Gaya Hidup

Pernah Jadi Penyanyi Kumpulan Nasyid, BIENDA Kini Rancak Jual Pau & Jubah Wanita!

Tumpang gembira melihat bisnes pau yang diusahakan Bienda mendapat sambutan ramai. Pernah menjadi penyanyi kumpulan nasyid, Bienda bagaimana pun tidak segan berniaga di tepi jalan dan mencari pelbagai peluang rezeki halal demi kelangsungan hidup.

Selain rancak berniaga pau aneka perisa, Bienda juga menjual koleksi jubah dan busana wanita. Sampai hampir licin di pasaran. Alhamdulillah!

Kredit Instagram @biendalavienda
Kredit Instagram @biendalavienda
Kredit Instagram @papapau_jalankuching
Kredit Instagram @papapau_jalankuching

Sejak perniagaan pau viral sekitar tahun lalu, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali dilaporkan berkata Papapau diusahakan bersama suami tercinta iaitu Kamarul Zariman Abdul Rahman pada hujung Disember 2021.

Pau yang dijual selain gebu dan berinti penuh, terdapat pelbagai perisa ditawarkan termasuklah Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Kacang, Pau Coklat Beryls, Pau Kari Ayam Dara dan Pau Kari Daging Empuk.

Paling rare, perisa Pau Bolognese Mozarella Cheese dan Pau Carbonara Cendawan Subur.

Kredit Instagram @papapau_jalankuching
Kredit Instagram @biendalavienda
Kredit Instagram @biendalavienda

Akui wanita cantik dan anak kepada penyanyi Sheeda ini, gerai jualan mereka dikunjungi ramai sejak gambarnya menjual pau di tepi jalan bertebaran di media sosial.

Sebelum menjual pau, Bienda memang aktif berniaga dan pernah menjual tudung dan inner.

Malah dia juga tidak kisah berniaga di tepi jalan seperti yang diusahakannya bersama suami ketika ini. Asalkan produk yang dijual berkualiti dan sedap.

Bienda berkahwin dengan suaminya yang merupakan bekas penerbit sebuah stesen televisyen pada 10 Oktober 2009. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

 

Share
Published by
Suzi