Pernah Sambung Belajar Bidang Perakaunan Tapi Separuh Jalan, Rezeki DR MALAR Kini Bergelar ‘Health Influencer’ Tersohor

“Dengan anugerah ini, datangnya tanggungjawab yang besar. Saya berjanji dan bertekad akan berikan yang terbaik untuk anda semua sebagai Health Influencer. Saya ingin dedikasikan anugerah ini kepada semua suri rumah, seperti Mak saya.”

Penampilan anggun Dr Malar pada acara Nona Superwoan Award 2022 baru-baru ini. (Kredit: FB Celoteh Dr Malar)

Itulah luahan kata-kata yang telah dimuat naik oleh ‘health influencer’ terkenal, Dr Malar atau nama sebenarnya Dr Malar Santhi Santherasegapan di akaun Facebooknya baru-baru ini.

Kredit: FB Celoteh Dr Malar.

 

Ruangan komen turut dihujani ucapan tahniah daripada para pengikutnya. Ada juga yang memuji penampilan Dr Malar yang sangat ‘gorgeous’ pada malam Nona Superwoman Award 2022.

Kredit: FB Celoteh Dr Malar.

Menyingkap detik mula dikenali, penerima Nona Health Influencer Award 2022 ini mula menjadi perhatian ramai ketika pandemik COVID-19. Ketika itu Dr Malar menjadi sumber informasi kepada rakyat Malaysia antaranya berkaitan vaksin.

Kredit: FB Celoteh Dr Malar.

Selain penyampaiannya yang bersahaja, Dr Malar juga fasih berbahasa Melayu ketika berkongsi informasi berkaitan perubatan sehingga membuatkan ramai yang terpegun.

Platfotm ‘Celoteh Dr Malar’ berjaya menaikkan nama ibu dua anak kelahiran Kuantan, Pahang ini.

Bersama suami dan anak-anak tersayang. (Kredit: FB Celoteh Dr Malar).

PERUBAHAN BESAR
Bergelar seorang doktor dan pada masa sama menjadi influencer pastinya memberi perubahan besar dalam kehidupan Dr Malar.

“Sejak ramai yang kenal, ke mana-mana saya pergi mesti ada orang yang tegur dan ajak bergambar.

“Mula-mula memang kekok tetapi sekarang saya dah matang sedikit walaupun masih banyak lagi yang perlu saya belajar” kongsi pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Kuala Lumpur ini.

Dr Malar pernah menyambung pengajian dalam bidang akaun namun separuh jalan kerana lebih berminat dengan bidang perubatan.

Besar pengorbanan dilakukan keluarganya demi merealisasikan cita-cita Dr Malar untuk bergelar seorang doktor.

Kredit: FB Celoteh Dr Malar.

“Saya mahu menjadi seorang doktor kerana lebih selesa bekerja dengan manusia. Dapat kenal ramai orang dari pelbagai latar belakang.

“Kerjaya ini nampak macam seronok tetapi banyak pengorbanan perlu dilakukan dari segi masa dan hal peribadi,” luah Dr Malar yang turut meminati kerjaya peguam.

IBU SEBAGAI PENDORONG
“Ibu kandung dan ibu mentua adalah dua superwomen dalam hidup saya. Ibu saya selalu pesan, wanita kena ada financial independence.

“Ibu sentiasa menjadi penyokong tegar saya.kerana tidak pernah missed menonton video-video saya termasuklah Live. Selalunya ibulah orang pertama yang akan Like.

Kredit: Penulis

“Untuk ibu mentua pula, saya berterima kasih dan bersyukur kerana melahirkan seorang lelaki yang terbaik buat saya.

“10 tahun perkahwinan, ibu mentua tak pernah masuk campur arau menghalang saya dalam apa jua perkara. She is the best mother-in-law,” ujar Dr Malar yang berusia 38 tahun.

NASIHAT BUAT WANITA
“Untuk wanita berkerjaya khususnya yang bergelar isteri dan ibu uruskanlah masa dan tanggungjawab anda dengan baik. Minta bantuan kalau tidak mampu buat sesuatu perkara.

“Always ask for help contohnya suami, adik-beradik, ibu, ibu mentua, jiran tetangga, rakan sekerja, sahabat dan sesiapa sahaja pada bila-bila masa,” ujar Dr Malar yang berhasrat untuk memiliki program bual bicaranya sendiri kelak.

Baca artikel penuh dalam edisi istimewa NONA SUPERWOMAN 2022 yang sudah pun berada di pasaran. Dapatkannya sekarang!

Penulis & Penyelaras: AMY MOHD
Foto: ASFARINA
Solekan & Rambut: EMMIE LEE
Tajaan Lokasi: THE QING KUALA LUMPUR
Tajaan Busana: THALIA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad