YAM TENGKU ZATASHAH

Keperibadian Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah sememangnya menarik perhatian rakyat. Beliau bukan hanya aktif menjayakan aktiviti pemuliharaan alam sekitar, membantu golongan kurang bernasib baik dan mengekang gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah. Malah cukup mengambil
berat isu pendidikan. Dikenali sebagai puteri diraja Selangor berjiwa penyayang dan gemar membaca, YAM Tengku Zatashah ketika sambutan Hari Guru yang lalu terbuka berkongsi sisi peribadi kepada masyarakat.

Ads

Siapa sangka, selain bergelar aktivis beliau juga pernah mempunyai pengalaman mengajar! Ujar Tengku Zatashah, “Dan kerana ia adalah Hari Guru, saya kongsikan memori ketika pertama kali melawat kanak-kanak di flat PPR. Saya berpeluang membacakan buku ilustrasi berkisar cerita rakyat Melayu kepada kanak-kanak di sini.

Mungkin ramai di antara anda yang masih tidak tahu yang saya sebenarnya merupakan guru Bahasa Inggeris bertauliah dan menerima CELTA (Cambridge Certificate in Teaching English To Speakers of Other Languages) dari British Council KL dengan high pass B. My course was to teach real students from beginners to intermediate level English and my own teachers would be evaluating me. One of the most interesting and rewarding experiences I’ve been through. Sadly, they no longer offer this course. Grateful I manage to do it. So, to all the teachers out there, I salute you!”

Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
YAM Tengku Zatashah
Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
Membaca buku untuk kanak-kanak ketika melawat flat PPR
Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!
Pelajar sekolah cukup dekat di hati puteri diraja ini

Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!

Tambah Tengku Zatashah lagi, “Saya sangat mengagumi usaha keras para guru dalam merancang pembelajaran, mencipta keseoronokan belajar dan melakukan latih tubi
bergambar untuk memberi motivasi kepada pelajar di samping menjaga setiap murid. Kepada semua guru di luar sana, terus memberi inspirasi dan motivasi kepada anak bangsa
terutamanya ketika lockdown ini, pasti ia bukan tugas mudah.

Saya suka menggunakan pendedahan mengajar anak-anak ini dengan memotivasikan mereka untuk rajin membaca dan gigih berusaha. Saya terangkan kepada mereka bahawa lagi banyak anda berusaha dan belajar bersungguh-sungguh, lagi banyak ganjaran yang akan diperoleh. Anak-anak ini menganggap guru mereka sebagai salah seorang insan penting dalam hidup mereka, dengar cakap mereka sebab motivasi guru inilah yang bakal memberi perubahan besar dalam hidup anda.”

Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!

Ads

Penglibatan Tengku Zatashah dalam badan kebajikan bukan lagi rahsia. Ada sahaja peluang untuk membantu golongan kanak-kanak, kurang berkemampuan dan warga emas pasti kelibatnya muncul dalam aktiviti kemasyarakatan sedemikian. Termasuklah pelindungan bagi hidupan liar dan laut yang kini diancam kematian akibat pencemaran.

Sebelum ini beliau pernah terlibat dan masih aktif menyertai kempen Zero Food Wastage, Women Empowerment, No Bully, dan Save Wild Life. Moga usaha murni Tengku Zatashah melindungi kebajikan semua pihak termasuk haiwan mencetus inspirasi kepada wanita lain untuk mengikut jejak langkah beliau.

Ads

Dalam pada itu, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan Covid-19 YAM Tengku Zatashah turut menghadkan pergerakan dan hanya duduk di rumah dengan menghabiskan masa membaca buku kegemaran beliau. Tanggal 12 Oktober lepas ialah ulang tahun keputeraan Tengku Zatashah yang ke-47. Tak sangka puteri diraja ini sudah meniti usia lewat 40an. Memang nampak awet muda! Mungkin sebab Tengku Zatashah sangat mementingkan gaya hidup aktif dan sihat.

Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah! Pernah Jadi Pendidik, TENGKU ZATASHAH Rupa-Rupanya Guru Bahasa Inggeris Bertauliah!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI