Karakter Raline Shah yang mesra dan lucu membuatkan sesiapa sahaja yang pernah bekerjasama dengannya berasa senang. Mula membina nama di pentas ratu cantik pada tahun 2008, percaturan Raline menyertai Pertandingan Puteri Indonesia nyata berbaloi kerana dia kini berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Tidak hanya dikagumi kerana rupa paras cantik, pemilik nama Raline Rahmat Shah ini juga bijak orangnya.
Hadir dengan gaya elegan ketika sesi fotografi penghias Nona baru-baru ini, Raline tiba dengan senyuman dan aura mempersona.
Meniti usia 39 tahun, jelitawan Indonesia berkenaan akui teruja setiap kali berkunjung ke Malaysia yang diibaratkan seperti rumah keduanya apatah lagi mempunyai susur galur keluarga berketurunan Melayu.
Tidak hairanlah Raline fasih berbahasa Melayu. Mengulas lanjut latar belakang keluarga, bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan membuka bicara.
Koleksi Foto Majalah Nona / Busana : Khoon Hooi / Lokasi: Commune KL
KELUARGA
“Datuk saya orang Melaka dan tinggal di sana selama tujuh tahun. Selepas itu datuk bekerja di Singapura dan nenek saya orang Johor. Jadi mereka berpindah ke Singapura untuk bekerja. Bila sudah bersara, mereka mahu tinggal di Johor Bahru.
Setelah datuk bersara, dia hendak jadi orang Malaysia sebab katanya dia lahir di Malaysia dan nak meninggal di sini. Datuk sangat bangga menjadi orang Malaysia dan saya juga sangat bangga ada keturunan orang Melayu dan Malaysia.
Sampai sekarang pun saya masih berhubung dengan kawan-kawan di sini dan pernah bersekolah di Malaysia. Tahun 1998 saya pindah ke Johor Bahru dan bersekolah di Kolej Tuanku Ja’afar for my A Level. Pendek kata, bagi saya pergi KL ini seperti pulang ke kampung,” dedahnya yang menggemari hidangan Laksa Johor.
Pernah membintangi filem produksi Malaysia dan Indonesia iaitu Polis Evo 2 pada tahun 2018, Raline merupakan personaliti berdisiplin dan bercita-cita tinggi dalam karier seni. Buktinya, usahawan ini nekad mencari potensi diri dan berusaha menjadi anak seni berkualiti di mata dunia.
Ads
“Saya baru selesai belajar di Amerika Syarikat untuk komedi dan lakonan drama demi memperbaiki keupayaan seni lakonan dan suara. Semua ini saya buat kerana saya mahu pergi ke peringkat antarabangsa. Bukan hanya tertumpu di Amerika tetapi juga luar Indonesia.
Misalnya di Asia kerana negara-negara Asia juga banyak peluang dan potensi untuk bekerjasama. Kalau di Malaysia pun apa salahnya. Apa lagi Malaysia dan Indonesia juga berjiran.
Setakat ini ada dua skrip yang tengah diperjuangkan. Ia sesuatu yang menyeronokkan sebab saya dah sekian lama tidak berlakon filem Indonesia jadi ia pastinya menjadi tahun yang bermakna buat saya.
Jika diberi peluang, saya teringin melakonkan watak komedi. Bagi saya art film di Malaysia juga sangat bagus dan pengarah di sini berbakat besar,” ulas Raline mengenai perancangan seni.
Koleksi Foto Majalah Nona / Busana : Khoon Hooi / Lokasi: Commune KLKredit: Instagram @ralineshah
AKTIVIS
Tidak sekadar aktif mengemudi kerjaya seni ke peringkat global Raline juga memanfaatkan populariti yang diraih untuk berbakti kepada masyarakat khususnya golongan memerlukan. Difahamkan graduan National University of Singapore ini minat menceburi misi kebajikan daripada ibu tersayang, Roseline yang aktif dengan kerja advokasi.
Sepanjang pembabitan sebagai anak seni, Raline turut dikenali sebagai aktivis kemanusiaan dan bergelar pengasas rumah kebajikan Rumah Harapan Indonesia dan Yayasan Tunas Bakti.
Ditanya impian sekiranya tidak menjadi selebriti, Raline dalam nada tegas menyuarakan hasrat hati.
“Saya nak buat banyak charity. Saya nak educate young women terutama yang tiada opportunity atau pernah didera untuk berdikari dan mencari potensi serta bakat mereka agar dapat kehidupan lebih baik.
Rumah Harapan Indonesia ini menjadi rumah singgahan untuk kanak-kanak bawah usia 16 tahun yang sakit kronik. Kami beri rumah untuk mereka dari kampung ini yang datang ke bandar untuk mendapatkan rawatan di hospital dan tidak ada tempat untuk mereka berteduh sepanjang tempoh itu. Juga memberi mereka kemudahan pengangkutan dan makanan.
Banyak insiden menyentuh hati di sini dan saya boleh lihat kekuatan kaum ibu ini menghadapi anak-anak yang sakit. Mereka bukan saja harus jaga anak tetapi uruskan suami di rumah. Saya sendiri saksikan ada di antara penghuni rumah ini meninggal dunia.
Sebetulnya yang membuat hidup kita ini panjang dan bahagia ialah community building and having each other dan kita perlu tahu bahawa kita tak sendiri di dunia ini. Ada orang mahu bantu dan Allah itu ada,” ungkapnya mengakhiri perbualan.
Konsep: KIFFY RAZAK
Ads
Teks: SUZIANA ABU DAUD
Pembantu penyelaras: NORZALINA MOHD ALIAS
Foto: REMY OTHMAN
Video: REMY OTHMAN & MUHD QAAF
Busana: KHOON HOOI
Solekan: TIAR ZAINAL
Dandanan: HAIR BY LALA
Lokasi: COMMUNE KL
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berapa lama masa anda ambil untuk mandi? Kebiasaannya, wanita mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi untuk menyegarkan badan dan membersihkan diri daripada sebarang kotoroan. Bahkan, ada sesetengah orang menganggap, lagi lama anda mandi lagi bererti lagi bersih. Sementara, orang yang mandi cepat selalu dianggap sebagai pengotor.
Meskipun orang yang mandi cepat selalu dianggap sebagai seseorang yang kurang menjaga kebersihan dan kesihatan, tetapi sebenarnya mandi dalam waktu yang lama boleh mengakibatkan kulit kering.
Menurut Pakar Dermatologi dari Metairie, Louisiana AS, Dr Patricia Farris berkata, apabila umur meningkat, kelenjar minyak lebih terbuka menjadikan kelembapan kulit lebih cepat hilang. Justeru, beliau menyarankan individu tidak mandi terlalu lama iaitu melebihi 10 minit agar kerosakan pada kulit dan rambut tidak berlaku.
Selain elak mandi terlalu lama, ini beberapa tip lain yang boleh mengekalkan kelembapan dan kesihatan kulit ketika berada di kamar mandi.
1. LAP KULIT DENGAN TUALA LEMBUT
Mengesat kulit selepas mandi akan menyebabkan tekstur kulit yang lembut dan mengelupas. Cara terbaik adalah dengan menggunakan tuala lembut dan gebu untuk mengelap badan dan cari tuala yang serap air lebih cepat.
2. GOSOK KAKI
Lakukan aktiviti menggosok badan termasuk membersihkan mengering kaki setiap hari. Gunakan sabun yang lembut dan gosok sehingga celah jari. Tip ini bukan saja membantu untuk menghilangkan bau kaki tetapi juga mampu untuk mengelakkan jangkitan kuman pada kulit.
3. JANGAN TINGGALKAN SPAN BASAH
Jangan tinggalkan span basah dalam bilik air. Hal ini kerana span basah yang ditinggalkan dalam bilik air akan menggalakkan pembiakan bakteria dan terus hidup di sel kulit mati yang ada pasa span berkenaan. sebaiknya, gantung dan keringkan span selepas digunakan untuk mengekalkan kebersihannya.
4. SYAMPU DAN SABUN
Pasti tak sah kan kalau mandi tak sabun seluruh badan dan cuci rambut dengan syampu kegemaran? Kalau boleh hari-hari nak syampu dan sabun badan tu sampai berjam lamanya. Namun, ramai pakar penjagaan kecantikan tidak menyarankan untuk anda membasuh rambut setiap hari. Cukup dengan hanya dua hingga tiga kali seminggu bagi mengekalkan pengeluaran minyak secara semulajadi yang dapat mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu elak daripada menggunakan sabun yang mempunyai bahan kimia tinggi kerana ia akan menyebabkan gatal dan iritasi pada kulit.
5. MANDI DENGAN AIR PANAS
Mandi dengan air panas sangat bagus ketika ingin membersihkan bada kerana suhu air yang panas boleh membunuh kuman. Ia juga membantu untuk mengekalkan kebersihan diri yang lebih baik selain untuk merehatkan otot badan yang keletihan selepas seharian bekerja.
Jadi, cukup lah sekadar mandi untuk menyegarkan badan dan membersihkan kulit daripada kotoran agar kerosakan pada kulit tidak berlaku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rahsia kulit wajah halus bak telur dikupas terungkai dengan pembongkaran ini. Segalanya bermula dari kulit yang lembap, basah dari dalam. Jika kurang air, maka kulit akan kering dengan sendirinya sekaligus membuatkan ia kusam serta bermasalah.
(a) Serum kembalikan lembapan kulit
Amalan menyapu krim pelembap setiap malam sebelum tidur sememangnya diakui baik untuk kecantikan. Namun, kini sudah tiba masa menukar rutin harian itu.
Sapu serum sebelum tidur demi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul lebih kecil lantas menyalurkan nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap.
Bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit kering, malah serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur.
(b) Krim tabir suria sebagai perisai kulit
Sinar matahari memang baik untuk kesihatan kerana merangsang tubuh menghasilkan vitamin D. Namun, ada sisi lain jika terlalu terdedah kepada sinar matahari tanpa perlindungan. Ia boleh mengundang kesan buruk kepada kesihatan kulit.
Justeru, lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih.
Kadar tersebut menunjukkan tahap efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra. Kesan cahaya matahari bukan sahaja menghilangkan lembapan kulit malah merangsang jeragat dan noda hitam.
(c) Losen tubuh sebagai pelindung
Kebanyakan wanita memilih losen badan tanpa mengetahui fungsinya. Ada yang memilih losen hanya semata-mata gemar aroma yang tercipta. Fungsi sebenar losen adalah memberi lembapan di bawah kulit. Pastikan losen yang dipilih berkualiti dan mampu memberi kelembapan sebenar kepada kulit dalam tempoh yang lama.
(d) Teh hijau kekal lembapan kulit
Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoksifikasi tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit. Kandungan antioksidan yang tinggi pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.
(e) Pengelupasan pelihara kulit
Sebagai seorang wanita yang menjaga kecantikan diri perlu peka tentang kelembapan kulit sendiri. Lakukan rawatan pengelupasan dengan lulur yang berasaskan minyak. Ini boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan membantu memelihara kondisi kulit agar tetap dalam keadaan lembap. Kulit wajah yang lembap kunci wajah yang lebih muda.
(f) Bedak asas bantu kekal lembapan kulit
Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bedak asas yang datang dalam bentuk krim boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita Asia. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai wanita lebih memilih untuk membeli alat solekan tanpa memikirkan keadaan kulit. Lebih parah apabila produk solekan yang dibeli tidak sesuai dengan jenis kulit sehingga menyebabkan kulit menjadi rosak.
Adakah anda sedar kulit kering dan menggelupas adalah kesan daripada produk solekan yang anda gunakan? Apakata kali ini, anda cuba ubah rutin penjagaan kulit dengan cara yang lebih selamat dan mudah serta sesuai dengan kulit.
Sebelum itu, anda boleh intai dahulu petua kecantikan cara tradisional.
1. Minum banyak air kosong untuk meningkatkan kelembapan di dalam kulit. Mungkin anda biasa mendengar tips ini tetapi ia adalah kunci kepada kecantikan kulit secara semula jadi.
2. Lebihkan makanan berunsur protein, termasuk makanan tinggi sulfur seperti bawang putih, bawang merah, telur dan asparagus. Vitamin A dan C sangat baik untuk kulit jadi diet dengan lobak merah dan aprikot patut menjadi pilihan anda!
3. Anda juga boleh mengoles minyak zaitun kerana ia mengandungi vitamin E dan sangat seusia untuk melembapkan kulit serta mengatasi masalah cela pada kulit.
4. Jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal, seelok-eloknya ia diminimumkan seketika. Selain mengelakkan kulit kering, ia dapat merehatkan kulit dari bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik.
5. Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral ke wajah untuk mengelakkan kekeringan.
6. Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya.
7. Selain pelembap, pilih sabun atau cecair mandian dengan pH seimbang, sesuai keadaan kulit masing-masing. Elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat dan boleh mengeringkan kulit.
8. Pastikan rejim penjagaan kulit seperti biasa agar kulit kekal sihat dengan rutin membersihkan wajah, ‘eksfoliasi’ dan melembapkan kulit. Cara ini akan membuat kulit terhindar dari masalah yang merosakkan penampilan.
9. Ambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat.
10. Yogurt antara makanan yang baik untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dapat memberi zat pada kulit secara optimum. Yogurt juga boleh dijadikan pupur kulit untuk kekal berseri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.