Baru- baru ini, heboh di alam maya memperkatakan tentang kewujudan telekung yang mana harganya mencecah ribuan ribu ringgit. Telekung yang dipakai semasa sujud pada Allah SWT itu sememangnya perlu berada dalam keadaan bersih tatkala digunakan semasa berdepan dengan Tuhan. Soal harga mahal ataupun murah sebenarnya terlalu subjektif untuk diperkatakan.

Pernah Sedekah Seluruh Stok Telekung Ketika Banjir Besar Kelantan 2014, Kini HALIZA MAYSURI Kembali Aktif Bisnes Telekung Jenama Sendiri!

Ads

 

Baru-baru ini, pengusaha BAWAL EXCLUSIVE, Haliza Maysuri melebarkan sayap perniagaannya dengan pembukaan butik Telekung Haliza Maysuri yang terletak di Bandar Bukit Puchong, Selangor.

Pernah Sedekah Seluruh Stok Telekung Ketika Banjir Besar Kelantan 2014, Kini HALIZA MAYSURI Kembali Aktif Bisnes Telekung Jenama Sendiri!

Menjengah laman Instagram miliknya, dalam tempoh 5 jam pembukaan rasmi butik berkenaan, jualan berjumlah ratusan ribu ringgit berjaya diperolehi hasil pembelian telekung oleh para pelanggan yang hadir pada hari pembukaan rasmi butik tersebut!

“Rezeki yang tidak disangka-sangka. Ini adalah penangan viral tempoh hari. Bila kita positif dan sentiasa melihat dari sudut yang berbeza, pasti kita akan terus pandang ke hadapan. Kesannya, bukan sahaja pelanggan dari Malaysia yang mengunjungi ke butik pada awal pembukaan malah pelanggan dari Brunei dan Singapura juga turut menghadirkan diri,” ujar Haliza Maysuri yang ditemui secara eksklusif oleh Majalah NONA baru-baru ini.

Rupanya, perniagaan menjual telekung bukanlah sesuatu yang baharu buat dirinya.

“Sebenarnya saya mula berniaga telekung sejak 20 tahun yang lalu. Pada ketika itu, telekung yang saya keluarkan sudah mempunyai pelanggan VVIP yang terdiri daripada kerabat, kenamaan dan usahawan. Bermula tahun 2014, saya mula fokus  menjual tudung Bawal Exclusive kerana pada tahun tersebut ia mula mempunyai cawangan di seluruh Malaysia,” ujarnya memulakan bicara.

Pernah Sedekah Seluruh Stok Telekung Ketika Banjir Besar Kelantan 2014, Kini HALIZA MAYSURI Kembali Aktif Bisnes Telekung Jenama Sendiri!

Menurutnya lagi, kejadian banjir di Kelantan ketika itu menjadi titik tolak mengapa dia memperlahankan seketika perniagaan berasaskan telekung.

“Kebetulan pada masa itu Kelantan dilanda banjir. Seluruh stok telekung di butik saya sedekahkan kepada mangsa banjir. Semasa itu saya pejam mata dan sedekahkan telekung tersebut tanpa mengira harga  di mana ada di antaranya  berharga ratusan ke ribuan ringgit.

Walaupun memberi tumpuan terhadap jualan tudung Bawal Exclusive, saya tetap mengeluarkan telekung untuk saya jadikan hadiah dan hamper untuk saya hadiahkan kepada rakan-rakan sempena bulan Ramadan dan sebagai hadiah hari lahir buat pelanggan-pelanggan tetap.”

Menurut Haliza lagi, penangan Covid juga menjadi salah satu asbab mengapa perusahaan telekung kembali dihidupkan tatkala melihat stok telekung yang banyak untuk persiapan bulan Ramadan untuk dijadikan hamper terpaksa dihentikan seketika.

Ads

“Saya mendapat idea untuk memuat naik gambar-gambar telekung di Instagram saya. Saya cuba memaparkan gambar-gambar telekung yang ada IG Story saya dan mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Ini kerana pada ketika itu personal IG saya tidak aktif.

Pernah Sedekah Seluruh Stok Telekung Ketika Banjir Besar Kelantan 2014, Kini HALIZA MAYSURI Kembali Aktif Bisnes Telekung Jenama Sendiri!

Walaupun harga mencecah ribuan ringgit iaitu RM1200 yang paling murah kerana telekung tersebut saya hasilkan untuk dijadikan hadiah, tetap laku sehingga habis licin. Hasil dari muat naik gambar tersebut, saya dapat membayar gaji pekerja yang bernilai ratusan ribu ringgit sebulan,” ujarnya yang memanfaatkan stok yang ada untuk memastikan kebajikan kakitangannya terpelihara.

Pernah Sedekah Seluruh Stok Telekung Ketika Banjir Besar Kelantan 2014, Kini HALIZA MAYSURI Kembali Aktif Bisnes Telekung Jenama Sendiri!
Selepas dari jualan itu, saya terfikir sepasang telekung yang mahal pun boleh terjual hanya berniaga semata-mata di alam maya, apakan lagi jika ada butik khas untuk telekung
Dari situ tercetuslah idea untuk membuka butik.

Walaupun menerima kecaman demi kecaman dek kerana menjual telekung pada harga ‘kayangan’, namun bagi wanita bergelar usahawan ini dia tidak melihat kecaman sebagai sesuatu yang melemahkan dirinya dan memandang ia dari sudut positif.

Ads

Telekung Haliza Maysuri mempunyai lebih kurang 40 rekaan  dan corak dan harga sepasang telekung bermula dari serendah RM280 sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sepasang. Lebih membanggakan, Telekung Haliza Maysuri telah mendapat trademark yang telah diperakui dari MyIPO.

Pernah Sedekah Seluruh Stok Telekung Ketika Banjir Besar Kelantan 2014, Kini HALIZA MAYSURI Kembali Aktif Bisnes Telekung Jenama Sendiri!

Ketika ditanya mengenai keistimewaan telekung keluarannya, Haliza berkata ia hanya menggunakan material yang berkualiti tinggi serta bertatahkan kristal Swarovski. Selain itu, ia diperinci dengan  keindahan sulaman/lace telekung yang berkualiti tinggi.

Walaupun baharu sahaja dibuka awal tahun ini, Telekung Haliza Maysuri mempunyai perancangan terperinci untuk mengukuhkan lagi jenamanya di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pernah Sedekah Seluruh Stok Telekung Ketika Banjir Besar Kelantan 2014, Kini HALIZA MAYSURI Kembali Aktif Bisnes Telekung Jenama Sendiri!

“Saya mengimpikan untuk mempunyai gedung sendiri di mana di dalam gedung tersebut saya akan menjual bukan sahaja telekung malah pakaian umrah dan haji. Selain itu,  InsyaAllah tudung Bawal Exclusive bakal menembusi pasaran United Kingdom tidak lama lagi.

Bagi telekung jenama Haliza Maysuri pula, saya merancang untuk meluaskan pasaran ke luar negara sebaik sahaja saya berjaya memiliki gedung sendiri. Perancangannya mungkin ke Brunei dan Singapura kerana ramai pelanggan setia berasal dari sana,” ujarnya menutup bicara.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI