Puteri Sirivannavari

Meniti usia 32 tahun, Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya merupakan satu-satunya Puteri Diraja Thailand yang menjadi kesayangan rakyat Negara Gajah Putih. Selain pesona wajah yang memikat… Puteri Sirivannavari mencerminkan teladan dan inspirasi terbaik dalam kalangan wanita Thailand apabila meraih pelbagai pencapaian membanggakan.

IKLAN

Meskipun bergelar anak raja dan boleh hanya duduk ‘goyang kaki’ menikmati gaya hidup mewah di istana, namun beliau enggan berbuat demikian. Sebaliknya puteri bertubuh tinggi lampai ini lebih selesa mendekati rakyat dan menjalani kehidupan seperti insan normal lain.

Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!Puteri Sirivannavari ialah puteri sulung hasil perkahwinan Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dengan isteri keduanya iaitu Sujarinee Vivacharawongse yang juga bekas aktres Thailand. Raja Maha Vajiralongkorn berkahwin dengan Sujarinee pada Februari 1994 dan mendapat restu Raja Thailand ketika itu, Raja Rama IX. Khabarnya perkahwinan tersebut tidak direstui bonda Raja Maha Vajiralongkorn iaitu Permaisuri Sirikit.

Bagaimana pun jodoh di antara Raja Maha Vajiralongkorn dan bekas anak seni berkenaan tidak berpanjangan yang akhirnya membawa kepada penceraian kerana Sujarinee dituduh curang. Ia sekaligus menyebabkan Sujarinee dilucutkan status diraja.

Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!Raja Maha Vajiralongkorn bersama ibunda Puteri Sirivannavari.

Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!

Pun begitu, Puteri Sirivannavari masih bergelar puteri diraja dan ternyata beliau disayangi ayahandanya yang kini menaiki takhta pemerintahan Thailand. Anak perempuan Sujarinee ini tidak hanya menjadi buruan media tempatan di sana bahkan beliau turut disayangi rakyat jelata yang ‘dahagakan’ perkembangan semasa beliau.

Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!Minat dalam bidang fesyen.

Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!

IKLAN

Percaya atau tidak, Puteri Sirivannavari aktif menceburi bidang sukan dan pernah memenangi pingat emas kategori badminton pada Sukan SEA 2005! Bukan hanya sukan badminton… beliau juga mewakili Thailand dalam sukan berkuda dan meraih pingat dalam Sukan SEA ke-29 pada tahun 2017 yang lalu.

View this post on Instagram

โฆษณาแห่งประวัติศาสตร์วงการขี่ม้า ทางช่อง CNN ของสมเด็จพระเจ้าลูกเธอ เจ้าฟ้าสิริวัณณวรี นารีรัตนราชกัญญา กับการแข่งขันกีฬาขี่ม้าชิงแชมป์เอเซียที่จะเกิดขึ้นเป็นครั้งแรกในภูมิภาคเอเชีย รายการ FEI Asian Championships Pttaya 2019 สมาคมกีฬาขี่ม้าแห่งประเทศไทยได้สิทธิ์ในการเป็นเจ้าภาพและจัดการแข่งขันขึ้นเป็นครั้งแรก ณ สนามแข่งขันขี่ม้าไทยโปโล แอนด์ อีเควสเทรี่ยนคลับ พัทยา ซึ่งการแข่งขันจะมีขึ้นในวันที่ 1-8 ธันวาคมนี้ The first historic equestrian TVC of HRH Princess Sirivanavari Nariratana Rajakanya to campaign and promote The 1st FEI Asian Championship Pattaya 2019 broadcasted on CNN. The first historic event “FEI ASIAN CHAMPIONSHIPS 2019” will be held at Thailand Polo & Equestrian Club Pattaya during 1 – 8 December 2019 www.acpattaya2019.com #Makinghistory #acpattaya2019 #FEI #Makinghistorytogether #sirivannavari #thaipoloclub #TEFthailand [Post by Admin team]

A post shared by 💛HRH PRINCESS SIRIVANNAVARI💛 (@welove_sirivannavari) on

Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!Pernah Menang Pingat Emas Sukan SEA, PUTERI DIRAJA THAILAND Ini Rupanya Atlet & Pereka Fesyen!

IKLAN

Seakan tidak puas dengan kecemerlangan dalam arena sukan, Puteri Sirivannavari juga sebenarnya penerbit kreatif dan pereka fesyen jenamanya sendiri iaitu Sirivannavari. Beliau pernah dijemput menghadiri pertunjukan fesyen jenama mewah antaranya Chanel, Elie Saab dan Pierre Balmain. Atas kejayaan itu, puteri kesayangan Raja Maha Vajiralongkorn ini turut telah beberapa kali menjadi wajah penghias majalah elit seperti Vogue, Elle dan Thailand Tatler.

 

 

Sumber: Style Magazine

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI