Pernah Terpilih Ke Pentas ‘Runway’ Dior SHIKIN GOMEZ Model Malaysia Bertaraf Dunia

Siti Nurfashikin Faisal Gomez atau nama pentasnya Shikin Gomez mula mendapat perhatian setelah bergelar Naib Juara Asia’s Next Top Model (AsNTM) musim ke lima.

Wanita berusia 30 tahun dengan ketinggian 177 sentimeter yang berketurunan Melayu-India ini juga merupakan pemenang Malaysia Supermodel Search 2015 anjuran Amber Chia Academy Sdn Bhd.

Namanya pernah tular di media sosial apabila terpilih untuk catwalk

di pentas fesyen jenama terkemuka dunia iaitu Dior di Mumbai, India.

Sebelum ini supermodel terkenal Malaysia, Tengku Azura pernah membanggakan negara apabila menjadi wajah Asia pertama yang dipilih oleh Dior untuk menjadi model mereka di Asia sekitar tahun 2000 hingga 2001.

Semestinya, Shikin sendiri menjadikan Tengku Azura dan Tinie sebagai inspirasinya untuk terus melakar kejayaan dalam bidang peragaan.

Menerusi satu hantaran yang dikongsi di Instagram Story miliknya, Shikin meluahkan perasaan bangganya apabila terpilih untuk membuat pertunjukan fesyen yang berlangsung di antara lokasi paling ikonik di India iaitu di The Gateway Of India.

“Mumbai adalah lokasi pertama saya ditempatkan selepas tamat pertandingan Asia’s Next Top Model dahulu.

“Dengan berada di sini, mewakili Malaysia saya rasa sangat rendah diri, bangga dan gembira kerana menjadi sebahagian daripada sejarah,” kongsi Shikin yang meminati rekaan Fizi Woo, Rizman Ruzaini dan Wanpa.

Dalam hantaran yang sama, Shikin turut berterima kasih kepada agensi model yang diwakilinya termasuk suami, ahli keluarga serta teman-teman rapat yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.

ISTERI USAHAWAN
Shikin memilih usahawan sukses, Rami Aladdin sebagai suami. Mereka berkenalan pada Jun 2020 dan mengikat tali pertunangan pada Oktober 2021.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 2022. Majlis diadakan secara eksklusif di sebuah hotel yang terletak di Langkawi.

Semoga Shikin Gomez terus membanggakan negara di pentas dunia.

Kredit Foto: Instagram Shikin Gomez

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Amy Mohd