Kita selalu mengeluh tentang pekerjaan dan ramai juga yang merungut tentang hasil pendapatan yang tidak setimpal. Namun Ryan bukan seperti kebanyakan orang.
Kanak-kanak ini adalah bintang Internet paling popular yang menjana $11 juta setahun dengan hanya mengulas tentang alat permainan di YouTube. Berapa usia Ryan? Dia hanya seorang kanak-kanak 6 tahun.
Forbes menyenaraikan kanak-kanak ini sebagai individu ke-8 menerima bayaran YouTube tertinggi tahun lalu selepas menjana $11 juta sebelum cukai.
Menurut laporan The Guardian, 20 daripada 100 saluran paling utama di YouTube memfokuskan tentang barangan permainan dengan keseluruhan 4.5 juta tontonan sebulan. Ryan juga merupakan salah seorang penonton lain sebelum itu.
Ryan memulakan saluran YouTube Ryan ToysReview pada Mac 2015 ketika umurnya 4 tahun. Semenjak itu, dia berjaya mengumpul banyak penonton hingga mencecah 10 juta pelanggan.
Video Ryan bertajuk Giant Egg Surprise pernah tular dan ditonton sebanyak 800 juta kali di YouTube. Kini kerana populariti tersebut, ibu Ryan iaitu Loann, seorang bekas guru Sains sanggup berhenti kerja demi menjaga akaun anaknya secara sepenuh masa.
“Ini adalah cara terbaik untuk kami meluangkan masa bersama-sama sebagai satu keluarga.
Lagipun Ryan suka membuat video dan setiap kali kami memberitahu ingin merekod aksinya, dia akan teruja!” ujar ibu Ryan. Walau bagaimanapun, kedua ibu bapa Ryan enggan mendedahkan profil mereka dengan terperinci sebagai menjaga privasi Ryan yang masih kecil. Norzalina Mohd Alias
This website uses cookies.