Pernah tak Nonarians teringin mencuba hidangan dari Sepanyol? Mungkin hidangan seperti churros sudah semakin dikenali tetapi Sepanyol menjanjikan pelbagai lagi hidangan hebat. Sempena cuti panjang perayaan Tahun Baru Cina ni, jom cuba resipi dari negara Sepanyol yang terkenal dengan hidangan Pealla ini. Apa kata anda mencubanya sendiri di rumah sebagai kejutan kepada ahli keluarga tanpa perlu berbelanja besar makan di restoran!Menu hebat ini telah disediakan oleh Shahrul Hasnidar Abdullah.
1.SEAFOOD PAELLA
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan minyak Zaitun
2 sudu besar bawang besar-cincang
1 sudu teh bawang putih-cincang
1 biji tomato- dadu
1 sudu kecil paprika
1 cawan beras pendek/ Arborio ricepinch of Saffron
1 ½ cawan stok ayam/ makanan laut panas
2 sotong-bersihkan dan hiris bulat
6 ekor udang Harimau-bersih dan tos
6 biji kupang-bersihkan
1 tangkai cili merah, buang biji dan potong memanjang
1/3 cawan kacang peas
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali paella. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan tomato cincang, paprika dan beras, gaul rata sehingga beras kelihatan berkilat kemudian masukkan stok ayam atau makanan laut. Masak sehingga mereneh.
Setelah air hampir kering masukkan pula cili, garam, kacau rata dan kecilkan api.
Akhir sekali masukkan udang, sotong dan kupang
Selepas beberapa minit, udang sudah bertukar warna merah jambu dan kupang terbuka, keluarkan dalam pinggang.
Sementara itu teruskan memasak nasi atas api kecil, tambahkan kacang peas tutup permukaan kuali dengan alumunium foil.
Bagi mendapatkan kesan berkerak tingkatkan kepanasan kuali seketika.
Masukkan semula makanan laut, tutup api dan biarkan selama 5-10 minit untuk memastikan paella tidak panas.
2.CHEESY CROQUETTES
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang –rebus dan lecek
3 sudu besar bawang dicincang
1 ulas bawang putih-cincang
10 hirisan pepperoni-cincang
2 sudu besar tepung
1 sudu kecil minyak zaitun
1/3 cawan susu
2 sudu teh daun pasli-cincang
Satu ketul keju Mozzarella-potong kiub kecil
Minyak untuk menggoreng
Garam dan lada sulah secukupnya
Sos Honey Mustard:
½ cawan mayones
2 sudu besar mustard Dijong
¼ sudu garam
1 sudu jus lemon
Secubit paprika
Bahan Salutan:
2 biji telur dipukul dengan 1 sudu besar air
½ cawing tepung
1cawan serbuk roti
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan pula pepperoni, gaul rata.
Diikuti tepung dan susu, kacau sehingga pekat.
Tuangkan dalam kentang lecek.
Tambah pasli, garam, lada sulah dan kiub keju Mozzarella.
Bentukkan doh bulat-bulat, kemudian golekkan dalam tepung, kemudian celup dalam telur dan sekali lagi golekkan dalam serbuk roto.
Panaskan minyak dan goreng atas api sederhana hingga keperangan.
Untuk menyediakan sos: Campurkan semua bahan, gaul rata dan hidangkan bersama Cheesy Croquettes.
3.SEPANYOL STREET CHURROS
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
¼ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 cawan tepung pelbagai guna
3 biji telur3/4 cawan air
Minyak untuk menggoreng
Bahan Tabur:
1/3 cawan gula halus
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
Campurkan gula dan kayu manis ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Masukkan mentega, air, gula dan garam dalam periuk, masak hingga mentega cair dan air mereneh.
Perlahan-lahan masukkan tepung dan Tutup api.
Gaul rata sehingga membentuk doh lembut.
Pindahkan adunan dalam bekas lain dan biarkan sejuk sedikit.
Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan hujungnya ada acuan churros, tiga bintang.
Paipkan dalam minyak satu persatu di setiap bahagian kuali sepanjang 6 inci.
Goreng selama sehingga perang keemasan dan ranggup.
Setelah selesai menggoreng dan churros sejuk baru taburkan campuran gula dan kulit kayu manis.Hidangkan bersama sos yang anda suka. Atau boleh dimakan begitu sahaja.
4.PATATAS BRAVAS
BAHAN-BAHAN:
Kentang Bakar:
2 biji kentang besar- cuci bersih
Sedikit minyak zaitun
Garam secukup rasa
Bahan Tumis:
2 sudu besar minyak zaitun
1 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar cuka epal
1 sudu kecil paprika salai
Sedikit serbuk cili
1½ sudu besar mayones
CARA MEMASAK:
Kentang yang telah dibersihkan, hiris bulat, gaulkan dengan garam dan minyak Zaitun.
Bakar hingga kentang bertukar keperangan.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan semua bahan sos ke dalamnya kecuali mayones.
Kacau rata sehingga tumisan naik bau.kemudian masukkan kentang bakar dan mayones.
Matikan api dan gaul rata. Sedia dihidang.
Terima kasih: Majalah RASA
This website uses cookies.