mencecah 28 tahun.
Dian Pelangi banyak menginspirasikan golongan wanita terutama yang berhijab. Kejayaannya dalam bidang fesyen bukan hanya mengharumkan nama negaranya sendiri bahkan trendnya menjadi ikutan wanita-wanita berhijab seluruh dunia.
Secara ringkasnya, kerjaya sebagai pereka fesyen bukanlah cita-cita sebenar Dian Pelangi sebaliknya memenuhi hasrat ibu dan bapanya. Pun begitu, dia tidak membantah sebaliknya berusaha untuk bergelar pereka fesyen demi membahagiakan kedua orang tuanya itu. Maka, Dian Pelangi memilih untuk bergelar pereka fesyen busana Muslimah.
Selain di Indonesia, Dian Pelangi turut meluaskan karya seninya dalam rekaan busana Muslim ke peringkat antarabangsa. Dian Pelangi juga sering menonjolkan diri di pentas-pentas fesyen terkenal. Wanita jelita ini bukan saja menjadi inspirasi bagi para Muslimah seluruh dunia bahkan berjaya membuktikan busana Muslimah tetap terserlah cantik dan trendy walaupun menutup aurat.
RESTU & DOA IBU BAPA Ternyata, perjalanan kariernya menjadi lancar dan sukses berkat doa serta restu ibu bapa yang mahu dirinya bergelar pereka fesyen. Dian Pelangi berjaya menemui bakat dan kebolehannya dalam bidang fesyen. Berani ‘mengasah’ kreativiti dan yang paling penting berani menjadi lain daripada yang lain. Harus ada keunikan dalam identiti tersendiri. Itulah Dian Pelangi.
Selain sukses di usia muda, Dian Pelangi juga aktif dalam aktiviti sosial. Dia menubuhkan komuniti Muslimah muda iaitu Hijaber Community yang aktif berkongsi tip untuk belajar agama Islam serta cara berhijab.
Ibu kepada seorang anak perempuan bernama Rumi, ini turut terkenal dengan rangkaian jenama Dian Pelangi Fashion iaitu Dian Pelangi Prive, Dian Pelangi Krama, Dian Pelangi Nom dan Dian Pelangi Men. Hebatnya!
Dian Pelangi kini bahagia dalam perkahwinan keduanya bersama suami tercinta, Sandy Nasution. Mereka bernikah pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang puteri yang sangat comel.
Kesimpulannya, wanita inspirasi seperti Dian Pelangi ini mempunyai kisah perjuangannya yang tersendiri sebelum temui kejayaan. Kisah yang memberi inspirasi yang positif kepada semua khususnya wanita.
Tidak perlu terkenal dan kaya untuk dianggap sukses dan menginspirasikan. Jadilah diri sendiri, sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan. Cipta kejayaan dan inspirasi positif versi anda sendiri.
Kredit Foto: Instagram Dian Pelangi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...